Monday 30 April 2012

+-benci-+

Dengan Nama Allah yang menilai manusia,



Aku kelihatan kejam
aku kelihatan menakutkan
aku kelihatan menjengkelkan
aku kelihatan menyebalkan

Aku tunjukkan benci
aku tunjukkan menyampah
aku tunjukkan aku tak suka
aku tunjukkan aku tak rela
aku tunjukkan aku meluat

kau..
kau..
dan
engkau..

boleh menilai aku sesuka hatimu
aku tidak kisah
aku tidak peduli
tapi..
dengan sikap menjengkelkan aku ini..
tak bererti aku benci..

Kau tahu..
aku tak penah benci..
tapi aku hanya ingin menyampaikan sesuatu..

Di dunia ini..
bukan cuma ada engkau dan aku..
bukan hanya orang-orang yang sefikrah dengamu sahaja..
dan bukan hanya ada org seperti aku sahaja..
malah ada yang lebih menjengkelkan lagi dari aku..

Kau tahu..
aku hanya ingin sampaikan
kau harus bersedia
kerana kau tak selamanya bersama org yang kau pandang mulia

Tutuplah aib mereka kerana mereka manusia tak berdosa..
tegurlah mereka kerana mereka tidak tahu apa-apa..
kau jangan rasa kau mulia
kerana Allah yang menilai manusia..

Contengan: Kita manusia biasa..tak berhak menghukum sesiapa diatas apa-apa..


Saturday 28 April 2012

//lupa//

Dengan Nama Allah yang melahirkan rasa,


Aku tahu aku bukan sesiapa
yang membuatkan aku istimewa
dan tiada sebab untuk kau sentiasa mengingati aku

Contengan: Cinta Allah yang menjadi tujuan hidup..^^,

Tuesday 24 April 2012

Jaulah sumpah osem.

Dengan Nama Allah yang mengikat hati-hati kami,


 akhawat LKD 3 yang osem!

wangsa walk..^^, 

tempat makan yang osem..Full House.. 

Riang dan gumbira. 

mami,beah(sebutan mcm peah) n zainab.. 

ayu belake seh. 

nice car.. 

we are one..haha

Nabila,fitri,amal and zainab 

Zzzzz..

sumpah osem.

nyam..nyam..


bowling!


kau tahu,
di jalan ini
kita perlukan ongkos yang banyak
kerana berjuang di jalan dakwah ini bukannya murah
banyak yang perlu dikorbankan..

kata orang..
duit boleh dicari,
ukuwwah tak boleh dibeli..

kau tahu..
aku dah relakan semua utk jalan ini
kerana aku yakin
perjuangan kami tak sia-sia
kerana aku tahu
nasib ummah ini pasti akan terbela..

Contengan: "Allah ciptakan kita bersuku-suku dan berbangasa-bangsa untuk saling berkenalan."




Wednesday 18 April 2012

setia.

Dengan Nama Allah Yang Maha Bijaksana,


Kata gadis brutal itu : ''Akan aku setia."


Kata lelaki berambut perang : "Apa ertinya setia?"


Kata gadis berkulit hitam manis : "Bulan itu setia."


Contengan: setia dan berikan cinta hanya untuk Dia.. ^^,





Tuesday 17 April 2012

//mungkin.//

Dengan Nama Allah yang Maha Agung,


sebelum kau melangkah pergi
renunglah aku disini
kerana mungkin terjadi
kita takkan bersua lagi..

Contengan: Bicara sekeping hati..^^,

pejuang.

Dengan Nama Allah yang Maha Memuliakan,


1 massage received.

"selamat berjuang daieku."


Contengan: Mesej yang tersangatlah mengharukan aku..perkataan 'daieku' tu yang membuatkan aku sangat terharu..hampir tertumpah air mata 'kemachoan' aku.. trimas sebab sentiasa disisi..^^, saya sangat hargai..haha

Love ya.

Dengan Nama Allah yang Memegang hati manusia,

+lovely-family+

perkataan ''sayang'' sangat susah untuk di ucapkan tuk family
berbanding kengkawan.
aku lebih selesa cakap sayang kat luar alam kenyataan.ahaks

''Betapa sukarnya menyusun bicara,
meluahkan rasa,
menuturkan sayang,
kasih yang terlimpah,
hayalah sekadar tingkah,
cuma ungkapan kebisuan 
yang melindungkan..
kalimah rahsia"

Contengan: Aku sayang family aku seh.. Anda tak perlu carik tisu untuk lap air mata anda disebabkan entry saya yang amat mengharukan ini..ahaks

Monday 16 April 2012

hak

Dengan Nama Allah yang Maha Berkuasa,




Contengan: Aku juga berhak untuk bahagia.

Sunday 15 April 2012

+cemburu+

Dengan Nama Allah Yang Maha Memelihara,




Adakah mungkin kan ku miliki kasih
atau
sekadar dalam hati
+Ya Allah redhailah perasan rindu ini.

Contengan: Cemburu melihat mereka berukuwwah fillah..Adakah saat lalu bisa berulang kembali? BSS~

dulu.

Dengan Nama Allah yang Maha Memberi ketenangan,


Hampir 7 tahun kaki tak menjejak ke situ..
Bukan aku tak mahu..
Tapi kenangan lalu..
membuatkan aku sayu
Kisah lalu yang membuatkan hati dirundung pilu...
Aku dipijak2 oleh insan yang tak punya ihsan
Hingga membuatkan aku tidak sanggup untuk menghela nafas lagi


 Conteng: Memori lalu membuatkan aku keliru.

Sedar.

Dengan Nama Allah yang Memberi Kesejahteraan,


Bila hati mengadap Tuhan
Baru ku sedar ada kelemahan
Terasa kerdil
Berbanding yang Esa

Contengan : Aku sangat lemah tanpaMu Ya Allah.

Saturday 14 April 2012

erti.

Dengan Nama Allah yang Maha Suci,


Erti hidup itu pada memberi.
"Tangan yang di atas itu lebih baik dari tangan yang di bawah."
+ sentiasalah memberi.
+ Jangan selalu meminta.

Contengan: Cinta itu memberi bukan meminta. =)

Friday 13 April 2012

Something happend to my heart..

Dengan Nama Allah Yang Maha Memerintah seisi bumi ini,


Malam semakin kelam..Waktu terus berlalu pergi meniggalkan aku.. Jam menunjukkan hampir jam 2:20 am. Mata masih belum dapat dilelapkan..Dan akhirnya tangan tercari-cari keyboard untuk ditaip..huhu

Kalau something happend to my heart bererti something happend to my iman..huhu.. Sekarang aku dalam zon 'perasaan tak bernama.' Terlalu banyak perasaan yang aku alami.. Sedih? Kecewa? Hampa? Berharap? Rindu? Menanti? Terluka? Semua perasaan nih dicampur menjadi satu dan terhasil la perasaan tak bernama..huhu

"La tahzan, Innallaha ma'ana"

Contengan: Hati Manusia Allah yang pegang.


Thursday 12 April 2012

Natijah......

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang,

210312 : Farihah, Asma' , Hana , Amal , Nisak and Hidayah..

Apa yang aku nak tulis tak berkaitan langsung dengan ''MUZIUM SABAH" nih.. Tapi ada kaitan dengan apa yang terjadi kat muzium nih..Haha.. Orang masuk muzium tengok barang yang di pamerkan.Tapi Para perserta kembara dakwah nih agak pelik..Tengok pamera sambil mengalir air mata.. Kalau orang tengok mesti ingatkan "kami (peserta kembara dakwah) begitu tersentuh dan syahdu dengan sejarah sabah nih." haha..

Agak2 kenapa la ramai yang nanges time tu?? kuang3.. Jawapan anda semua salah..! haha.. Sebab jawapan  aku jek yang betul..hehe.. Di harap anda semua bertenang ea..ahaks.. Cuba tengok tarikh kat gambar tu.. Adakah anda telah lupa tarikh apakah itu..haha.. SPM RESULT!! kuang3.. Itulah punca berlaku pertumpahan air mata di muzium nih..haha.. Mejoritinya result not bad.. Sila jangan tanya apa result aku..haha.. Tapi yang pasti tak seperti yang di harapkan..hukhuk.. (sambil menanges tersedu-sedan) haha..

Contengan : Allah tengok usaha bukan natijah.. ^^,


Nota Cinta buatNya

Dengan Nama Allah Yang Maha pengasih,


Haha..Buat blog baru lagi nampaknya Inche bos nih.. Setiap tahun buat blog baru..haha.. Tak pe..bukan kena bayar pun..hehe.. (sangat teruk)..ahaks.. 

Hati aku sangat tengah kekontangan..Aku serius rase hati aku tengah kontang tahap gaban..Dan sekarang dalam peroses untuk memberi makan makanan yang sihat pada hati aku nih..Kalau silap bagi makan boleh huru-hara hidup aku..Hati raja seleruh anggota.. "Jika baik hati baiklah seleruhnya..Kalau hati rosak maka rosaklah seleruhnya." Jadi..Salah satu muhasabah bagi diri aku..Aku menulis..Untuk aku baca bila perlu..haha..


Andainya dapatku menulis
nota-nota cinta buat diri-Nya
Inginku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruma mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada yang Esa
Pujian hanya buat-Nya
Akurku kebesarab-Nya
Teragung Maha suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku brubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah

Conteng:Jangan biarkan hati anda terus kekontangan..!!