Saturday 28 September 2013

Belajar


Sungguh hidup ini sebuah sekolah yang takpernah habis.
Setiap hari aku belajar.
Setiap masa aku belajar.
Setiap insaan mengajar.
Setiap peristiwa adalah pelajaran.
Sama ada kita mahu belajar atau tidak.

Sungguh di fasal kehidupan yang baru ini aku sangat belajar.
Tapi entah aku akan belajar dari semua insaan dan semua peristiwa.

Aku di paksa agar lebih bersabar.
Maka aku cuba bersabar semampu aku.
Aku di suruh agar lebih bercampur bersama yang lain.
Maka aku cuba bercampur bersama yang lain walaupun agak janggal dan kaku.
Aku di kerah untuk mendatangi dan bukan di datangi.
Maka aku mengerah diri untuk mendatangi walaupun kadangkala sebal di hati.

Tapi inilah Tarbiyah.
Perlahan-lahan ia mengubah.
Inilah tarbiyah.
Yang sentiasa perlukan mujahadah.

Moga Allah redha dengan aku , kau dan kita semua.
Tajdid niat sokmo.
Jaga hati sentiasa agar tak di masuki riyak yang merosakkan amal.
Semua kerana Allah. InshaAllah




No comments: