Wednesday 20 March 2013

Aku buta , bisu dan tuli.

dengan nama Allah yang Maha menchentai hambahambanya,




Ukhti sayang,
Sebelum aku meneruskan entry ini aku ingin kau mengerti. Aku tahu aku bukan yang sempurna dan layak untuk mencoretkan ini semua. Apa yang aku tuliskan ini hanya untuk aku dan muhasabah kita bersama. Mana mungkin kau fahami hati aku jika aku tidak meluahkan isinya. 

Ukhti sayang,
Kita dalam gerabak yang sama tapi kadangkala kita saling bersengketa. Kadangkala kita bermasam muka. Kadangkala kita ingin menjadi manusia yang lebih dari yang lainnya. Kadangkala tutur kita tak dijaga. Kerana sangka mereka akhawat jadi tidak mengapa. Mereka insan yang sudah di tarbiyah. Tidak mengapa jika hak mereka tak dipenuhi , tentu mereka juga memahami. Perlu mencapai dan melasso orang yang tak ditarbiyah. Perlu memberi hak tarbiyah pada yang belum menerima.

Ukhti sayang,
Mana perginya kisah sang Nabi dan sahabat baginda yang sering di ceritakan? Adakah semuanya hanya cerita dan akan habis bila cerita tamat? Aku sangka cerita itu bakal kita cuba jadikan kenyataan.
Mana perginya rasa chenta dan sayang kerana Allah yang sering di ucapkan? Adakah ianya hanya rutin tanpa sebarang erti dari hati?
Mana pergi segala janji yang kita saling menguatkan tatkala ada yang kian melemah dan rapuh? Adakah itu hanya ucapan yang manis dibibir untuk melegakan hati yang kegusaran?

Ukhti sayang,
Aku tahu jalan ini tak mudah.
Aku tahu jalan ini tak indah.
Aku tahu jalan ini menuntut air mata dan darah.
Aku tahu jalan ini membutuhkan pengorbanan yang besar harganya.

Mereka bilang jika tidak mahu dirimu terluka kau harus berlapang dada,
Aku cuba berlapang dada dengan semua yang terjadi
Tapi tak bererti kita takperlu memperbaiki diri

Ukhti sayang,
Aku ingin kita saling berlaku jujur
Kerana pembohongan itu akan lebih menyakitkan
Jujurlah andai aku yang khilaf.
Jujurlah andai aku yang salah
Jika kau tidak menunjukkan silap aku bagaimana bisa aku memperbaikinya

Aku buta ukhti sayang.
Aku buta dalam meneliti
Aku buta dalam memerhati
Aku buta dalam mencari
Jadilah mata untuk aku terus melihat dunia
Jadilah mata untuk aku melihat apa yang sedang berlaku
Tegakah kau untuk membiarkan aku terus buta 
tanpa dapat melihat keindahan dunia
tanpa melihat dirimu siapa
tanpa mengetahui diriku bagaimana

Aku bisu ukhti sayang
Aku bisu dalam berbicara tentang kesyumulan islam
Aku bisu dalam mengucapkan syahadatul haq
Jadilah mulut untuk aku berbicara
Jadilah mulut untuk aku bercerita tentang islam
Jadilah mulut untuk aku menebarkan syahadatul haq di bumi ini
Tegakah kau untuk membiarkan aku terus bisu
tanpa berkongsi apa yang aku tahu dengan sesiapa
tanpa memberi pada yang berhak menerimanya

Aku tuli ukhti sayang
Aku tuli untuk mendengar segala cacian dan hinaan
Aku tuli untuk mendengar segala tohmahan
Aku tuli untuk mendengar segala kata cercaan
Jadilah telinga untuk aku mendengar
Agar bisa aku terang apa yang mereka kelirukan
Agar bisa aku ceritakan apa yang mereka khilafkan
Agar bisa aku rungkaikan segala kekusutan.

Ukhti sayang.
Jadilah mata bagi hatiku.
Jadilah mulut bagi lidahku yang kaku.
Jadilah telinga bagi jiwaku yang bisa medengar bisikan hati manusia

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan (begitu saja), padahal Allah belum mengetahui orang orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil teman yang sejati selain Allah , Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan."

(9:16)

-Boss-

Entry ni aku takde cakap pun aku tujukan khas untuk siapa. Jadi sesiapa pun boleh perasan yang entry nie untuk dia 

Senyum


Friday 15 March 2013

suntikan yang menyakitkan

dengan nama Allah yang maha pengampun,


Jangan pernah kau mengizinkan dirimu di suntik jahiliyyah kerana jika kau terkena suntikan jahiliyyah kau akan terkena barah yang parah.

Tersuntik dengan jahiliyyah itu sakit. Amat sakit.
Suntikan jahiliyyah itu perit. Sangat perit.
Mungkin boleh jadi kau akan terlantar sakit.
Mungkin kau akan bergembira berenangrenang di dalam lumpur yang jijik.

Jahiliyyah itu ibarat barah.
Menjangkiti diri tanpa kau sedari.
Yang pasti kau akan mati.
Ia menghinggap perlahanlahan.
Yang pasti kau akan menderita sepanjang hayat.

Jahiliyyah.
Jangan kau mendekati.
Jangan kau menghampiri.
Pergi kau dari hati.
Jangan pernah cuba merapati diri.

Abu Dzar Al Ghifari sahabat baginda yang aku kira agung sikapnya. Rendah egonya. Tapi sang Nabi juga pernah berkata padanya Sesungguhnya engkau wahai Abu Dzar masih punya jahiliyyah dalam dirimu. Baginda sang nabi berkata bergitu pada Abu Dzar kerana Abu Dzar memanggil Bilal dengan panggilan 'wahai anak wanita berkulit hitam'. 

Sahabat yang agung juga Sang Nabi kata masih punya jahiliyyah
Kita hanya insaan biasa
Juah sekali bersikap seperti sahabat baginda
Pasti lebih banyak karatkarat jahiliyyah yang perlu di sental dari hati

Jadi. Jom samasama bermujahadah untuk menyental karatkarat jahiliyyah tu dengan berus tembaga supaya kita menjadi islam yang sebenarnya.

-boss-