Saturday 28 September 2013

Belajar


Sungguh hidup ini sebuah sekolah yang takpernah habis.
Setiap hari aku belajar.
Setiap masa aku belajar.
Setiap insaan mengajar.
Setiap peristiwa adalah pelajaran.
Sama ada kita mahu belajar atau tidak.

Sungguh di fasal kehidupan yang baru ini aku sangat belajar.
Tapi entah aku akan belajar dari semua insaan dan semua peristiwa.

Aku di paksa agar lebih bersabar.
Maka aku cuba bersabar semampu aku.
Aku di suruh agar lebih bercampur bersama yang lain.
Maka aku cuba bercampur bersama yang lain walaupun agak janggal dan kaku.
Aku di kerah untuk mendatangi dan bukan di datangi.
Maka aku mengerah diri untuk mendatangi walaupun kadangkala sebal di hati.

Tapi inilah Tarbiyah.
Perlahan-lahan ia mengubah.
Inilah tarbiyah.
Yang sentiasa perlukan mujahadah.

Moga Allah redha dengan aku , kau dan kita semua.
Tajdid niat sokmo.
Jaga hati sentiasa agar tak di masuki riyak yang merosakkan amal.
Semua kerana Allah. InshaAllah




Sunday 22 September 2013

Apa ni?


Mata aku tepat memandang ke arah gadis bertudung kelabu itu. Dari tadi dia bersalaman dengan mahasiswa yang berhampir dengan mereka. Raut wajahnya gembira. Ketawanya tampak bahgia. Mereka bercanda dan ceria. Tiad raut duka. Tiada raut hiba di wajah mereka.

Aku amati mereka dari jauh. Mereka sekumpulan itu dah aku tahu kisahnya. Dah aku dengan ceritanya. Mereka di pulau. Mereka tak di hirau. Nama mereka sering menjadi buah mulut di kalangan masyarakat malaysia di sini. Setiap apa yang mereka lakukan pasti akan menjadi perbualan orang. Dari cara pakaian. Hingga hal-hal dalam rumah mereka semua nak di ambil tahu. Tapi aku sendiri pelik dengan mereka. Biar di pulau dan tak dihirau mereka tanpa masih gembira dan bahagia. Seolah semuanya baik-baik saja.

Tidak bereperasaankan mereka. Tiada hatikah mereka. Di cemuh dan di caci masih bisa tersenyum. Masih bisa tenang. Tidak goyahkah saat amaran-amaran datang menggoncang. Tidak takutkah manusia mengjauhi. Mereka sentiasa di cemuh di mana-mana. Tapi mereka masih teguh berdiri bersama. Tiada tanda-tanda yang mereka akan mengakhiri perjuangan mereka. Jumlah mereka yang terlihat hanya berapa. Tapi keberanian mereka luar biasa. Aku tertanya-tanya dari mana datangnya kekuatan mereka.

Aku cuba mendekati mereka. Cuba ingin mengetahui apa rahsia mereka mampu setabah itu. Mampu bertahan walaupun seorang demi seorang pergi meninggalkan. Pergi ke medan yang ssebenar sana. Tapi aku dapati mereka tiada rahsia apa-apa. Semuanya hanya Perkara yang nyata tanpa sembunyikan apa-apa. Rahisa mereka Al-Quran yang di bawa ke sini dan ke sana. Menjadi peneman sentiasa. Pergantungan kepada Dia. Kerana mereka percaya apa yang mereka lakukan bukan salah belaka. Mereka belajar dari lembaran-lembaran seerah yang Rasulallah tunjukkan. Hanya itu rahsia mereka. Rahsia yang semua manusia tahu dan bukanlah rahsia.


Tarbiyah itu mujahdah. - Kata gadis berkaca mata itu

Tarbiyah itu proses yang menyakitkan dan aku belajar dari itu. -Kata si baju merah

Seluruh detik itu tarbiyah. - Ujar jejaka tampan itu


Takperlu faham pun entri ni. hewhewhew

                                      

Monday 16 September 2013

Bahasa kesunyian


Rembulan seolah segan untuk menampakkan diri malam ini
Menyorok di balik awan barangkali

Malam ini aku rasakan sunyi
Sekeliling bagaikan begitu sepi
Mungkin juga yang sunyi dan sepi itu hati
dan mungkin juga jiwa yang tak terzahiri

Kesunyian itu mengajar aku sesuatu
Sesuatu yang aku takpernah sedar dari dulu
Sesuatu yang aku pandang bagai batu

Bahasa kesunyian itu kadangkala membuatkan aku rasa indah bersamanya
Melayan perasaan yang entah bagaimana ingin di terjemahkan supaya menjadi sebaris ayat yang sempurna
Menerawang fikiran entah ke mana
Aku tak diendahkan sesiapa dan tak mengendahkan sesiapa
Aku rasa bahasa kesunyian itu ianya cukup sempurana

Tapi aku buta
Aku lupa
Aku alpa

Hidup ini bukan hanya ada perasaan dan kesunyian semata
Hidup ini lebih dari itu
Hidup ini sebuah percaturan
Hidup ini hanya permainan
Yang kita sendiri tentukan pengakhirannya nanti bagaimana

Kesunyian.
Kesepian.
Itu semua ciptaan kita semata
Kita bisa mengisi ruang-ruang sepi itu
Kita bisa memenuhkan ruang-ruang sunyi itu
Pilihan sentiasa ada di tangan kita.
Terpulang pada kita bagaimana ingin memilih.

Siraaj
16092013
Mu'tah , Jordan