Tuesday 6 May 2014

Tuhan


Tuhan, katakan pada diri ini apa yang aku sangka pada diri sendiri ini tidak benar.

Tuhan, hati aku tidak terlalu hitam kan?
Tuhan, hati aku tidak terlalu berdaki kan?
Tuhan, hati aku belum keras lagi kan?
Tuhan, hati aku belum rosak kan?
Tuhan, hati aku belum mati kan?

Tuhan, katakan tidak untuk soalansoalan ini aku mohon. Aku mohon.

Bila tugasan dakwah makin berat tergalas dipundak kanan dan kiri.
Saat itu jahiliyyah mula menjinakjinak diruang yang belum diisi.

Tuhan, Aku penat.
Penat dengan diri sendiri.
Penat dengan jahiliyyah yang makin menjadijadi
Penat dengan mujahadah yang sama tanpa peningkatan dari hari ke hari

Tuhan, andai hati ini telah rosak.
Andai hati ini sudah rabak.
Andai hati ini sudah berbau hapak.
Aku mohon gantikan hati ini dengan yang baru.
Hati yang lebih ikhlas mencintaiMu.
Hati yang mencintai akhirat melebihi dunia yang menipu.
Hati yang lebih sejahtera dari dulu

Tuhan, andai akal ini sudah rosak.
Andai akal ini makin fikir yang tidaktidak.
Aku mohon gantikan akal ini dengan yang baru.
Akal yang bisa berfikir untuk islam.
Akal yang tak suram dan kelam.


Tuhan, untuk kesekian kalinya aku mohon thabatkan diri ini hingga ke syurga.
Tuhan, Aku mohon buat kesekian kalinya kuatkan aku dalam mujahadah untuk tinggalkan jahiliyyah.
Tuhan, Jangan biarkan aku jemu untuk terus meminta padaMu.

Mu'tah , Jordan
06052014
11:41 PM


takde tajuk untuk ini


Dingin malam dimusim bunga ini perlahanlahan menggigit tubuh. Lama rasanya blog ni menyepi sunyi. Tanpa bertuan laman ini dibiarkan sepi.

Aku rindu untuk berbaring di atas rumput sambil mendongak melihat bintangbintang keakan lampu yang sedang tergantong tanpa tali. Langit gelap pekat dan hanya punya bulan dan bintang yang menghiasinya. Aku rindu untuk meredah lebat hujan. Mencurahkan air mata yang sudah lama ditahantahan.Aku rindu untuk bertafakur diatas bumbung sambil melihat hiruk pikuk dunia yang makin hari makin melelahkan. Aku rindu untuk menulis apa saja yang tersimpan dijiwa. Aku rindu untuk melukis dan mewarna segala rasa. Aku rindu berlari semahunya agar terlepas segala beban didada. Aku rindu berjalan sejauhnya mencari erti apa posisi Tuhan dalam hati. Aku rindu berdiri sendiri di waktu malam. bersujud dalamdalam. Bercerita padaNya tanpa ada gangguan. Aku rindu untuk menangis saat membaca firmanfirmanNya. Aku rindu diri aku yang dulu. Diri aku yang lebih baik dari yang hari ini. Diri yang lebih banyak senyap dari bicara. Hati yang teguh dengan apa yang diucapkan. Aku rindu untuk mencuba sesuatu yang baru tanpa perlu peduli apa yang bakal mereka bilang. Aku rindu untuk bermimpi yang aku mahu tanpa perlu kecewa sendiri.

Aku rindu