Wednesday 21 August 2013

Zilal


Ukuran ketulusan dan kesejatian cintamu
adalah apa yang kamu berikan padanya
untuk membuat hidupnya menjadi lebih baik.
Maka kamu adalah air, maka kamu adalah matahari.
Ia tumbuh dan berkembang dari sinaran airmu.
Ia besar dan berbuah dari sinar cahayamu.
-Anis Matta-

Cinta bukan alasan untuk bahagia di dunia.
Tapi cinta syarat untuk bersama di syurga.

Zilal , Sebuah kenangan atas cinta.

Tuesday 20 August 2013

Ajari aku



Bunda Hajar
Ajari aku erti sabar
Saat kau harus ditinggalkan di padang pasir
Yang panasnya membakar
Tanpa apa pun.
Tanpa siapa pun.
Cuma kau dan bayi kecil itu

Bunda Hajar
Ajari aku erti teguh bertahan
Di saat engkau ditinggalkan
Di gurun sahara itu
Matahari yang panas membahang
Dengan bayi didalam kendongan
Tanpa sebarang bekalan

Bunda Hajar
Ajari aku erti gigih berusaha
Bagai mana bisa aku contohimu wahai wanita mulia?
Gigih berlari ke shafa dan marwa
Hanya untuk menyusukan anak yang dahaga.

Ajarilah aku wahai bunda Hajar.





Sunday 18 August 2013

Post tanpa nama


Banyak. Terlalu banyak yang ingin aku ceritakan. Banyak. Teramat banyak yang ingin aku kongsikan. Aku menanam azam untuk memperbanyakkan penulisan tentang dakwah dan tarbiyah ini. Tapi aku sendiri tak pasti mengapa terlalu sukar untuk aku menyusun kata. Menterjemah segala rasa di jiwa. Menyusun aksara menjadi sebaris kata yang bisa menghidupkan hati manusia.

Mungkin benar. Jika kita tak punya apa-apa. Kita tidak mampu memberi apa-apa. Hati yang mati. Mustahil bisa menghidupkan hati-hati mati yang lainnya. Bukan tak cuba. Bukan tak berusaha. Tapi sungguh mujahadah itu perit. Rasanya sakit.

Air mata ini. Bukti kedewasaan.

Jangan lupa doakan mereka di Mesir. Syria dan Gaza jangan di lupa.
Moga Allah ampunkan aku , kamu dan kita semua.


Tuesday 13 August 2013

Mesej masa lalu



Tak ada yang lebih jernih dari suara hati 
ketika ia menegur kita tanpa bicara
Teguran yang begitu halus
Begitu bening , begitu dalam

Tak ada yang lebih jujur dari nurani
Saat ia menyedarkan kita tanpa kata-kata
Nasihatnya begitu hening
dan kita tak kuasa menyangkal

Tak ada yang lebih tajam dari mata hati
ketika ia menghentak kita dari beragam kesalahan dan alpa
Begitu tipis , begitu menghiris

Berbahagialah orang-orang yang seluruh waktunya
dipenuhi kemampuan untuk jujur pada nurani
dan tulus mendengar suara hati

-Salim A. Fillah-

Mesej send by Murabbi
30102012


Sunday 11 August 2013

hanya kerana sebuah panggilan




Suasana di luar masih lagi gelap pekat walaupun sudah pagi. Ini namanya pagi buta. Tiada kopi panas. Tiada lagi talifon galaxy dabelyu di tangan. Yang ada hanya instrumental yang berirama di telinga. Nadanya syahdu. Bagaikan hati aku yang sedang di balut pilu.

Sebuah Kenangan

Apa yang di panggil kenangan?
Kenangan adalah apa yang telah kita tinggalkan
Tinggalkan di belakang.
Yang pasti kenangan itu takkan pernah berulang
Moment-moment yang indah mahupun sedih
Segalanya telah berlalu dan takkan pernah perulang
Pada kenangan
ada sendu dan pilunya
ada gembira dan tawanya
ada tangisan dan air matanya
ada bahagia dan terlukanya
segalanya telah berlalu
Tak salah untuk kita menyelak kembali lembaranlembaran lalu
Untuk di jadikan penguat untuk masa hadapan
Agar salah yang lama tak di ulang
Itu kenangan.

Cinta

Cinta adalah satu frasa
yang bisa buat kita tersenyum gembira
dan bisa buat kita mengalirkan air mata
Cinta
Manusia punya pelbagai cara untuk menghuraikan cinta
Manusia punya pelbagai cara untuk menterjemahkan cinta
Kerana cinta aku lepaskan
Kerana cinta aku pilih untuk dilukai sekarang
Cinta bukan alasan untuk bahagia di dunia
Cinta adalah alasan untuk dia sisi aku kelak di syurga.
Biar perit melepaskan sekarang
Asalkan bisa bercinta kelak di sana
Tangan itu yang aku ingin pegang saat menjejak ke pintu syurga
Wajah itu yang ingin aku tatap saat di sana
Biar sakit bermujahadah di dunia
Asal takbermusuhan di sana

Konklusinya

Bismillah,
Kerana cinta aku melepaskan rasa ini pergi.
Moga Allah redha dengan kita
Moga bisa bercinta kelak disyurga.

Boss
Isnin
12082013
5 syawal 1434H




sekadar contengan




Bau kopi semerbak perlahan-lahan masuk ke rongga hidung aku. Di sisi kiri aku ada tafsir Zilal menjadi peneman. Lagu Pengabadian cintaMu menjadi halwa telinga aku tika malam kelam begini. Post kali ini pastinya bukan untuk aku meluahkan rasa yang terbuku di jiwa. Bukan aku ingin bercerita tentang hari raya. Bukan dan bukan belaka.

Tenang

Aku merantau jauh
hanya untuk mencari erti sebuah frasa
Hanya satu
iaitu tenang
Tenang.
Tenang itu apa?
Tenang.
Tenang itu rasanya bagaimana?

Diam

Diam yang nyaring itu
kadangkadang terlalu bising

Harapan

Aku manusia
Manusia yang berbakul-bakul dosa
Mereka bilang aku tak akan di ampunkan
Tapi dakwah dan tarbiyah memberi aku harapan
Harapan dulu yang telah punah
Harapan dulu yang telah musnah
Kini semua harapan kembali cerah
Dia Maha pengasih semua salah akan diampunkan
Maka mintalah pada Yang Maha Pemurah