Saturday 22 December 2012

Bintang itu

dengan nama Allah yang memberikan hadiah terindah,


Sebelum membaca post ini. Anda yang alergic dengan ayat jiwang dan puitis di haramkan baca. Saya takkan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangannya nyawa atau kegatalan kulit yang melampau akibat membaca post ini. Senyum. Aman tanpa perang.


Bintang
Jauh dan taktergapai
Tapi sentiasa menemani saat insan itu bersendiri
Jauh yang menemani tatkala manusia sedang dibuai mimpi
Bila mentari datang esok pagi
Bintang pun mula menyepi
Bukan hilang kerana sudah ada yang menerangi
Tapi cahayanya tak kelihatan dek terik mentari yang mengganti
Bila malam bertandang lagi
Bintang mula menonjolkan diri

Bintang
Walaupun kau jauh dan kadang tak kelihatan
Walau kadang kau takdihiraukan
Walau kadang kau hanya di jadi panduan di saat insan memerlukan
Tapi di sisi mu sentiasa ada Tuhan yang tak pernah meninggalkan
Di sisimu ada Dia yang menemanimu tanpa jemu dan bosan

Bintang
Selagi aku mampu aku akan menemanimu
Mendongak dan memerhati indahnya ciptaanmu
Jika kau yang di cipta Tuhan pun sudah cukup indah.
Pasti yang menciptakanmu itu lebih indah


Tapi sang bintang,
Kau harus tahu
Aku takkan selamanya disisimu
Sampai masanya nanti aku juga akan berlalu
Pergi yang tidak tahu bila aku akan kembali berada di sisimu

Bintang sayang,
Aku mohon bila saat itu bertandang
Janganlah kau putus pergantungan
Kerana aku hanya insan yang di takdirkan Tuhan
Untuk menemanimu seketika di perjalanan ini
Dan yang pasti aku juga akan pergi

Moga kau terus kuat si bintang sayang.

Bintang
Terima kasih kerana  menemani aku di malam bergini
Mendengar apa yang di hati
Walau apa yang di alami tak terluah dengan kata
Tapi aku tetap meluahkan padamu dalam rasa
Melihat kau ciptaan terindah  membuat aku tenang dalam pencarian
Kau terlalu tinggi untuk di gapai.
Terlalu jauh untuk aku kejar
Tapi itu bukan alasan untuk aku tak menghirau
Kerana kau hadiah terindah dalam pelayaran ini.

Moga Tabah hati tak berbalah bahagi.
Sang bintang.
 Insan merinduimu dalam gelap pekat malam


Boss
22122012