Monday 29 July 2013

Harga



Harga 

Harga topup naik.

Harga tambang coaster nak pergi Amman naik.

Harga Teksi pergi jamiah naik.

Harga barangbarang harian naik.

Semua harga naik.

Dia saat semua harga kat muka bumi ni naik.

Ada satu harga yang makin menurun jatuh.

Harga diri.



Friday 26 July 2013

Dua hari sebelum final



Pagipagi buta gini aku masih tak mampu nak bukak buku lagi. Walaupun lagi dua hari aku nak final. Jadi aku memilih untuk berbloging. Senyum seinci. Aku tengah cuba nak study ni. Gugugu. Aku bloging sebab aku nak mengelak tidur lepas subuh. Kalau aku study mungkin bukan aku baca buku. Tapi buku yang baca aku. Peace yo. 

Pagi

Pagi ni sangat sejuk
Macam winter rasanya
Menggigil
Beku

17 Ramadhan

Semalam 17 ramadhan
Nuzul quran
Perang badar
Yaumul Furqan (Kau tahu kisah mesir? Kalau tak tahu ambil tahu. Cakna isu umat)
Jumaat. (Al kahfi tak?)

terngiangngiang kat telinga aku
"Mujahid sejati yang berjiwa,
Kukuhkan langkahmu jangan pernah pudar.
walau musuh Allah menghina dan membakar,
Mujahid sejati tetap tegar tiada gentar.

Rabbani

Kau tahu apa makna rabbani?
Kalau tahu bagus la.
Tapi kalau taktahu kaji.
Jangan buatbuat tahu.
Sebab tarbiyah kita tarbiyah rabbani
dan nak melahirkan rijal yang rabbani
Kalau tak tahu rabbani tu apa macam mana nak jadi rabbani?

Selamat menjadi rijal rabbani yang berjiwa badar. Senyum 10 dinar.





Thursday 25 July 2013

Bantulah aku yang buntu


Buntu

"Ambil berapa madah summer sem ni?"

"Dua. Kenapa?"

"Dua?? Kau nak duduk sini sampai bile? Dah la kau baru ambi 8 madah"

**********

Buntu.
Memikirkan aku yang makin bercelaru
Study aku yang makin haru
Arah yang makin kelabu
Muka yang makin biru
Semuanya buat aku makin tergaru

Bantu

Aku tahu
Mereka cuba bantu
Apa yang termampu
Tapi aku yang makin tepu
Aku yang makin buntu dan bertambah kelabu



Note : Banyak pulak post aku sekarang. kihkihkih


Wednesday 24 July 2013

Malam


Bulan

Malam ini bulan mengambang
Malam ini bulan terang
Hati aku di balut tenang
dari kejauhan bulan aku pandang
Lambantlah siang
Aku mahu bulan temani aku seorang
Menikmati indahnya pemandangan

Rindu

Aku sering bilang pada mereka
Malam sangat berkait dengan rindu
Saat malam begini pasti hati di rundung rindu

Jujur hati ini rindukan 'sesuatu'

Lagu

Berginilah aku dari dulu
Earphone takpernah lekang dari telingan aku
Panggilan orang jarang di sahut.
Kerana aku takpernah dengar ada yang memanggil
Aku hanyut dalam alunan irama lagu
Mereka bilang cukupcukuplah dengan wayar di telinga itu
Aku bilang inilah cara aku
Aku tak suka menanggalkan wayar ini
ia seolah nyawa
Mungkin ada yang bakal bilang ini gila
Wayar yang tiada guna ini nyawa?
Wayar ini punya berjuta makna
Wayar ini pelihara aku dari mendengar caci maki manusia
Wayar ini menyelamatkan aku dari marah dan merungut di dalam hati
Kerana wayar ini ia pelihara telinga , hati dan mulut aku dari menyumpah manusia
Jujurnya, wayar ini tak aku tanggal hanya untuk menjaga hati , telinga dan mulut aku.


Tuesday 23 July 2013

Catatan yang tertangguh



Canang

Kau canang
kisah aku yang malang
Aku yang mula hilang
di tengah siang.

Sangka

Aku sangka hati aku punya rasa
Rasa yang mencampur baur
Tapi itu hanya apa yang aku sangka
dan sebenarnya aku menipu diri sendiri
kerana aku takut
orang bilang bila hati kau tak berasa
itu satu petanda.
petanda yang hati kau sudah tiada
Tapi hakikatnya hati aku takberasa

Dosa

Semua orang bilang nak ke syurga
semua orang takut nak ke neraka
Tapi tak malu berbuat dosa sesuka
Lupa yang Allah pandang sentiasa

Final

Minggu depan aku ada paper
Ujian dunia yang menilai aku sebagai manusia
Aku tak sepandai mana
Kononnya aku dah berusaha bagai nak gila
Tapi sebenarnya malam exam baru buku nak di baca
Doakan semoga aku berjaya
dan tak lagi menjadi buah mulut mereka

Tulis

Rasa untuk menulis makin hilang
Mungkin rasa ini hilang akibat iman yang kecundang

Sunday 7 July 2013

Dari sudut hati yang paling dalam



Malam ni aku mula membelekbelek semula belogbelog yang dah lama tak aku kunjung. Mencaricari postpost yang mampu menaikkan hammasah aku. Playlist malam ni pun lagulagunya lebih kepada muhasabah. Mencaricari hati yang hilang. Cuba merasai kembali perasaan apa yang sedang aku rasai kini. Orang bilang orang mati je takde perasaan. Kalau bukan orang mati pun orang yang mati hati. Moga di jauhkan.

************

Jam menunjukkan tepat pukul sepuluh lima puluh lima pagi. Bahang mentari memancar ke muka. Summer. Panasnya luar biasa. Aku mula mencapai cermin mata Rayban berbingkai hitam kuning itu.

"Nak balik pukul berapa?" 

"Taknak balik boleh?"

"Hurm. Mana boleh."

"Lepas zohor kut."

"Jom la kita pergi jalan universiti dulu."

"Hurm. Okey. Boleh je."

************

Teksi berhenti tepat depan kedai Ayam Rangup. Jalan hari ni agak sesak. Biasa la. Hujung minggu. Memang begini la keadaannya.

"Orang nak beli battery phone."

"Okey."

"haa. Tu ade kedai phone." Sambil menunjukkan kedai di seberang jalan. 

************

Dari kedai Ayam Rangup tadi kami berjalan sampai ke Housing bank. Pastu patah balik. Memang sungguh hari ni aku nak luangkan masa bersama dia. Jarang ada peluang keluar samasama macam ni. Kadangkadang bila aku percuma , dia sibuk. Bila dia percuma , aku pulak sibuk. Orang mungkin nampak kitorang selalu spend masa samasama. Kat mana ada aku kat situ ade dia. Kat mana ade die sure akan muncul jugak muka aku. Tapi kadangkdang aku sendiri taktahu nak jawab apa bila orang tanya apa yang selalu kitorang sembangkan. Sembang pasal tarbawi tak la selalu sangat. Sembang pasal dakwi pun macam tak jugak. Bercurhat pun jarangjarang. 

"Macam mana mutabaah?"

"Ntah." Aku pandang muka dia sambil berkerut kening. Mungkin soalan kali ni agak ganjil

"Tanda tak mutabaah?"

"Tak pun."

"Dah baca quran hari ni?"

"Belum."

Sungguh perbualan dan soalan hari ni agak ganjil. Tak macam selalu. Sebab selalunya takbercakap hape. kahkahkah. Takde la takbercakap. Tapi cakap tak banyak. Soalan yang di tanya dan di jawab pun yang biasabiasa. hoho

*************

Aku nampak kesungguhan dia untuk bantu aku dalam dakwah dan tarbiyah ni. Aku tahu dia sangatsangat nak tolong. Tapi aku pun taktahu kenapa dengan diri aku. Aku pun taktahu kenapa apa yang aku nak kongsikan kadangkadang tertelan semula bila dah sampai kat kerongkong. Makin lama makin kurang aku ceritakan pada sesiapa. Tentang dakwi. Tarbawi. Study. Masalah. Kekalutan hidup. Bukan aku tak mahu berkongsi. Tapi aku tak mampu untuk berkongsi. 

Sungguh. Perasaanperasaan yang takbest nie sangat mengganggu perjalanan tarbiyah aku. Tapi aku takmampu untuk meminta bantuan pada sesiapa. Sangat terkesan di hati aku bila kekalutan dakwah dan tarbiyah berlaku. Masalahmasalah yang timbul. Rasanya aku lah punca. Lihat la aku yang masih penuh karat jahiliyyah. Dosa yang makin berbakulbakul. Dan mungkin juga hati yang belum ikhlas dalam mentarbiyah dan ditarbiyah.

Moga Allah ampunkan dosadosa kita. Post ni bukan la seratus peratus dari bualan asal. Post ni ada di tokok tambah banyak jugak la.