Sunday 11 August 2013

hanya kerana sebuah panggilan




Suasana di luar masih lagi gelap pekat walaupun sudah pagi. Ini namanya pagi buta. Tiada kopi panas. Tiada lagi talifon galaxy dabelyu di tangan. Yang ada hanya instrumental yang berirama di telinga. Nadanya syahdu. Bagaikan hati aku yang sedang di balut pilu.

Sebuah Kenangan

Apa yang di panggil kenangan?
Kenangan adalah apa yang telah kita tinggalkan
Tinggalkan di belakang.
Yang pasti kenangan itu takkan pernah berulang
Moment-moment yang indah mahupun sedih
Segalanya telah berlalu dan takkan pernah perulang
Pada kenangan
ada sendu dan pilunya
ada gembira dan tawanya
ada tangisan dan air matanya
ada bahagia dan terlukanya
segalanya telah berlalu
Tak salah untuk kita menyelak kembali lembaranlembaran lalu
Untuk di jadikan penguat untuk masa hadapan
Agar salah yang lama tak di ulang
Itu kenangan.

Cinta

Cinta adalah satu frasa
yang bisa buat kita tersenyum gembira
dan bisa buat kita mengalirkan air mata
Cinta
Manusia punya pelbagai cara untuk menghuraikan cinta
Manusia punya pelbagai cara untuk menterjemahkan cinta
Kerana cinta aku lepaskan
Kerana cinta aku pilih untuk dilukai sekarang
Cinta bukan alasan untuk bahagia di dunia
Cinta adalah alasan untuk dia sisi aku kelak di syurga.
Biar perit melepaskan sekarang
Asalkan bisa bercinta kelak di sana
Tangan itu yang aku ingin pegang saat menjejak ke pintu syurga
Wajah itu yang ingin aku tatap saat di sana
Biar sakit bermujahadah di dunia
Asal takbermusuhan di sana

Konklusinya

Bismillah,
Kerana cinta aku melepaskan rasa ini pergi.
Moga Allah redha dengan kita
Moga bisa bercinta kelak disyurga.

Boss
Isnin
12082013
5 syawal 1434H




No comments: