Monday 30 July 2012

berakhir.

dengan nama Allah yang telah mempertemukan kami,


akhawat LKD generasi 3. Tak semua ada.

Allah mengaturkan pertemuan ini.
Tanpa aku duga.
Aku akan bersama mereka.
Insan yang aku tidak pernah kenal siapa.
Sekelip mata kami sudah bersama.

Setiap detik yang berlalu.
Menghitung hari untuk berkumpul kembali.
Sangat rindu bila lama tidak bersua.
Sayu teramat di jiwa.
Tatkala 280712 itu daurah yang terakhir.

Entah bila akan berkumpul bergini lagi.
Allah.

Contengan : Aku. Sayangkan kalian keranaNya.Moga Allah mempertemukan kita lagi :)

" Dan orangorang yang bertakwa kepada Tuhannya di hantar kesyurga secara berombongan . Sehingga apabila mereka sampai kepadanya (syurga) dan pintupintu telah dibukakan ,penjagapenjaganya berkata kepada mereka , 'Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu , berbahagialah kamu ! Maka masuklah , kamu kekak di dalamnya"

(Az Zumar : 73)

Moga kita semua di dalam rombongan yang sama menuju ke syorgaNya. 

Hana said : Kita makan samasama. Dengar pengisian samasama . Qiam samasama. Solat samasama. Baca mathurat sama. Moga kita tetap terus samasama di jalan ini. Jangan ada yang tertinggal. *Lebih kurang macam tu la *

Jangan ada yang tertinggal.
Jangan ada yang terkeluar dari jalan ini.
Jika ada yang tercicir di pertengahan pasti hati ini akan terluka.

Jika akulah insan yang tercicir itu.
Tahulah !
Hati aku akan lebih terluka saat itu.
Moga jika aku tercicir tangantangan kalianlah yang akan menangkap ku sebelum aku hanyut lebih jauh.

Moga Allah redha.

Adakah anda baikbaik saja?

dengan nama Allah yang memberi peluang kepada hambahambaNya,

Alhamdulillah sudah hari ke 10 ramadhan. Jadi, Bagaimanakah ramadhan anda? Adakah semuanya baikbaik saja? Adakah ramadhan anda tidak punya apaapa erti? Adakah hanya lapar dan dahaga? Adakah hanya 'wah ! hensemnya orang lelaki bulan ramadhan ! setiap hari pakai baju melayu pergi terawikh. eh . haha' ?

Secara jujurnya aku rasa ramadhan tahun ni sangat cepat berlalu. Rasa macam sekelip mata dah 10 ramadha. Wallaweh ! Sudah habes 1/3 ramadhan yang kita dah lalui dan sekarang sudah mula bergerak ke pertengahan ramadhan. Macam mana 1/3 ramadhan yang telah di lewati tu? Dah berapa juzuk quran dah di habes kan? Dah berapa kali membantu puan mama memasak di dapur? Dah berapa kali berqiamullail? Adakah masih tiada apaapa perubahan? Adakah hanya menahan lapar dan dahaga.

Kalau hanya mendapat lapar dan dahaga ramadhan yang anda lalui sangat la siasia.

Masih belum terlambat untuk anda merasai kemanisan ramadhan ! Jom menikmati ramadhan yang masih berbaki ini dengan sebaikbaiknya.

Contengan : Muhasabah ramadhan untuk saya dan anda semua :)

Ramadhan tahun lalu aku sedang bergelut dengan trial SPM. Ramadhan tahun ini berkejar ke sana ke sini untuk mencari redhaNya inshaAllah.


Thursday 26 July 2012

cermin

dengan nama Allah yang memberi setiap ruang dan peluang,

Kehidupan.
Sesuatu yang sukar di tafsirakan melalui perkataan.
Pelbagai cabaran.
Pelbagai kekalutan.
dan
Pelbagai perasaan.
Yang harus aku lalui.
Kadangkala ada senyuman
Kadangkala ada tangisan.
Tapi segalanya di simpan.
Simpan di sudut yang paling dalam.

Dalam kehidupan.
Aku di paksa untuk membuat pilihan.
Walau hati tidak mahu membuat keputusan.
Tapi itulah kehidupan.

Dalam hidup ni. Banyak perkara yang perlu di uruskan. Banyak perkara yang harus di langsaikan. Banyak masalah yang harus di selesaikan. Sampai terkadang kita terlepas pandang perkaraperkara yang penting yang kita anggap remeh. Perkara yang remeh kita pentingkan.Ada yang terabai. 

Itulah manusia.

 Aku cuma insan biasa. Langsung tak sempurna. Kadangkala aku lupa. Kadangkala aku alpa. Aku tahu ada hati yang terluka. Tapi aku harus buat apa? 

"Teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia . dan jadikanlah dia teman dalam urusanku"

(Tha ha : 31-32)

Contengan : Manusia tak sempurna. Kerana itu aku adalah cermin bagi dirimu dan kau adalah cermin bagi diri aku. Cermin tidak pernah menipu .

Sunday 22 July 2012

Teropong anak bulan o.O

dengan nama Allah yang menghidupkan jiwajiwa yang telah mati,

Sendang seronok berfoyafoya. Eh . Tibatiba pada 21/07/2012 pada jam 8.00 p.m seorang atuk yang sangat aku kenali  masuk TV. Atuk tersebut akan keluar TV pada 2 masa je. First time nak puasa. kedua time nak raya. Eh. Lusa puasa. Aku tak siapkan diri aku lagi la nak ke madrasah Ramadhan. *monolog*

Allah sentiasa tahu isi hati hambaNya kan? So, Allah telah MENCAMPAKKAN seorang manusia yang sangat hoyeah dan bergaya tahu? Otak aku telah dibasuh. Memang la manusia tersebut tak menyental aku dengan berus tembaga mahupun berus gigi. Eh. Tapi setiap ayat yang dia taip menyentuh jiwa dan raga aku. Akhirnya. Siap la target dan checklist aku untuk ramadhan nie. 


Perlu ke target untuk ramadhan ni? Wallaweh ! mau tanya lagi ke? Mesti la perlu. Kalau takde target macam orang menembak takde sasaran la. Tembang kang ! Eh.

Setiap post Inche Gabanna di mukaBuka dan postpost yang lain dekat mukabuka membuka mata otak aku untuk berfikir dan bersedia untuk ramadhan tahun nie. 

Kalau ini ramadhan yang terakhir takkan nak siasiakan.  Terkenang sekejap arwah junior aku. Baru tingkatan satu. Ramadhan tahun lepas Allah dah menjemput dia. Mungkin kali ni aku pulak. Mati tak kenal usia weyh ! *insaf*

Contengan : So, anda dah ada checklist? Kalau belum masih belum terlambat inshaAllah.

Ramadhan kareem. Kullu 3am wa anttum bi khair. Semoga samasama kita dapat rasai kemanisan nikmat madrasah ramadhan tahun nie. Ramadhan bukan sekadar bulan. Tapi ramadhan ialah sebuah madrasah yang mentarbiyahn jiwa. Wallaweh!

Sunday 1 July 2012

Janji

Dengan nama Allah yang mengetahui,


Dulu aku bencikan dia.
Dia juga begitu.
Jarang berselisih.
Sebab dia sentiasa cuba menjauh.

Waktu berlalu.
Allah merancang.
Siapa kita untuk menghalang?
Allah takdirkan kami bersama di dalam satu dorm.
Sedangkan rasa benci yang menebal.
Kini kian pudar.

Aku tak pernah terfikir.
Di bahu itu aku akan bersandar.

Aku tak pernah menyangka.
Di bahu itu aku akan menangis.

Aku tak penah merancang.
Benci itu bertukar menjadi sayang.

Pernah dulu aku tersungkur di persimpangan. Di dalam kelam dan suram. Tiada teman untuk bersembang. Aku ditinggalkan terkontang. Aku menarik sesuatu untuk ku paut. Kerana aku takut aku akan hanyut. Tapi sayang pautan itu terlepas. dan aku hampir tersasar jauh entah ke mana.Ku pejamkan mata untuk menahan luka di jiwa. Baru ku sedar aku bukan sesiapa bagi mereka. Aku hanya boneka yang di perbodohkan manusia. Hakikat yang seolaholah racun membunuh ku secara perlahanlahan harus ku telan.

Saat itu hidup ini tak bererti hanya itu yang mampu aku terjemahkan melalui pengalaman. 
Pengalaman dan pandangan manusia yang hampir lemas tenggelam ke dasar laut yang paling dalam dan tak mungkin dapat di selamatkan.

Perlahanlahan aku rasai ada sinar yang menghampiri. Mata yang tadi terpejam aku bukakan pelahanlahan. Penuh hatihati dan berjagajaga. Takut ianya hanya perangkap yang ingin memerangkap mangsa. Ada suara yang memanggilmanggil aku. Suara itu. Budak yang berbaju hijau yang sering aku perhatikan di dalam musolla. Untuk apa dia memanggilmanggil aku. Untuk apa dia menghampiri aku. Adakah dia cuba melunaskan dendam lama. 

Adakah ini pengakhiran kehidupan aku. Akhirnya aku tewas dengan yang dulunya musuh utama. Aku kalah! Biarlah aku kalah. Aku sudah lelah. Lunaskanlah dendammu itu.Aku sudah tidak kisah. Aku sudah menyerah. *Monolog aku sendiri*

Cahaya tadi makin menghampiri dan raut wajah itu menghulurkan tangan. Aku binggung! Dia bukan ke sini untuk melunaskan dendam dulu? Teragakagak aku untuk menyambut. "Mengapa? Masih takut untuk berpaut?"
Aku angguk dah masih diam. "Jika kau tidak berpaut sekarang mungkin kau akan mati kelemasan." Muka yang penuh cinta itu cuba menarik aku ke dasar. "Sudah! Biarkan aku mati!" Dia pandang aku menyinga. "Kau sanggup mati di lembah hina? Kau tak takut neraka?Aku kesini untuk menyelamatkan kau sahabat."

"Aku tak sanggup berpaut pada sesiapa. Aku tahu mungkin kali ini kau selamatkan aku.Tapi nanti kau juga akan pergi menjauh seperti mereka." Dia tersenyum dan berkata. "Mengapa perlu berpaut pada manusia sedangkan Allah itu ada dan aku cuba untuk jadi sahabat yang setia." Huluran tangannya aku sambut walau teragakagak. Kemas genggamannya. Terasa kehangatan cinta di hatinya membara buat sahabat sesyorga.InshaAllah.

Genggam tangan ini. 
Jangan kau lepaskan
Jangan kau tinggalkan
Kalau aku rebah tolong bangkitkan aku kembali.
Andai aku lemas.Tolong selamatkan.
Andai aku hanyut. Jadilah tempat aku berpaut.

"Kalau aku jatuh kau boleh hulurkan tangan untuk aku bangkit kembali? Kalau aku tergelincir ke neraka kau akan selamatkan aku?" Soal aku. 

"Kalau aku yang jatuh bagai mana? Kalau aku tergelincir ke lembah neraka bagai mana? Kau sudi selamatkan aku?Kau sudi bangkitkan aku?" Soalnya.

Aku hanya tersenyum. "Selagi iman menjadi paksi cinta aku kepadamu selagi itu aku sentiasa menggenggam tanganmu untuk mengharunggi hidup ini.Ingat. Walau nanti aku sudah tiada di sisi.Walau nanti aku sudah mati. Tapi aku sentiasa hidup di hatimu.Aku sentiasa menemai dan mengiringi langkahmu."

Aku jatuh dengan emosi. Lalu kau peluk aku penuh cinta dari hati.

Aku menangis sendiri. Perit memendam rasa. Sakit dihiris rindu. Lalu kau sekat air mataku. Kau letakkan tanganmu di dadaku, "jangan nangis, kau tak pernah sendirian. Aku ada, Allah ada."

Contengan :  Contengan perasaan. Mungkin membuatkan kamu bosan. Tapi ini la kehidupan. Tak selamanya kita di atas.Allah lebih tahu.