Sunday 17 February 2013

Wahai murabbi sayang

dengan nama Allah sebaikbaik perancang,


Entry ni dedikasi khas untuk insaan yang pernah menjadi murabbi aku, yang sedang menjadi murabbi aku dan yang bakal menjadi murabbi aku secara langsung atau tak langsung. Murabbi yang bersama di dalam bulatan atau murabbi yang tak di dalam bulatan. Dan pada sesiapa saja yang pernah mengajar aku erti kehidupan.

Aku dan murabbi
Ntah siapa aku pada dia
Mungkin hanya insaan yang ditakdirkan Tuhan kami di petemukan dalam satu bulatan
dan dia telah di amanahkan untuk membina aku untuk menjadi 'manusia'

Kenakalan aku mungkin kadangkala mengguris hati
Sikap aku mungkin tidak menunjukkan kethiqahan aku padanya
Tapi sungguh
Setiap kata yang terlahir dari bibirnya aku semat kukuh di ingatan sebagai penguat aku di jalan yang panjang
Setiap taujihat darinya aku tanam dalamdalam sebagai azimat untuk aku tempuhi apa yang bakal mendatang
Setiap yang di ucapkan masih terngiangngiang

Pembinaan jarak jauh
dan kadangkala di atas talian 
sungguh amat menyakitkan

Saat insaan lain gembira berbulatan bertemu lutut
kami hanya bisa menatap wajahnya melalui screen 
Saat insaan lain bisa menggenggam erat tangan sang murabbi
Kami hanya bisa melihat gerak tangannya di screen
Tapi itulah tarbiyah untuk kami.
Dan melalui tarbiyah itu setiap pertemuan lebih terasa berharga dan bermakna
Jarak bukanlah penghalang untuk kami terus berbulatan.

Pada mulanya aku melihat murabbi itu seorang yang sangat haybat.
Dan mungkin juga dia bukan manusia biasa.
Tapi dia betulkan aku semula
dia katakan bahawa kita semua sama
kerana dia terlebih dahulu berada di jalan ini kerana itu dia menjadi murabbiku
Jika aku dulu di jalan ini pasti akulah murabbinya

Aku mula sedar dan faham
Murabbi itu juga manusia
Yang sedang bermujahad sesuatu seperti aku juga
dia juga punya kekurangan dan mengharapkan aku bisa menambah apa yang kurang

Murabbi aku bukanlah suci dari dosa
dia juga bukanlah malaikat
tapi mungkin pembinaan dirinya lebih sempurna dariku
dan boleh jadi pengalamnya lebih banyak berbanding aku

Bagi aku murabbi itu adalah ibu
walaupun dia bukan yang melahirkan aku dan membesarkan aku
tapi dialah yang melahirkan aku kedunia yang baru
dia yang membesarkan aku selama keberadaan aku di jalan ini
Bagi aku murabbi itu adalah guru
walaupun dia bukanlah pensyarah yang mengajar aku di dalam kelas
tapi dia mengajar aku erti sebuah kehidupan melalui kaca mata tarbiyah ini
dia juga mengajar aku dari tidaktahu apaapa kepada tahu serba

Wahai murabbi sayang,
Terima kasih aku ucapkan
kerana sudi membina aku yang serba kekurangan
kerana sudi membetulkan aku yang tempang
kerana sudi bersusah demi aku
kerana sudi mentarbiyah aku semampumu
andai aku lupa berterima kasih tolong ingatkan

Wahai murabbi sayang,
walaupun kau akan bertukar ganti
dan kita bakal terpisah jauh
tapi aku takkan pernah melupakanmu
mana mungkin adanya aku tanpa kamu

Wahai murabbi sayang
jujurlah padaku andai ada yang mengguris hatimu
jujurlah andai aku mengecewakanmu
jujurlah.

Wahai murabbi sayang,
kesempatan yang masih berbaki ini
aku mohon kemaafan andai selama kita berbulatan banyak yang menyebabkan kau terguris perasaan
jika aku tersalah tolong betulkan
jika aku meluka luahkan
mungkin aku lakukan di luar sedar.
dan lebih menyedihkan aku lakukan dalam keadaan sedar

"Harapan seorang murabbi di saat membina mutarabbimutarbbinya ialah semoga mutarbbimutarbbinya jauh lebih haybat berbanding dirinya."

ini sungguh sweet

berpisah dalam bulatan. moga bertemu di jalan yang panjang.

-boss-

No comments: