Sunday 29 March 2015

Sang pendosa itu



Sang pendosa itu. Kelihatannya wajah ceria dengan senyuman. Ketawanya gembira tanpa hujungnya. Masih selalu mengupdate kicauan. Masih enak bergelumang dengan noda semalam. Masih ketagih dengan jahiliyyah kelmarin.

Tapi aneh. Kicauannya berbaur kesedihan. Seolah jiwa yang kekosongan. Umpama manusia kehilangan. Aku mula keliru. Apa yang sedang sang pendosa itu cari. Apa yang dia mahu dari sebuah kehidupan ini.

Aku mula sangsi. sang pendosa itu masih mahu bersama dakwah dan tarbiyah. Tidakkah dia malu pada mereka yang bersamanya. Tidakkah dia sedar yang jalan yang dilalui ini sukar dan panjang.Mungkin lambatnya perjalanan gerabak ini kerana beratnya memikul dosa sang pendosa itu.

"Mengapa kau masih mahu bersama dakwah dan tarbiyah?" Tanya aku padanya.

"Kerana dakwah dan tarbiyah menyedarkan yang aku seorang pendosa. Kerana dakwah dan tarbiyah beri aku peluang dan harapan. Yang Allah akan ampunkan aku. Jalan dakwah dan tarbiyah sedarkan aku perlu bermujahadah." Tutur sang pendosa itu.

"Kerana dakwah dan tarbiyah ini menyedarkan kotornya lumpur jahiliyyah. Jika bersama Dakwah dan tarbiyah pun aku masih terpalit sedikit jahiliyyah bagaimana pula nasibku kelak andai aku takbersamanya.Tanpanya pasti aku sedang menikmati dan berenang-renang didalam najis jahiliyyah." -Ujar sang pendosa yang lainnya

Kita takpernah lupa yang Tuhan itu Pengasih dan Penyayang.
Aku harap kita juga taklupa yang azab Tuhan itu paling berat siksaanNya.



Friday 27 March 2015

Bermula semula


dengan nikmat Tuhan 
Aku mulakan semula nikmat penulisan
Agar ada saham yang tersimpan.

Ini bukan kali pertama aku mulakan
Sudah berkali aku mahu berhenti dari mencoretkan
Dan berkali juga aku mulakan semula.

"Daie tu kena sentiasa ada keinginan untuk menulis." -Secretary
(Ayatnya lebih kurang bergini la kut)

Untuk kali ini. Aku mulakan bukan sebagai episod yang baru. Tapi kali ini aku cuba mulakan sebagai sebuah buku yang baru. Post-post lepas aku ada niat nak padam , tapi aku simpan. Sebab aku tahu, bila nanti aku dah tua aku baca balik post-post lama mesti aku tergelak.hahah.Paling penting bila aku baca balik post lama aku mampu menganalisa perubahan diri aku.

Let's start.

Monday 4 August 2014

Waktu yang bisu

(Ireland)

Tiba-tiba rasa nak update yang belog yang makin bersawang ni. Mungkin takde apa pun yang nak ditulis. Ilham-ilham untuk menulis pun makin kurang. Mungkin akibat kurang membaca. Lama-lama sesawang aku yang lain pun sunyi juge kadangkadang.

"You can close your eyes to the things you don't want to see , 
but you can't close your heart to the thing you don't want to feel."
-Johnny depp-

Kau bisa tutup mata untuk perkara yang kau tak mahu lihat
Tapi kau tak mampu tutup hati kau untuk perkara yang kau tak mahu rase
Kau bisa butakan mata dari melihat kebohongan dunia
Kau bisa tulikan telinga dari mendengar tipu daya mereka
Tapi kau takmampu tipu hati yang semuanya benar belaka.

Mereka bisa pandang kau sebagai manusia mulia
Tapi kau lebih tahu diri kau siapa
Mereka bisa bilang tentang kau apa saja
Tapi kau paling kenal cacat kau dimana
Mereka bisa tudung jari canangkan kisah kau yang mereka sendiri takpasti hakikatnya
Tapi kau paling arif apa yang kau perjuangkan dalam hidup sebagai hamba Dia

Air mata sudah kering untuk menangisi diri sendiri
Takkan pernah mudah untuk buang apa yang dah sebati dalam diri
Dari budak jalanan nak berubah jadi manusia yang tasbih sentiasa ditangan takkan senang
Tapi kita paling kenal diri kita
Kita paling tahu apa yang kita nak
Maka berusahalah untuk meraih cinta Dia.
Memamg tak mudah
Tapi ikulah harga yang harus dibayar untuk sebuah jannah

-Siraaj-

Aku taktahu sebenarnya post ni pasal apa. hahaha

Tuesday 6 May 2014

Tuhan


Tuhan, katakan pada diri ini apa yang aku sangka pada diri sendiri ini tidak benar.

Tuhan, hati aku tidak terlalu hitam kan?
Tuhan, hati aku tidak terlalu berdaki kan?
Tuhan, hati aku belum keras lagi kan?
Tuhan, hati aku belum rosak kan?
Tuhan, hati aku belum mati kan?

Tuhan, katakan tidak untuk soalansoalan ini aku mohon. Aku mohon.

Bila tugasan dakwah makin berat tergalas dipundak kanan dan kiri.
Saat itu jahiliyyah mula menjinakjinak diruang yang belum diisi.

Tuhan, Aku penat.
Penat dengan diri sendiri.
Penat dengan jahiliyyah yang makin menjadijadi
Penat dengan mujahadah yang sama tanpa peningkatan dari hari ke hari

Tuhan, andai hati ini telah rosak.
Andai hati ini sudah rabak.
Andai hati ini sudah berbau hapak.
Aku mohon gantikan hati ini dengan yang baru.
Hati yang lebih ikhlas mencintaiMu.
Hati yang mencintai akhirat melebihi dunia yang menipu.
Hati yang lebih sejahtera dari dulu

Tuhan, andai akal ini sudah rosak.
Andai akal ini makin fikir yang tidaktidak.
Aku mohon gantikan akal ini dengan yang baru.
Akal yang bisa berfikir untuk islam.
Akal yang tak suram dan kelam.


Tuhan, untuk kesekian kalinya aku mohon thabatkan diri ini hingga ke syurga.
Tuhan, Aku mohon buat kesekian kalinya kuatkan aku dalam mujahadah untuk tinggalkan jahiliyyah.
Tuhan, Jangan biarkan aku jemu untuk terus meminta padaMu.

Mu'tah , Jordan
06052014
11:41 PM


takde tajuk untuk ini


Dingin malam dimusim bunga ini perlahanlahan menggigit tubuh. Lama rasanya blog ni menyepi sunyi. Tanpa bertuan laman ini dibiarkan sepi.

Aku rindu untuk berbaring di atas rumput sambil mendongak melihat bintangbintang keakan lampu yang sedang tergantong tanpa tali. Langit gelap pekat dan hanya punya bulan dan bintang yang menghiasinya. Aku rindu untuk meredah lebat hujan. Mencurahkan air mata yang sudah lama ditahantahan.Aku rindu untuk bertafakur diatas bumbung sambil melihat hiruk pikuk dunia yang makin hari makin melelahkan. Aku rindu untuk menulis apa saja yang tersimpan dijiwa. Aku rindu untuk melukis dan mewarna segala rasa. Aku rindu berlari semahunya agar terlepas segala beban didada. Aku rindu berjalan sejauhnya mencari erti apa posisi Tuhan dalam hati. Aku rindu berdiri sendiri di waktu malam. bersujud dalamdalam. Bercerita padaNya tanpa ada gangguan. Aku rindu untuk menangis saat membaca firmanfirmanNya. Aku rindu diri aku yang dulu. Diri aku yang lebih baik dari yang hari ini. Diri yang lebih banyak senyap dari bicara. Hati yang teguh dengan apa yang diucapkan. Aku rindu untuk mencuba sesuatu yang baru tanpa perlu peduli apa yang bakal mereka bilang. Aku rindu untuk bermimpi yang aku mahu tanpa perlu kecewa sendiri.

Aku rindu

Thursday 16 January 2014

Esok exam.

Dengan nama Allah , Pemilik segala yang di bumi.

Nak memikirkan DnT di saat exam bergini memang tak mudah.
Dengan study kau lagi.
Masa depan dakwah dan tarbiyah lagi.
Usrah adik kau.
Usrah kau sendiri.
Jaulah yang lagi beberapa hari.

Kadangkadang otak kau akan jadi tepu.
Kadangkadang hati kau akan kelabu.

Aku baru tahu kenapa pokcik IHAB cakap kewajiban kita lagi banyak dari waktu yang kita punya.

Mujahadah aku sekarang :
1) Tawazzun
2) Berfikir.

Sungguh la. Berfikir ni penatnya lagi penat dari kau berlari seratus pusingan. Hahaha.