Dengan nama Allah sebaibaik pencipta,
Mereka kata aku nie bukan la manusia yang baik.Tak sebaik 'nama'. Orang cakap nama selalunya melambangkan peribadi.Tapi itu bukan aku. Aku seolaholah bertentangan dengan maksud nama aku.
Tak perlu cakap. Aku dah sedari hakikat itu sejak azali.Sejak aku mengenal alam realiti.
Manusia. Boleh katakan apa yang mereka suka. Aku hanya boleh diam dan simpan semua rasa.
Jika aku luahkan ada yang sudi menjadi pendengar yang setia?
Terus berlari walau pun ada luka di kaki. Bukan larh perkara yang best. Mungkin akan sampai ke penamat.Mungkin juga tidak. Mungkin satu langkah lagi akan sampai tapi aku tersadung dan tersungkur.
Tapi aku hanya mampu berusaha untuk sampai ke garisan penamat dengan langkah yang sempurna.
Walaupun langkah ku tetap nampak cacat di mata manusia dan kelihatan juga insaninsan yang menyokong aku untuk terus berlari hingga ke penamat.
Itu larh aku! Sedang berlari mengejar kesempurnaa. Memang! Mengejar kesempurnaan itu kerja yang gila. Mustahil aku mampu menjadi manusia yang sempurna.
"untuk menjadi sempurna itu mustahil.Tapi jika kita berusaha menjadi sempurna.Kita akan hampir kepada kesempurnaa."
Aku memang bukan budak baik. Jika kau selak lembaranlembaran lalu.Banyak helaianhelaian hitam yang kau akan temui.Mungkin kau keji aku. Aku tak marah! Kerana itu semua adalah kisah dan sejarah.
Andai ada pemadam sakti sudah pasti aku akan guna untuk memadam segala kisah dan sejarah yang telah merosakkan lembaran hidup aku.
Kau bilang aku jahat.
Aku tahu hakikat itu.
Tak perlu kau bagi tahu.
Kau kata jiwa aku kosong tak terisi.
Aku tahu.
Kerana aku juga penah bilang begitu dulu.
Kau kata aku tiada harapan.
Aku tahu.
Bukan kau orang pertama kata begitu.
Baik?
Perkataan tu sangat tak sesuai untuk aku.
Aku bukan orang skema oke.
Tapi. itu semua kisah beberapa tahun lalu. Sekarang telah lahir 'aku' yang baru. Aku yang skema.
"Mengikut skema Allah dan Rasul." inshaAllah.
Baik?
Aku sentiasa berusaha ke arah itu.
Hidup hanya sekali.
Muda juga hanya sekali.
Sanggup aku persiakan tanpa redhaNya?
Contengan : Dari budak tak berarah nak ke sejadah memang takmudah.Tapi ada Allah. Aku dah tak kisah.
No comments:
Post a Comment