Thursday 31 May 2012

tak tahu.

dengan nama Allah yang maha mengetahi,

Zzzzzz. buka mata. Alhamdulillah. Masih boleh bernafas dengan nikmat Allah.Tapi terlalu sedikit aku bersyukur dengan nikmat Allah yang banyak ini. Seluruh kehidupan adalah milik Allah. Tapi aku sering lupa itu semua milik Allah yang hanya di pinjamkan sementara kepada aku. Ya Allah, ampunilah hamba ini

Anda pernah merasa kontang? Jiwa kosong tak terisi. Tercari-cari sesuatu tapi tidak tahu apa yang dicari. Ingin meluahkan sesuatu,Tapi tak tahu apa yang nak diluahkan. Hilang diri. Hilang kekuatan. Segalanya seolaholah hilang bersama detik yang berlalu pergi.

Tunduk dan bermuhasabah.

Kenapa aku seolaholah jauh dari kasih sayangNya? Kenapa aku seakanakan jauh dari semua yang disisi. Aku kesunyian dalan kekecohan manusia. Aku kesepian dalam lautan manusia.

Ada orang potong bawang kah disini?

Semalam kita ketawa riang ria. Macam kita takkan mati. Semalam kita bersendewara. Seolaholah akan hidup selamanya. Semalam kita mengadu domba menfitnah dan berdusta. Seakanakan tiada yang akan mencabut nyawa.

Bodoh!
Memang Bodoh!
Buta!
Memang buta!
Tuli!
Memang Tuli!

Apa yang kau mahu?
Apa yang kau tahu?
Apa lagi yang nak di ragu?

Semua ada di depan mata.
Lihat sekelilingmu.
Lihat kedalam dirimu.
Itu semua nikmat!
Tangan aku yang menulis ini. Nikmat!
Mata kau yang membaca itu. Nikmat!

Mengapa kau masih mahu derhaka?
Mengapa masih mahu berkata dusta?
Tidak takut di seksa?
"Sesungguhnya azam Allah itu pedih."

"Kalau futur nak salahkan siapa?" Salahkan diri sendiri!

Contengan : Aku tulis untuk aku! Jadi! tak perlu anda faham.



 






Sunday 27 May 2012

cinta.

dengan nama Allah pemilik rasa cinta,


 
Cinta adalah kekuatan,

yang mampu mengubah duri jadi mawar,

mengubah cuka jadi anggur,

mengubah sedih jadi riang,

mengubah amarah jadi ramah,

mengubah musibah jadi muhibbah,

itulah cinta..

—–

Sekalipun cinta telah ku uraikan,

dan ku jelaskan panjang lebar,

namun jika cinta kudatangi,

aku jadi malu pada keteranganku sendiri

meskipun lidahku telah mampu menguraikan,

namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..

sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..

kata-kata pecah berkeping-keping,

begitu sampai kepada cinta..

dalam menguraikan cinta,

akal terbaring tak berdaya,

bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..

cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

`~Sheikh Jalaluddin al-Rumi

Tuesday 22 May 2012

kedewasaan.

dengan nama Allah yang menentukan segalanya,

Khas untuk anda yang menempuh jalan DnT

Ramai temanteman dah mula mengemas barang. Ada juga yang sibuk list barangbarang untuk dibawa. Ada juga yang sudah pergi mendaftar diri. Ada juga yang sedang gugup dan gementar. Ada yang tidak sabarsabar untuk melangkah ke 'alam kedewasaan'. 

Tapi aku masih santai di rumah. wahaha. Eh? Mungkin ada yang tertanyatanya. " Anda tidak mahu masuk U kah?". "Anda masuk form 6 eh?". 
Oh! Saya tahu! Anda mahu pergi oversea kan? Haha. Tunggu nanti. Bila saya dah pergi ke manamana baru saya akan bagi tahu pada anda semua. Hehe.. Saya tak mahu cakap benda yang belum pasti. Eh?

Anda tahu? Andaanda yang dah nak masuk IPT itu sudah mula melangkah ke alam kedewasaan. Bukan tentang umur yang semakin meningkat yang aku maksudkan. Tapi ini soal cara anda 'berfikir'. (Okeh! mungkin ini agak bajet anda rasa sebab saya sendiri belum masuk IPT tapi dah nak membebel kepada anda yang bakal dewasa terlebih dahulu dari saya) Saya ni umpama kanakkanak yang masih kunyah lolipop yang ingin meneggur kakakkakak yang sudah pakai iphone tahu. kenapa iphone?haha

Anda akan melangkah jauh dari dunia dahulu. Dan mungkin di dunia baru anda nanti anda akan rasa anda macam Alient yang datang dari planet pluto ke bumi.! Saya maksudkan dunia bi'ah solehah masa di sekolah dulu. Kawankawan sefikrah. Satu sekolah pakai tudung labuh dan berkopiyah. Ada yang akan selalu tegur anda kalau ketawa kuatkuat macam pontianak. "Banat suara slow sikit.Aurat tahu?"Haha.

Murabbi aku selalu cakap.
Nanti bila dah keluar dari sekolah. Dah masuk IPT. Jaga hati. Jaga Iman. Cari sahabat yang baik. Sebab nanti kat IPT tu dah takde sapasapa nak tegur kita kalau kita couple. Takde sapa nak tegur kalau kita tak solat. Takde sapa nak larang kita buat apaapa pun. Takde sapa nak marah kalau kita buat benda 'pelikpelik'. Semua batasan yang kita pernah letakkan dulu. Kita yang kena jaga sendiri. Kalau kita tak dapat nak jaga mungkin kita akan hanyut.

Grr. Dada berdeguk kencang!

Jadi. Apa yang patut kita buat? Nak mentarbiyah manusia bukan mudah. Takkan nak siakan segala tarbiyah yang pernah kita terima dulu. Kita bawa image islam tahu. Apa yang kita buat orang kat luar sana sentiasa perhatikan. Aku rasa untuk teruskan tarbiyah kita perlu joint kut bulatan gumbira.  Bukan perlu tapi WAJIB. 

Air mata yang gugur ini, hati yang membengkak dan berdarah,aku pasti suatu permulaan menuju KEDEWASAAN.

Contengan : Selamat menjadi dewasa! Jaga hati. Jaga Iman. Allah sentiasa bersamamu. Kita! Adalah dutaduta islam tahu?

Dah tiba saatnya kita berfikir di luar kotak. Melihat bukan dari hanya 1 posisi. Berfikir dari segenap ruang dan peluang. 










untuk dia.

dengan nama Allah yang memberi sebaikbaik pemberian,

Ingatkah engkau pada janjijanji kita dahulu?

 Anda tahu. Kita selalu dihadiahkan oleh Allah perkara yang kita tak mintak pun.Tapi Allah bagi benda yang kita perlukan. Aku tak pernah pun mintak dia hadir dalam hidup aku. Menemai saat duka dan bahagia. Tapi Allah hadiahkan dia pada aku. Dia yang sangat menenangkan hati mendamaikan jiwa. Dia yang aku panggil
'sahabat hingga ke syorga'.
 Kerana Allah tahu aku perlukan 'dia' sebagai pendamping aku untuk menjadi hamba yang lebih dicintaiNya. InshaAllah.

Aku tahu. Aku khilaf dalam menilai. Aku naif dalam mentafsir. Aku siakan waktu yang telah kami lewati bersama. Kini dia sudah tiada di sampingku. Baru aku sedar aku perlukan 'dia' untuk teruskan langkahku sebagai hamba kepada Dia yang memberi rasa chenta ini.

Kini. Aku cuba untuk penuhi segala permintaannya. Berikan apa yang termampu aku berikan. Kerana. Sebelum aku pergi lebih jauh. Sebelum segala hasratnya tidak lagi dapat aku tunaikan. Kerana mungkin kita takkan bersua lagi. Tapi itu bukan harapan aku.

Sungguh aku rindu saat indah itu. Saat kita samasama mendongak ke langit melihat bintang. Saat kita samasama mencari konklusi untuk masalahmaslah. Saat kita samasama menangis kerana rindukan rasulallah. Saat kita samasama membaca ayatayat chenta dari Allah. Saat insan lain sedang di buai lena kita sedang bertahajjud chenta bersamasama.Saat kita bermuhasabah chenta bersamasama. Saat bermain hujan bersamasama.

Ya Allah sesungguhnya aku rindukan dia. 

Dia yang mengenalkan aku erti chenta pada Pencipta. Dia yang mengenalkan aku apa erti memberi. Dia yang mengenalkan aku erti menghargai. Dia yang mengenalkan pada aku erti berkorban. Dia yang sentiasa ada saat aku memerlukan. Dia yang sentiasa mengingatkan saat aku lupa. Dia yang sentiasa menghulurkan tanggan saat aku jatuh rebah dan tak mampu bangun lagi. 

Contengan : Maaf kerna ku tak pernah berkata. Kaulah teman yang paling sempurna yang ku ada.

Anda mungkin tak pernah kenal 'dia'. Kerana aku simpan dia dalam hatiku.Aku janji pada 'dia' tiada lagi rose yang di sembur minyak wangi.haha



Monday 21 May 2012

bulatan gumbira yang penuh dengan chenta.

dengan nama Allah yang mengurniakan rasa cinta,


Bulatan gumbira adalah bulatan yang bila anda joint anda akan rasa riang dan gembira.Haha.. Okehokeh. Aku series. Kalau anda tak penah joint bulatan gumbira anda takkan dapat merasai nikmatnya.ahaks. Dan tak guna pun aku tulis berjela. Sebab hanya orang yang joint jek dapat rasai perasaan tu..Hakhak

Mungkin ramai yang bila ajak pergi bulatan gumbira akan rasa macam...grrrr. Bulatan gumbira? usrah? bosan kut. Tak sanggup aku nak dengar kena bebel dengan naqibah. baik aku zzzzzz... pergh! kalau anda cakap macam nih memang aku rasa nak campak anda dalam lombong belakang kelas aku.*kelas time stam dolu.ahaks

Okehh! Aku doludolu pun macam tu. Bosan kut pergi bulatan gumbira. Selalu je nak lari keliling bumi sematamata tak nak pergi bulatan gumbira. Sebab aku tak tahu pun kenapa aku nak kena joint bulatan gumbira tu. Bukan ada apa pun. Setakat nak dengar naqibah membebel. Baik aku pegi makan kat kantin. Baik aku study lagi bagus. Baik aku online facebook. Tapi di sebabkan sekolah paksa untuk aku joint.Aku pun joint la dengan tak ikhlasnya.

3 Tahun aku joint bulatan gumbira tanpa arah tujuan. Orang pergi aku pergi. Otak dah sampai scotland.Haha. Kenapa scotland?ahaks. Yang best pergi bulatan gumbira pun sebab ada makanmakan.haha. Dasar kuat makan.ahaks. Tapi start aku form 4. Aku sedar apa motifnya bulatan gumbira riang ria tu wujud.ahaks. Anda tahu zaman Rasulallah dolu pun dah ada bulatan gumbira? 

Sekarang kalau tak pergi bulatan gumbira series aku rasa jiwa aku kontang kalah gurun sahara tahu. Bulatan gumbira adalah time yang paling di nantinantikan. Sebab time tu la kita nak cas iman. Bincang segala masalah yang di hadapi dengan murabbi dan sahabat2. 

Analogi untuk bulatan gumbira yang osem.
Kita kat dunia nih kan macam musafir.So, bulatan gumbira nih macam petrol pam. Kita isi minyak untuk teruskan perjalanan.Isi minyak tu maksudnya macam tambah bekalan iman dihati untuk hadapi dunia kat luar yang penuh ujian..ahaha.. Ada soalan? Kalau ada sila angkat tangan.haha

Anda tahu. Saya sangat chentakan anda keranaNya! Sumpah! Harapnya sampai saya mati matlamat saya chentakan anda hanya kerana Dia.

Contengan : Mungkin kalau anda baca postpost atau penulisan aku anda tak dapat nak jangka yang aku nih joint bulatan gumbira riang ria. Saya akhawat tahu?ahaks.

Nak mentarbiyyah bukan kerja yang mudah macam buat cucur ikan bilis tahu? Eh?





Saturday 19 May 2012

pesamaan yang membezakan.

dengan nama Allah yang maha mencintai,


[google image]


Perasan tak? Kebanyakan orang dalam dunia ni akan rapat dengan somebody yang banyak persamaan dengan dia. Sebab selalunya kita akan kongsikan apa persamaan kita. And kita akan sama-sama teruja sebab bukan kita je minat something tu. Tapi perasan tak? Dalam persamaan tu tetap ada perbezaan.

Kadang-kadang mungkin berbeza pendapat or pandangan. Tapi perbezaan tu kadang-kadang membuatkan sesebuah 'perhubungan tu makin 'kukuh'. Ahaks..*pelik jek bunyi..kahkahkah

Kau dan aku ada persamaan
Tapi banyak perbezaan
persamaan itu membuatkan kita serasi
perbezaan itu membuatkan kita saling melengkapi
toingtoing..

Contengan : Kalau nak bersahabat tak semestinya yang sependapat dengan kita je boleh di jadikan sahabat kita. Aku rasa best jugak kalau ada kawan yang tak sependapat dengan kita.. Sebab
bila ada orang tak sependapat akan membuatkan kita lebih berfikir..^^'


Thursday 17 May 2012

sukarelawan.

dengan nama Allah yang memiliki segala kekuasaan,

Baru-baru ni aku ada isi borang sukarelawan aQsa syarif. Aku nak tulis kat blog ni bukan mengharapkan ada orang puji atau cakap aku ni bagus sangatkan.

Eleh. Baru isi borang dah kecoh. Aku pegi palestin terus tak cakap apa pun..Pegh! pedey! Aku bukan nak kecoh la! Tapi aku nak bagi link membantu anda yang nak jadi sukarelawan tapi tak tahu nak isi borang kat mana. Waklu!

Dah aku malas nak cakap banyak. Jadi kepada ANDA yang nak link borang tu {Sila klik sini}.


cerita 1:berharap.

dengan nama Allah yang Maha merancang,

Lagi 5 hari aku nak SPM.Malam ni kat sekolah ada solat hajat.Semua pelajar di wajibkan pergi dengan keluarga atau pun parents.

Aku teringat SMS yang aku hantar pada Mama 2 hari lalu..

Salam mama.Sekolah adik ada buat solat hajat hari khamis ni mama boleh datang?

Beberapa minit kemudian.! SMS masuk ke henfon aku..Tentera nama 'mama'. 

Tak kut.Mama sibuk

Hm..Tak payah hantar SMS pun tak pe.Aku dah agak dah mesti tak boleh datang punya. Hm. semua family kawan-kawan datang.Sapa nak jadi wakil aku? Haa.. Pergi jumpa umi la..umi tu naqibah aku..mungkin umi boleh jadi wakil mama dengan ayah.

Bunyi je loceng habes kelas aku terus turun pergi bilik guru. Fuh..Umi ada.. Sambil buat muka comel aku pegi jumpa umi.

Aku : Assalamualikum umi. Malam ni umi free tak.? Ana ingat nak mintak umi datang solat hajat malam ni.Gantikan parents ana.Boleh?

Umi : Umi akan cuba.Tapi umi tak janji taw.Tapi rasanya InshaAllah boleh.

Jam dinding asrama hampir pukul 7 petang. Aku bersiap untuk ke masjid sekolah.Pogram solat hajat mula time solat magrib.Turun dari asrama aku tercari-cari kereta umi. Tapi takde pun.. tak pe la.Mungkin umi datang lewat sekit kut.

Selepas solat magrib pun umi tak sampai lagi. Aku SMS umi.

Salam umi tak jadi datang ke?Ana tunggu umi.

Umi : Tak payah tunggu. Umi tak datang kut.Abah tak balik lagi.Kereta umi rosak.

Terkilan. Sedih. Cemburu tengok kawan-kawan dengan family masing2. Tapi aku. Tak sanggup nak biarkan air mata mengalir depan kawan-kawan

Aku terus keluar dari masjid.Duduk sendirian di tepi koridor.Memeluk lutut sambil menagis.Kenapa semua orang susah sangat nak penuhi permintaan aku.. Aku tak mintak duit banyak2.. Aku tak mintak belikan aku apa2 pun..Aku cuma mintak hadir ke sini untuk doakan kejayaan aku..Itu je..Tu pun takde sape sudi penuhi. 

Teresak-esak dalam sendu dan tangisan. Ni bukan kali pertama aku dalam situasi macam ni. Aku sentiasa cemburu dengan sahabat-sahabat. Bila time KBM dulu pun macam ni. Aku sedih bila kawan-kawan aku ada orang yang mendoakan di tepi cuping telinga mereka.Tapi aku.

Aku selalu di pujuk. Jangan menangis. Jangan bersedih. Mama dengan Papa sibuk sebab cari duit nak besarkan anak-anak.Nak bagi anak-anak mereka selesa. Tapi otak aku tak boleh terima semua tu.. Aku berharap ada yang mendoakan di tepi cuping telinga aku. Memberi harapan dan sokongan.

Tuhan dulu pernah
Aku menagih simpati
kepada manusia yang alpha jua lupa
lalu terhereklah 
aku dilorong gelisah
luka hati yang berdarah
kini jadi kian parah
semalam sudah sampai
kepenghujungnya
kisah seribu duka
kuharap sudah berlalu
tak ingin lagi ku ulangi kembali
berat dosa yang menghiris hati

Contengan : Ini sekadar cerita tiada kaitan dengan sesiapa. Jangan terlalu berharap pada manusia sebab manusia tu fitrahnya tak sempurna.Jadi setiap pergantungan dan pengharapan sebaik 
dan selayaknya hanya pada Allah.^^'

Wednesday 16 May 2012

aku tak bodoh!

dengan nama Allah yang maha mengetahui segalanya,

Pergh! Entry kali ni tajuk tak boleh blah..Aku tak bodoh tu..haha.. Aku tak bodoh nih adalah salah satu movie melayu yang aku rasa 'berkualiti' sekit berbanding movie-movie melayu yang merepek tah apa-apa tuh. Kalau anda percuma (sebutan bahasa inggeris FREE) aku cadangkan anda search kat youtube full movie aku tak bodoh. Aku nak bagi link tapi internet kat rumah terlalu tenat nak bukak youtube pun berupan tunggu..

Sila la tengok movie tu kalau ada masa.

movie tu memang sangat menyentuh hati dan sanubari aku nih.. Ada part yang aku rasa aku nak nanges kut. Movie ni menceritan realiti masyarakat sekarang..

Orang tak nak pun dengar apa yang kita nak cakap
Orang tak kisah pun apa yang kita rasa
Orang tak penah nak tahu pun apa kemampuan kita
Orang tak penah pedulikan kita pun
Jadi apa yang kita boleh buat lagi?
LARI
Tu ja jalan yang kita ada
Lari dari segala situasi yang menyesakkan dada
Lari dari situasi yang akan menyebabkan air mata mengalir dan mengalir
Lari dari alam realiti
Terus berbohong
Bohong pada hati
bohong pada diri

Kebahagian?
Apa erti bahagia?
Aku punya duit.
Adakah aku boleh beli kebahagiaan?
Aku punya ilmu.
Adakah aku boleh miliki kebahgiaan?
Kebahagiaan terlalu mahal harganya
sehingga tiada harga yang mampu membeli nilai bahagia

takde orang yang kisah..takde orang yang faham apa yang aku nak dengan hidup aku,interest aku, strenght aku.dan kadang-kadang ada masanya kite fed up dengan hidup keliling kita, fed up dengan orang punya expectation pada kita, fed up dengan keadaan dan orang keliling yang tak pernah faham kita ni manusia yang macam mana.Dan hanya satu benda ja yang boleh jadi jalan 
keluar.Escape.Lari.Whatever you want call it.
(hlovate)

sayu.

dengan nama Allah yang memelihara,

ketika insan lain
berbahagia bersama keluarga
namun kita,
masih meniti
titian rapuh perhubungan
mengapa kita terpisah dari pada rahmatNya?
mungkinkah kita seringkali melupakanNya?

Contengan: Aku dambakan kebahagiaan.

Tuesday 15 May 2012

Selamat hari teachers

dengan nama Allah yang pengasih,

Nie diantara hadiah hari guru yang sempoi aku penah jumpa..haha..ntah budak darjah berapa punya hadiah ntah..haha.. Aku time dulu kecik-kecik bagi hadiah kat cegu aku beli pen 5 batang RM 2 hengget jek..haha.. sekarang bagi kereta terus.. Hebakk gile..haha

hadiah nih untuk guru class adek aku...ahaha..Apa la riaksi cegu dia bila tgk hadiah nih..haha

pink seh! naseb baik xdapat kat aku colour nih kalau tak bole pengsan aku di buatnye..haha 

card yang aku bt..comel kan?cakap comel jugak..*ambil parang letak kat leher anda..haha 

Haha..Yang nih memang macam kanank2..aku buat jugak..haha

Aku nih sangat senonim dengan cegu..Mana taknye.. Aku memang sentiasa dikelilingi cegu.. Inche papa dan Puan mama aku cegu.Pegi sekolah jumpa cegu lagi..Kiranya aku nih memang ditakdirkan jadi anak murid sepanjang masa..haha

Contengan: Selamat hari guru pada semua guru2 di dunia..Tak lupa pada murabbi yang yang terchenta.. Dan kepada semua yanag pernah mengajar aku erti sebuah kehidupan.. Anda mungkin bukan 
guru di dalam class yang mengajar saya ABC atau 123..Tapi mungkin anda adalah
insan yang mengajar perkara yang lebih penting dari ABC dan 123 dalam hidup ini..Saya sayangkan anda Fillah..

Monday 14 May 2012

terluka.

In the name of Allah,

Hati sangat terluka
bak tusukan bisa yang menyucuk dada
kadang-kadang
terfikir dibenak aku insan yang alpha ini
"mungkin jika ada diantara kita yang mati..Baru mereka akan berfikir"
Luka yang makin hari makin parah
Luka yang makin hari mula berdarah
Sakit
pedih
sedih
Aku sangat terluka

Ya Allah,aku lemah tanpa mu..

kebergantungan

dengan nama Allah yang menentukan segalanya,


hoyeah! semalam time tengah berbulatan gumbira naqibah aku ada sentuh pasal kebergantungan kita pada Allah.. Soalan untuk anda.. Adakah anda pernah rasa kebergantungan kepada Allah 100%..? okeh2.. tak perlu kerut kening sambil menggaru-garu kepala untuk meningati adakah anda pernah bergantung 100% pada Allah..

Aku nak ceritakan pengalaman aku di jalan dee n tee nih!

Peristiwa nih berlaku 2 or 3 bulan yang lalu.. ketika ingin balik ke Ipoh dari bangi.. Selalunya kami balik naik bus..Tapi kali ini akhawat2 Ipoh teringin nak ubah angin pulak.Nak balik naik ETS..(*niat asalnya..tapi last2 beli tiket KTM)..haha.. Biasa la orang kampung pegi bandar macam tu la..haha.. Memang la selalu je pegi bandar..Tapi tak penah buat semua sendiri..huhu.*aku bukan anak manja okeh!

Aku dan kawan2 buat keputusan berani mati untuk balik Ipoh naik ETS..Sebab paham2 la ETS selalu full. Time kami berempat nak balik memang ada beberapa akhawat yang risau..Sebab takut tersesat..haha.. Akhirnya kami ditemani akhawat gombak untuk pegi ke KL central..^^'

Semasa dalam KTM dari UKM tu sahabat aku ada la berta'aruf dengan seorang kakak tu.. Tengok2 kakak tu pun akhawat jugak.  Pergh! sambil bermusafir boleh melebarkan lagi ukuwwah sumpah osem kan..haha.. Sesampainya kami ke KL central cari tempat beli tiket ETS.. Cari2..xjumpa..kuang3.. Orang cakap malu bertanya sesat jalan.So,kami pun tanya la pakcik mana ntah.. 

Kami ikut je la apa yang pakcik tu cakap.. Sampai kat kaunter tu tengok2 kaunter KTM.. Tiket jam 9.30 malam.. Tapi dah selamat dah beli tiket..haha.. So,time tu baru pukul 5 something..Nak tunggu sampai pukul 9.30 kat situ..Grr,.. Lepas beli tiket ada akhawat yang budiman offer kitorang rehat dekat rumah dia. Semua setuju nak pegi rumah akhawat tu.. Tapi sebelum balik tu akhawat gombak ada meeting kat kl central tu..Jadi kami pegi makan2 dulu sementara nak tunggu akhawat2 gombak meeting..

Duit pun dah la dah kering beli tiket tadi.. Duduk kat meja makan je. tengok sekeliling.. Aku kat KL kot.. nasik goreng pun RM 5..pergh! Tiba-tiba kakakyang kitorang jumpe dalam train tu cakap.. Haa..Nah duit beli makanan.*sambil sua RM50 untuk 4 orang laa.. ..pergh! Rezeki2..

Mesti anda ada yang menggaru2 kepala..*mana yang kebergantungannyer? haha.. Okeh! selama perjalan tu kami semua tak fikir banyak sebab kami semua dah redha apa yang bakal jadi..
Aku pegang kata-kata "Bila kita tolong dan bantu agama Allah, Allah akan permudahkan jalan kita."


Mungkin ada yang tak faham lagi sambil mengerut-ngerut dahi..Anda nak rasai? Laluilah jalan DnT..haha

Thursday 10 May 2012

bertebaran.

Dengan Nama Allah yang menemukan kami,


Sekarang semua orang tengah sibuk berdebar-debar.. sibuk bertanya "dapat mana?" dan aku pun tak telepas dari soalan ''maut'' tu.. *okeh x la maut sangat..maut sekit jek..ahaks

Ramai kawan-kawan aku dah dapat surat tawaran UPU.. Macam-macam U ada cakap jek nak U apa..haha.. UiTM,UIA,UTP,USIM DLL..haha...Bukan UPU jek MARAliner la..JPA la..Bukan IPTA jek..IPTS pun ada jugak.. semua orang tengah sibuk uruskan itu dan ini..

Masa untuk kami 'bertebaran' ke setiap penjuru bumi Ilahi ini semakin hampir.. Sedih la plak aku rasa.. Bukan ape..Aku takut aku tak kuat nanti..dulu kalau aku rasa macam down jek ramai yang nak bagi sokongan..Aku takut aku tak sempat tarik nafas pun lagi kat tempat baru tu aku dah nanges..*emo telebih la plak..oke aku tipu jek..inshaAllah aku tak nanges..haha ^^'

Mesti ramai jugak tertanya-tanyakan..Aku yang annoying nih sibuk-sibuk tanya orang aku dapat tak UPU.. Dapat U mana?haha.. Aku tak dapat pun UPU..sebab aku apply pun tak..Agak pelik la kan orang tak apply tetiba boleh dapat..AMARAN: jangan tanya kenapa aku tak apply. Tapi bukan aku belagak aku pandai sangat sebab tu aku tak apply..

Mungkin ramai dengar ura-ura aku nak fly nun jauh beribu batu.. Grrrr.. Sebenarnya aku rasa tak fly kut.. Tetibe rasa nak duduk kat m'sia tanah tumpahnya darahku la plak..

Mungkin ade yang rasa macam nak hempuk aku.. ''ko pegi U ape seh?"  Okeh2..aku bagi tahu.tapi janji nih rahsia taw..ahaks.. Aku tak nak masuk U laa.. Sebab aku rasa macam nak kawen la plak.. *okeh..tak..aku tipu jek..haha..

Sekarang masa kita praktikkan segala ilmu yang penah kita pelajari dulu..DF yang kita buat kat sekolah semoga terus berlaku walaupun kita dikelilingan manusia-manusia yang tak penah kenal erti tarbiyyah.. Yang penting be cool..Jangan gopoh..Kerja buat tapi tak payah kalut oke..


"Apabila solat telah dilaksanakan,maka bertebaranlah kamu di bumi, carilah karunian Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung."
(Al-jumu'ah:10)

Contengan : Selamat kepada semua yang dapat U..tak kisah U apa pun..Semua sama jek..tempat nak menuntut ilmu jugak semua t..Semoga terus kuat semua..chaiyok2..

Wednesday 9 May 2012

rindu.



selembut bisikan angin bayu
seindah suria yang menyinar
begitulah kasih ku padamu..

kau sentiasa menemaniku
saat duka dan sepi
kini ku sendiri 
melalui jalan penuh duri
........

Tuesday 8 May 2012

second chance

Anggaplah ini peluang kedua dari Allah.
Peluang kedua utk lebih dekat dgnNya.
Peluang kedua utk lakukan lebih byk pengorbanan.
Lets stay strong together!
~by sakinah mazlan

Monday 7 May 2012

+perfect+

In the name of Allah,



Hey dad look at me
Think back and talk to me
Did I grow up according to plan?
And do you think I'm wasting my time doing things I wanna do?
But it hurts when you disapprove all along

And now I try hard to make it
I just want to make you proud
I'm never gonna be good enough for you
I can't pretend that
I'm alright
And you can't change me

'Cuz we lost it all 
Nothing lasts forever
I'm sorry 
I can't be perfect
Now it's just too late and 
We can't go back
I'm sorry 
I can't be perfect

I try not to think
About the pain I feel inside
Did you know you used to be my hero?
All the days you spent with me
Now seem so far away
And it feels like you don't care anymore

And now I try hard to make it 
I just want to make you proud 
I'm never gonna be good enough for you
I can't stand another fight
And nothing's alright


Nothing's gonna change the things that you said
Nothing's gonna make this right again
Please don't turn your back
I can't believe it's hard
Just to talk to you
But you don't understand



tak ada orang sempurna dalam dunia seh.. Jangan harap semua orang boleh tunaikan apa yang kita nak.. Kalau kita nak cinta..xsemua orang bole bagi..tapi masih ade insan yang sudi menghulurkan chenta untuk kita walaupun hanya sorang manusia.. so,bersyukur la.. Lagipun kalau takde orang chenta kat kita pun Allah kan ade nak risau ape seh?Kita bukan manusia sempurna..Jadi jangan mengharapkan kita akan dapat bersahabat dengan orang yang sempurna..nobody perfect..

"takde orang yang sempurna dalam dunia nih..Tapi kalau kita berusaha untuk mencapai kesempurnaan tu tak ke kita hampir kepada sempurna.."

Contengan: lagu nih tajuk perfect simple plan

Friday 4 May 2012

Wednesday 2 May 2012

*Jauh*

In the name of Allah,


Jarak yang berbatu,
kengkangan waktu yang cemburu,
membuatkan kita semakin jauh,
jauh dimata,
tapi adakah jauh dihati juga?
tapi itu bukan harapan aku.

Contengan: Walau aku sudah tiada disisi..Tapi aku sentiasa dihati..^^'


Tuesday 1 May 2012

kita.

Dengan Nama Allah Yang Mempertemukan,


akhawat STAH yang super osemm..

4 bulan aku tersadai kat ipoh.. 4 bulan memang la tak lama mana..Tapi bagi aku 4 bulan tu sangat bererti.. 
Macam mana kami yang tak pernah kenal langsung boleh buat segalanya bersama.. Jumlah kami memang agak ramai berbanding ikhwah.. Tapi aku tetap rasa kami tak la ramai mana..Sebab penah je hampir satu class pegi menyemak kat rumah sewa kami..ahaks

kami duduk rumah sewa n rumah sewa aku tu untuk 10 orang jek..tapi kami paling ramai pun 8 orang jek.. kami ade bilik masing la..Tapi tiap-tiap malam selalunya angkut tilam semua tidur kat ruang tamu..hehe.. tido ramai-ramai best kut! walaupun banyak nayamuk..ahaks.. Kat rumah sewa aku tu xde masalah liat nak bangun sangat pun sebab seingat aku 2 3 orang jek..haha..(sila jgn nak tuduh aku salah seorang yang liat nak bangun tuh..)

Time mathurat la yang paling tak bole blah..sebab series time nih ramai yang mamai-mamai lagi..Ada jek yang duk balut satu badan dengan selimut..Mata pun masing-masing suku jek,,ahaks.. Abes mathurat jek bergelimpangan kat depan tu.. Lepas subuh baru pakat-pakat nak iron baju and mandi..Tapi time nak Q tu paling tak boleh blah.. Cop iron and mandi mesti ''kite number 2''.. kite number 3.. Tapi tak de sape nak jadi yang 1st..haha..*sangat comel kawan-kawan aku nih*

Bila jam dah pukul 7 lebih baru semua kalut..haha.. Normal la kami budak-budak rumah sewa sampai sekolah lewat..bayak kali dah kena tegur dengan Tuan Haji..haha.. Sampai bila kami sampai awal ramai yang perli..:jadi ape kat rumah sewa pagi nih..''..Kome mimpi ape semalam..haha..series ini tak boleh blah..ahaks..

Bila ngantuk dalam class semua pakat cari tokey nasik kandar..haha.. makan..makan..makan.. *sila jgn contohi.,ahaks* isna cakap:lebih baik makan dari tidur dalam kelas..haha.. bila rehat tengahari jek kadang2 balik rumah..Tapi kalau rajin balik..Tapi masak megi jek..huhu..Jimat seh..ahaha.. Tapi kalau malas duduk kat kelas jek laa..Aktiviti selalu time tgh hari kat kelas tidur,baca novel dll..haha.. kalau tak balik rumah sendiri pun..balik rumah kawan-kawan yang berhampiran..layan movie..ahahaha.. 

Habes class petang selalunya time paling yang di nnty2 kan.. balik rumah bergelimpanga manusia..haha.. Time masak petang memang best..sebab kat rumah tu ade 2 orang chef..so,deme la selalu masak..Tapi masakan deme series sedap kut..ahaks.. Tapi sebelum masak petang kitorg suke pegi jalan-jalan pusing-pusing taman..Tak pun pegi playground..hehe.. tak pun prgi CC..^^'

Contengan: Macam mana nak cakap aku rindu kome eh?Semoga Allah redha..





Ampunilah.

Dengan Nama Allah yang Maha pengampun,



Ya Allah,
Andai ujianMu ini akan membuatkan aku lebih mengenaliMu..
Aku ikhlas..
Ya Tuhan,
Andai ujianMu ini akan membuatkan aku lebih mengingatiMu..
Aku ikhlas..
Ya Tuhan,
Andai ujianMu ini akan membuatkan aku lebih menyukuri nikmatMu..
Aku ikhlas..
Ya Allah,
Andai ujianMu ini mampu membuat aku lebih mencintaiMu..
Aku ikhlas..
Ya Tuhan,
Andai ujianMu ini mampu membuatkan aku lebih dekat denganMu..
Aku ikhlas..

Ikhlas menerima segala takdir yang telah Engkau tetapkan kepadaku..
Ya Allah,
Ampunilah aku lantaran kelalaian dan kealphaan ku..
Berkati dan rahmatilah setiap langkahku..
Berikanlah aku kekuatan..
Untuk terus menegakkan AsmaMu di bumi ini Ya Allah..
Sememangnya untuk menempuh Onak duri ini bukan mudah
Tapi aku yakin padaMu..
Kau akan melindungi setiap langkah ini..
Meskipun langkahku ini tidak sempurna..

Ya Allah,
Hambamu ini sering menzalimi diri sendiri..
Andai kau tak ampuni aku..
Alangkah ruginya diri ini..
Ya Allah,
janganlah kau palinka hati kami
setelah kau berikan pertunjuk...
Ya Allah ampunilah aku..
Aku tidak mampu lakukan apa-apa tanpaMu ya Allah..

Contengan: Muhasabah chinta bersama insan terchinta kerana pemilik chinta..