Wednesday 13 February 2013

Panahan Ke Langit

dengan nama Allah Yang Maha Mengetahui segala isi hati,


Langit.
Bagi aku ia ciptaan teragung.
Cuba kau perhatikan.
Merenung dalamdalam setiap ciptaan
Bagaimana bisa teguh sang awan di langit tanpa tiang?
Pernahkah kau terfikir Wahai sebaikbaik penciptaan?

Mendongak dan memerhatikan langit bisa membuat aku tenang.
Sangat kerdil lagi hina.
Tapi mengapa Allah telah menjadikan aku sebaikbaik penciptaan?
Memberi amanah yang besar pada aku yang takpunya apa
Mahu berjual beli denganku
Sedangkan sungguh banyak nikmat yang telah aku dustakan
Sedangkan sungguh banyak rejeki yang aku rungutkan
Sedangkan sungguh banyak aku berkeluh kesah

Manusia.
Manusia itu aneh
Manusia itu pelik
Perhatikan saja mereka
sudahlah kufur nikmat
Tidak langung berterima kasih pada yang memberi (Allah)
Bila di uji mendongak ke langit dan memercikkan api kemarahan pada sang langit
Kau menjerit semahumu
Kau fikir kau siapa??
Kau mendongak ke langit
Kau lontarkan kemarahanmu
Kau marahkan siapa??
Kau marahkan Sang Pencipta yang menguji apa yang kau tak mampu?
Sungguhkah kau tak mampu?
Atau kau yang memilih untuk tidak mahu mampu?
Kau marahkan siapa??
Marahkan Dia yang ingin kau membuktikan chenta yang sering kau ungkapkan itu?
Kalau sungguh chenta mana buktinya?
Kata chenta.
Semua orang boleh bengucapkan chenta.
Lalu apa menifestasi chenta kita untuk Dia?

Dongak ke langit
Perhatikan
Allah ciptakan semuanya untuk orangorang yang berfikir
Lihat sang awan itu
Sangat patuh dan taat pada Rabbnya
Bergerak dengan aturan
Awan tahu di mana tujuannya
dia tahu bumi mana ketandusan yang perlu di siram
semakin kuat ditolak angin makin melaju sang awan ketempat tujuan
Kerana dia tahu itu tujuan penciptaannya.
Jangan kau marah jika awan tak bergerak laju
Kerana sang awan tahu dimana dia diperlukan

Kau tahu apa tujuan kau di ciptakan?
Kau tahu di mana kau diperlukan?
Kau tahu apa bezanya awan dan engkau?

-boss-








No comments: