Sunday 22 September 2013

Apa ni?


Mata aku tepat memandang ke arah gadis bertudung kelabu itu. Dari tadi dia bersalaman dengan mahasiswa yang berhampir dengan mereka. Raut wajahnya gembira. Ketawanya tampak bahgia. Mereka bercanda dan ceria. Tiad raut duka. Tiada raut hiba di wajah mereka.

Aku amati mereka dari jauh. Mereka sekumpulan itu dah aku tahu kisahnya. Dah aku dengan ceritanya. Mereka di pulau. Mereka tak di hirau. Nama mereka sering menjadi buah mulut di kalangan masyarakat malaysia di sini. Setiap apa yang mereka lakukan pasti akan menjadi perbualan orang. Dari cara pakaian. Hingga hal-hal dalam rumah mereka semua nak di ambil tahu. Tapi aku sendiri pelik dengan mereka. Biar di pulau dan tak dihirau mereka tanpa masih gembira dan bahagia. Seolah semuanya baik-baik saja.

Tidak bereperasaankan mereka. Tiada hatikah mereka. Di cemuh dan di caci masih bisa tersenyum. Masih bisa tenang. Tidak goyahkah saat amaran-amaran datang menggoncang. Tidak takutkah manusia mengjauhi. Mereka sentiasa di cemuh di mana-mana. Tapi mereka masih teguh berdiri bersama. Tiada tanda-tanda yang mereka akan mengakhiri perjuangan mereka. Jumlah mereka yang terlihat hanya berapa. Tapi keberanian mereka luar biasa. Aku tertanya-tanya dari mana datangnya kekuatan mereka.

Aku cuba mendekati mereka. Cuba ingin mengetahui apa rahsia mereka mampu setabah itu. Mampu bertahan walaupun seorang demi seorang pergi meninggalkan. Pergi ke medan yang ssebenar sana. Tapi aku dapati mereka tiada rahsia apa-apa. Semuanya hanya Perkara yang nyata tanpa sembunyikan apa-apa. Rahisa mereka Al-Quran yang di bawa ke sini dan ke sana. Menjadi peneman sentiasa. Pergantungan kepada Dia. Kerana mereka percaya apa yang mereka lakukan bukan salah belaka. Mereka belajar dari lembaran-lembaran seerah yang Rasulallah tunjukkan. Hanya itu rahsia mereka. Rahsia yang semua manusia tahu dan bukanlah rahsia.


Tarbiyah itu mujahdah. - Kata gadis berkaca mata itu

Tarbiyah itu proses yang menyakitkan dan aku belajar dari itu. -Kata si baju merah

Seluruh detik itu tarbiyah. - Ujar jejaka tampan itu


Takperlu faham pun entri ni. hewhewhew

                                      

No comments: