Sunday 29 March 2015

Sang pendosa itu



Sang pendosa itu. Kelihatannya wajah ceria dengan senyuman. Ketawanya gembira tanpa hujungnya. Masih selalu mengupdate kicauan. Masih enak bergelumang dengan noda semalam. Masih ketagih dengan jahiliyyah kelmarin.

Tapi aneh. Kicauannya berbaur kesedihan. Seolah jiwa yang kekosongan. Umpama manusia kehilangan. Aku mula keliru. Apa yang sedang sang pendosa itu cari. Apa yang dia mahu dari sebuah kehidupan ini.

Aku mula sangsi. sang pendosa itu masih mahu bersama dakwah dan tarbiyah. Tidakkah dia malu pada mereka yang bersamanya. Tidakkah dia sedar yang jalan yang dilalui ini sukar dan panjang.Mungkin lambatnya perjalanan gerabak ini kerana beratnya memikul dosa sang pendosa itu.

"Mengapa kau masih mahu bersama dakwah dan tarbiyah?" Tanya aku padanya.

"Kerana dakwah dan tarbiyah menyedarkan yang aku seorang pendosa. Kerana dakwah dan tarbiyah beri aku peluang dan harapan. Yang Allah akan ampunkan aku. Jalan dakwah dan tarbiyah sedarkan aku perlu bermujahadah." Tutur sang pendosa itu.

"Kerana dakwah dan tarbiyah ini menyedarkan kotornya lumpur jahiliyyah. Jika bersama Dakwah dan tarbiyah pun aku masih terpalit sedikit jahiliyyah bagaimana pula nasibku kelak andai aku takbersamanya.Tanpanya pasti aku sedang menikmati dan berenang-renang didalam najis jahiliyyah." -Ujar sang pendosa yang lainnya

Kita takpernah lupa yang Tuhan itu Pengasih dan Penyayang.
Aku harap kita juga taklupa yang azab Tuhan itu paling berat siksaanNya.



Friday 27 March 2015

Bermula semula


dengan nikmat Tuhan 
Aku mulakan semula nikmat penulisan
Agar ada saham yang tersimpan.

Ini bukan kali pertama aku mulakan
Sudah berkali aku mahu berhenti dari mencoretkan
Dan berkali juga aku mulakan semula.

"Daie tu kena sentiasa ada keinginan untuk menulis." -Secretary
(Ayatnya lebih kurang bergini la kut)

Untuk kali ini. Aku mulakan bukan sebagai episod yang baru. Tapi kali ini aku cuba mulakan sebagai sebuah buku yang baru. Post-post lepas aku ada niat nak padam , tapi aku simpan. Sebab aku tahu, bila nanti aku dah tua aku baca balik post-post lama mesti aku tergelak.hahah.Paling penting bila aku baca balik post lama aku mampu menganalisa perubahan diri aku.

Let's start.