Wednesday 26 December 2012

Bersama

dengan nama Allah yang mencintai hambahambaNya,




Ketawa bersama
Menangis bersama
Makan bersama
Tidur bersama
Berdaurah bersama
Berjaulah bersama
Bersembunyi bersama
Berdebar bersama
Di jalan DnT ini bersama
Pahit manisnya bersama
Terguris dan terhiris bersama

Saat aku jatuh kau tempat aku berpaut
Saat kau tersungkur  tangan aku yang kau gapai
Saat hatimu terluka hati aku turut terasa pedihnya

Mungkin kadangkala kita akan saling menyakiti
Kadangkala kita tak saling memahami
Kadangkala sampai satu ketika di hati masingmasing akan rasa jauh dan asing
Kadangkala seolah kita tak pernah mengenali satu sama lain
Jauh
Teramat jauh
Tapi dengan cintaNya kita bersatu kembali
Menjadi penguat di kala yang lain parah berdarah

Allah masih izinkan kita bersama
Allah masih izinkan hati kita berbicara walau tanpa suara
Allah masih izinkan kita berdiri sebaris
Allah masih izinkan kita melangkah sekata
Allah masih izinkan kita bersua muka walau hanya kadangkala
Allah masih izinkan kita bermesra walau hanya di alam maya
Allah masih cintakan kita
Kerana di saat hati kian melemah
Semangat kian pudar
Kompas kian tak berarah
Allah hadiahkan ukhti yang memahami disisi dan menemani

Kadangkala kita terlalu banyak bermain dengan perasaaan sendiri
Hingga lupa insaninsan di sisi
Yang hak mereka juga harus di penuhi
Kadangkala kita terlalu bermainmain dalam jalan ini
Hingga lupa yang jalan ini masih panjang
Perjalanan masih jauh dan makin sukar

Perjalanan ini masih jauh
Butuhkan kesungguhan
Perlukan pengorbanan

Adakah di saat kita bermain perasaan itu akan menambah baikkan gerabak ini?

Genggam tangan seeratnya
Dakap serapatnya
Kita melangkah dari mula bersama
Dipertengahan juga kita menikmati keindahan bersama
pahit manisnya kita rasa bersama
jerih perihnya bersama kita tanggung
dan biarlah kemanisan di hujungnya juga kita nikmati bersama
jangan ada yang tertinggal
jangan ada yang dibiarkan terbelakang
jangan ada yang terkeluar di tengah jalan

Andai ada yang lemah jadilah penguat
Andai ada yang terluka tolonglah rawat
Andai ada yang tersungkur gapailah tangannya cepatcepat


Boss
Jordan

Monday 24 December 2012


letih rasanya bila hati tak hentihenti melagukan rindu.
=.=''


Saturday 22 December 2012

Bintang itu

dengan nama Allah yang memberikan hadiah terindah,


Sebelum membaca post ini. Anda yang alergic dengan ayat jiwang dan puitis di haramkan baca. Saya takkan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangannya nyawa atau kegatalan kulit yang melampau akibat membaca post ini. Senyum. Aman tanpa perang.


Bintang
Jauh dan taktergapai
Tapi sentiasa menemani saat insan itu bersendiri
Jauh yang menemani tatkala manusia sedang dibuai mimpi
Bila mentari datang esok pagi
Bintang pun mula menyepi
Bukan hilang kerana sudah ada yang menerangi
Tapi cahayanya tak kelihatan dek terik mentari yang mengganti
Bila malam bertandang lagi
Bintang mula menonjolkan diri

Bintang
Walaupun kau jauh dan kadang tak kelihatan
Walau kadang kau takdihiraukan
Walau kadang kau hanya di jadi panduan di saat insan memerlukan
Tapi di sisi mu sentiasa ada Tuhan yang tak pernah meninggalkan
Di sisimu ada Dia yang menemanimu tanpa jemu dan bosan

Bintang
Selagi aku mampu aku akan menemanimu
Mendongak dan memerhati indahnya ciptaanmu
Jika kau yang di cipta Tuhan pun sudah cukup indah.
Pasti yang menciptakanmu itu lebih indah


Tapi sang bintang,
Kau harus tahu
Aku takkan selamanya disisimu
Sampai masanya nanti aku juga akan berlalu
Pergi yang tidak tahu bila aku akan kembali berada di sisimu

Bintang sayang,
Aku mohon bila saat itu bertandang
Janganlah kau putus pergantungan
Kerana aku hanya insan yang di takdirkan Tuhan
Untuk menemanimu seketika di perjalanan ini
Dan yang pasti aku juga akan pergi

Moga kau terus kuat si bintang sayang.

Bintang
Terima kasih kerana  menemani aku di malam bergini
Mendengar apa yang di hati
Walau apa yang di alami tak terluah dengan kata
Tapi aku tetap meluahkan padamu dalam rasa
Melihat kau ciptaan terindah  membuat aku tenang dalam pencarian
Kau terlalu tinggi untuk di gapai.
Terlalu jauh untuk aku kejar
Tapi itu bukan alasan untuk aku tak menghirau
Kerana kau hadiah terindah dalam pelayaran ini.

Moga Tabah hati tak berbalah bahagi.
Sang bintang.
 Insan merinduimu dalam gelap pekat malam


Boss
22122012








Wednesday 19 December 2012

dalam dekapan ukhuwah

dengan nama Allah yang menyatukan hatihati kita,


kerana beda antara kau dan aku sering menjadi sengketa
kerana kehormatan diri sering kita tinggikan di atas kebenaran
kerana satu kesalahanmu padaku seolah meghapus sejuta kebaikan yang lalu
wasiat sang Nabi itu rasanya berat sekali :
"jadilah hambahamba Allah yang bersaudara"

Mungkin lebih baik kita berpisah sementara,
sejenak saja
menjadi kepompong dan menyendiri
berdiri malammalam
bersujud dalamdalam
bertafakkur bersama iman yang menerangi hati
hingga tiba waktunya menjadi kupukupu yang terbang menari
melantun kebaikan di antara bunga , menebarkan keindahan pada dunia

lalu dengan rindu kita kembali ke dalam dekapan ukhuwah
mengambil cinta dari langit dan menebarkannya di bumi
dengan persaudaraan suci ; sebening prasangka , selembut nurani
sehangat semangat , senikmat berbagai , dan sekukuh janji 

Dalam dekapan ukhuwah.
Salim A. Fillah

Contengan : Buku ni baru ada dalam genggaman. Sedang cuba untuk menghadam sebaiknya isi buku ni. Sebab buku pinjam je. Oho. Moga dalam dekapan ukhuwah itu hati kita bersatu. May Allah bless.



Sunday 16 December 2012

Untuk apa sebenarnya?

dengan nama Allah yang mencintai hambahambaNya,


Sungguh baru aku tahu. Untuk menjadi penulis itu tak mudah. Jadi orang yang di kenali itu juga tak mudah. Apatah lagi untuk menjadi penulis yang menulisnya hanya kerana Allah. Walaupun penulisannya tak dibaca sesiapa tapi tetap istiqamah. Bukan penulis yang bila tiada sesiapa yang baca penulisannya mula mengalah. Sunggu tak mudah.

Jika benar kau menulis kerana Allah kau takperlu kisah bila dipuji atau dicaci. Kerana tanda orang yang ikhlas itu setiap pujian tak membuatkan dia hanyut dan setiap cacian itu tak membuatkan dia jatuh terduduk terus.Konklusinya orang yang ikhlas itu tak terkesan pun dengan kata pujian atau cacian kerana setiap yang di lakukan hanya kerana Allah.

Jadi. Untuk apa kau menulis sebenarnya? Adakah sungguh ianya kerana Tuhan? Ataupun kau cuma dahagakan pujian?

Luaskan sekit skop.

 Bukan hanya menulis. Tapi apa saja yang anda lakukan. Atas dasar apa anda memasuki dakwah dan tarbiyah? Sungguhkah kerana Allah? Atau kerana anda hanya melihat manisnya melihat orang yang di tarbiyah berukhuwah? Ada yang kisah. Ada yang peduli. Ada yang ambil tahu. Bila sendiri ada yang menemani. Bila jatuh ada tempat berpaut. Bila lupa ada yang ingatkan. Adakah hanya itu?

Anda. Di jalan yang kita pilih ini bukan hanya ada ukhuwah. Tapi di sisi ukhuwah itu ada dakwah dan tarbiyah yang mergerak sebaris dengan ukhuwah. Penyatuan hatihati insan yang bergerak dalam dakwah dan tarbiyah itu yang melahirkan ukhuwah yang anda lihat sungguh manis kalah madu itu. aha

Jadi. Letakkan tangan ke dada. Pejam mata. Soal pada hati anda. Untuk apa anda memasuki dakwah dan tarbiyah. Untuk apa anda ingin sungguh menjadi seorang penulis. Untuk apa anda menyusuri jalan ini. Adakah sungguh kerana Allah?

Jalan ini sumpah panjang dan tak mudah. Tak di bentang karpet merah dari india Tak di hiasi bunga mawar yang harum baunya. Jalan ini kadangkadang perlu di tempuhi dengan air mata dan darah. Jadi sangat rugi la kalau kita tak mengharungi jalan ni kerana Allah. Sangat rugi la kalau kita harungi jalan ni kerana manusia. Sebab kalau kerana manusia sampai bila manusia tu boleh bersama kita?? Tapi kau kerana Allah , Dia sentiasa ada untuk kita. Dia sentiasa menemanis setiap ketika.

Matlamat dakwah , tarbiyah dan ukhuwah tu hanya Allah right?

Senyum besarbesar

incheBoss
17122012
Jordan






Wednesday 12 December 2012

maafkan aku ukhti sayang,

dengan nama Allah yang menyantuni hambahambaNya,



Maafkan aku ukhti sayang
Aku masih merangkak untuk menggapai tali ukhuwwah
Aku masih terabaraba mencari arah
Aku masih mentah dalam dakwah dan tarbiyah

Ukhti sayang,
Di saat salam itu tiada lagi rasa hangatnya 
Di saat dakapan itu hanya jasad dan bukan hati kita
Di saat pipi bertemu pipi itu suatu yang sengsara
Di saat aku merasa kau tiada aku bahagia
Di saat setiap kata hanya menggores jiwa
 Di saat semuanya seolaholah tak kena

Ketahuilah.
Yang bermasalah itu bukan ukhuwah kita
Tetapi hati kita sendiri
Iman kita
kita sendiri yang letakkan sengketa
kita masih belum mampu berlapang dada

Yang pasti
di saat itu
iman aku la yang menjunam jatuh

Sungguh itu bukan keinginan aku
untuk kita menjauh
Tapi aku juga manusia 
butu waktu untuk berfikir
mengimbang tara dasar ukhuwah ini
Adakah sungguh ukhuwwah ini kita jalinkan atas dasar fillah
Atau hanya tempat kita bermanja mesra
Hanya tempat kita mengadu segala
Hanya tempat kita berkongsi rasa
Dan fillah itu kita campak ke mana

Kita manusia
Manusia biasa
yang mengimpikan kesorga bersama
kadangkadang kita larut dalam perasaan
kadangkadang kita butukan kejujuran
kadangkadang kita lemas dalam lautan yang kita ciptaan sendiri
 Kadangkadang kita terlalu bermain dengan perasaan.

Wahai ukhti sayang
tiada apa yang aku harapkan
Aku hanya mengimpikan kita berpimpin tangan ke sorgaNya

Wahai ukhti sayang
saat aku salah tolong betulkan
Saat aku rapuh tolong kuatkan
Saat aku lupa ingatknalah
Saat aku melukakan jujurlah
Saat aku jatuh jadilah tempat aku berpaut
Saat aku lelah jadilah tempat aku bersandar

 Wahai ukhti sayang
Maaf kerana mungkin aku terlalu banyak bersangka
Maaf kerana mencuri waktuwaktumu
Maaf kerana sering hati membentak rasa lantas membuat kau terluka



IncheBoss
121212
Jordan

Thursday 6 December 2012

wahai ukhti sayang.

dengan nama Allah yang mengikat hatihati kita,


wahai ukhti sayang
dengar apa yang ingin aku bicarakan
baca apa yang ingin aku contengkan.

wahai ukhti sayang
aku tahu kau penat melangkah
aku tau kau letih mentarbiyah
aku tahu kau cuba korbankan segalanya demi dakwah dan tarbiyah
kau langsung tak kisah
aku tahu kadangkadang kau lemah
aku tahu kadangkadang hammasahmu melendur
kau jatuh , sakit dan sangat parah.
Tapi ukti sayang.
Itu bukan alasan untuk kau mengalah..
Itu bukan alasan untuk kau tinggalkan dakwah dan tarbiyah.

wahai ukhti sayang,
dalam dakwah
kadangkadang kita rasa ingin mengalah
kadangkadang kita berkeluh kesah
kadangkadang kita tak berarah
kadangkadang kita tak di endah
kadangkadang kita dibuang daerah
kadangkadang kita rasa ingin berhenti melangkah

wahai ukhti sayang,
Kita bekerja tapi kita takbergaji
kita sering memberi tapi kita jarang menerima
kita menyayangi tapi kadangkala kita di benci
kita memuji tapi kita di caci
kita hanya mahu melihat islam tertegak dibumi
tapi mengapa ramai yang mengkhianati perjuangan suci ini.?
mengapa ramai yang mengkeji usaha kita selama ini?

Wahai ukhti sayang,
Kau harus ingat dan kenangkan
kita melangkah bukan untuk sesiapa
kita bergerak bukan kerana manusia
Tapi segalanya kerana Dia
setiap yang dilakukan mengharap chenta Dia
Setiap yang dibuat mengharapkan redhaNya

Wahai ukhti sayang,
Jalan ini sangat panjang
sepanjang perjuangan
Jalan ini susah
butuhkan pengorbanan darimu
Jalan ini tak mudah
tak semudah mengunyah gulagula getah
Tapi jalan ini adalah jalan yang akan membawa kita ke jannah.

Contengan : Bertabahlah wahai ukhti sayang. Dia sentiasa ada besetiap hela nafasmu. Aku juga akan sentiasa ada saat kau memerlukan aku.Walau aku jauh dan tak kelihatan. Aku sentiasa ada di dalam hati mu ukhti sayang.

ini dedikasi khas buat semua akhawaty mahbubaty dan untuk aku sendiri. Oho.

Boss
06122012
Jordan

Monday 3 December 2012

berhentilah !

dengan nama Allah yang Maha mengetahui,


aku tak minta kau berhenti melangkah.
aku tak minta kau berhenti mencari arah.
aku tak minta kau berhenti ditarbiyah.
aku tak minta kau berhenti dari jalan dakwah.

Tapi.
Berhentilah !
berhentilah dari berkeluh kesah.
berhentilah dari mengatakan ini semua payah.
berhentilah dari memikirkan siapa pun tidak endah.
berhentilah !

di saat kau berkeluh kesah.
di saat kau merasakan segalanya payah.
di saat kau merasakan tiada siapa pun yang endah.
mungkin kau tidak sedar ada yang sedang bersusah payah demi menjaga tarbiyahmu.
ada yang sedang cuba membahagiakanmu dengan cintaNya
kita terlalu banyak mengeluh
sedangkan mereka bersungguhsungguh untuk kita.

Mereka bekorban bersungguhsungguh demi dakwah dan tarbiyah
tapi kita masih berkeluh kesah.
berhentilah .
Jangan fikir apa yang kita tak dapat.
Tapi fikir apa yang kita ada untuk di sumbangkan pada islam tu.
fikir apa yang boleh kita usahakan untuk islam tu.

Contengan : Moga Allah ampunkan kita kerana tak serius dalam jalan nie. Moga Allah ampunkan kita kerana terlalu banyak keluh kesah tu. Moga Allah sucikan hati kita untuk meneruskan dakwah dan tarbiyah.


IncheBos
02122012
Jordan



Sunday 25 November 2012

hidup perlu di perjuangkan

dengan nama Allah yang Maha mengetahui,


hidup.
kadangkadang aku rasa amat meletihkan
kadangkadang keliru apa yang sedang aku perjuangkan
kadangkadang aku mula bosan
bosan dengan kitaran bodoh kehiduan
bosan dengan segala kata cacian
bosan dengan menjaga perasaan
bosan dan bosan

Tapi aku mula faham
terungkai satu persatu persoalan
hidup ini perlu di perjuangkan
untuk mencari redha Tuhan
Perjelaskan matlamat aku di hidupkan

"Kita ini adalah angkatan musafir di dalam hidup ini
menjadi penghubung barisan yang mendatang dengan mereka yang telah lalu
mereka yang terdahulu telah menunjukkan jalan ini kepada kita
wajib pula kita menunjukkan jalan kepada generasi depan"

manusia yang hidup
bukan sekadar hidup
bukan sekadar mengulangi kitaran bodoh kehidupan
bukan sekadar ke universiti
bukan sekadar memenuhi hakhak manusia
bukan sekadar hidup di alam maya =.="

Tapi
Hidup di alam nyata
Yang mentarbiyah jiwa menjadi hamba
masih banyak hakhak ummah yang perlu di penuhi
masih banyak kerja yang perlu di buat
masih banyak masalah yang butukan penyelesaian.

Contengan : Hidup ini perlu di perjuangkan kerana kelak kau akan di soal pada usia muda mu kau menghabiskan masamu untuk apa. Adakah jawapan kita aku habiskan masa muda ku dengan kesiasiaan? Hidup hanya sekali. Muda hanya sekali. sanggupkah aku persiakannya tanpa redha Ilahi?

Friday 23 November 2012

Sungguh aku rindu

dengan nama Allah yang menghadiahkan rasa rindu ini,



rindu itu anugerah yang terindah
rindu itu fitrah
dan jangan sampai fitrah itu menjadi musibah.




Thursday 15 November 2012

Kisah 1434H

dengan nama Allah yang maha mengetahui,



Alhamdulillah Allah masih izinkan aku menghela nafas lagi bagi tahun 1434H nie. 
Selamat menempuh tahun 1434H dengan tenang. *senyum besar*

Malam tadi kita sedap tidur di atas katil yang empuk di selimut dengan selimut yang tebal. Sungguh nikmat. Sehingga subuh pun terlewat.
Qiam pun tidak. Dhuha pun tidak.
Makanan yang di makan tak dihabiskan. Membazir.
Berjalan dalam kesejukan. Mula merungut itu dan ini. 
Perlu ke kelas. Tapi ponteng sesuka hati.
Perlu ke pogram sana dan sini. Mula mengomen dalam hati.

Huh.
Semua yang di lakukan takde menunjukkan kita ni hamba yang bersyukur pun.
Tapi Allah tak tarik pun nikmatnikmat tu sebab kita tak bersyukur.
Tapi Allah tetap bagi dan bagi dan bagi lagi.
Kita pun lupa dan lupa lagi untuk ucapkan syukur.
Rasa semua yang dimiliki tu atas usaha sendiri.

Sedar tak?
Semalam saat kita sedang sedap tidur ada yang sedang menangis.
Saat kita buang segala makanan ada yang kelaparan.
Saat kita merunggut kesejukkan walaupun berbaju tebaltebal ada yang hanya memiliki sehelai baju yg terkoyak sana sini.
Saat kita malas untuk ke kelas ada yang perlu meredah bom dan tembakan untuk ke kelas.
Saat kita berfikir dua tiga kali untuk menyumbangkan sedinar untuk islam ada yang dah mengorbankan seluruh hidupnya untuk islam.

Mereka berjuang.
Tapi kita yang merasai keselesaan.
Kita juga harus berjuang.
Untuk generasi yang akan datang.

Hijrah. 
Pengorbanan.
Perjuangan.
Payah.
Susah.
Sakit.


Contengan : Selamat menghijrahkan diri ke arah yang lebih di redhai. *senyum besarbesar*




Friday 9 November 2012

titisan hujan dan seorang aku

dengan nama Allah sebaikbaik pemberi,

okey gambar nie takde kaitan pun.

Berkali aku tanya pada diri
mengapa harus aku di sini?
mengapa harus aku yang menempuh jalan ini?
mengapa aku yang harus merasai perit ini?
mengapa aku?
mengapa bukan mereka?
Tapi aku tahu
itu tanda Dia sayang.
Allah tukan adalah apa yang hambaNya sangkakan.
*senyum besar*

dalam kelaparan aku mulakan langkah perjuangan
rasanya jalan ini sungguh panjang
awan mendung
setitik demi setitik air memercik ke muka
sungguh
bukan selalu bumi tandus ini di basahi hujan
mengharungi lecaklecak di tepi jalan
bila kereta melaju
terkena lecaklecak itu di baju
Matahari mula menghilangkan diri
aku pun mula berlari dalam kehujanan
berlari sendiri
tapi sungguh
tidak dapat aku rangkakan rasa pada waktu itu
bahagia mungkin

Kelaparan . Hujan . Lecak . Berlari . Sendiri .

Sungguh semuanya mengajar aku
mengajar aku erti ketabahan
mengajar aku erti kepayahan
mengajar aku erti kedewasaan
mengajar aku erti perjuangan

Aku mula tahu ini semua tarbiyah dari Tuhan
untuk menjadikan aku hamba yang lebih matang
untuk mengajar aku menjadi hamba yang lebih serius
untuk mengajar aku jalan yang payah ini perlu di perjuangkan
Jika orangorang terdahulu tak memperjuangkan islam
Jikaa orangorang terdahulu tidak menempuh segala jerih perih
mustahil islam itu sampai pada kita

Contengan : Bumi ini mengajar aku banyak berfikir. Moga Allah redha dengan aku dan kamu juga. Selamat meneruskan perjuangan. Moga setiap langkah matlamatnya hanya Allah.


IncheBos
101112
Mu'tah, Jordan

Thursday 8 November 2012

untuk anda.

dengan nama Allah yang mengikat hatihati kita,

anda ingat ayat ni?

kau manusia yang cuba merawat luka di jiwa
kau manusia yang cuba mengisi kekosongan yang ada
kau manusia yang cuba mendekatkan aku padaNya
mungkin tanpa kau sengaja
mungkin juga tanpa kau sangka
mungkin kau sendiri tak menyedarinya

Terimakasih kerana sudi mengisi harihari sepiku
dengan bicara yang membuka minda
dengan ayat sentap yang membuatkan aku bermuhasabah semula

aku suka
bila tak perlu banyak bicara
untuk meluahkan rasa
itu membuatkan aku sungguh selesa

tapi adakah ukhuwah ini berpaksikan cintaNya?
jika begitu mengapa ada yang terluka?
jika begitu mengapa ada yang mengalirkan air mata?
adakah kita yang bersalah atas semuanya?

aku ingin menjadi 'harun' anda
aku ingin kita berpimpin tangan kesorga
aku ingin kita samasama meraih redhaNya
aku ingin kita samasama termasuk dalam golongan orangorang yg bertakwa
supaya di akhirat nanti kita tetap menjadi sahabat setia
bukan sahabat yang bermusuhan yang bersahabat bukan atas dasar keimanan

Contengan : Ini khas untuk anda. Untuk sesiapa yang baca. Tapi untuk siapa sebenarnya biar lah menjadi rahsia aku , dia dan Dia.Moga ikatan ini berdasarkan iman dan untuk meraih redhaNya.

"teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia. dan jadikanlah di teman dalam urusanku. agar kami banyak bertasbih kepadaMu. dan banyak mengingatiMu. sesungguhnya Engkau Maha Melihat (keadaan) kami"

(20:31-35)



IncheBos
09112012
Mu'tah,Jordan

Sunday 4 November 2012

usia

dengan nama Allah yang memberikan usia ini,

tumblr photo

Alhamdulillah masih di izinkan oleh Allah untuk menghelakan nafas pada usia 19 tahun ni. Baru 19 or dah 19?Aku pilih untuk DAH 19. Tahun depan dah bertukar dah angka depan tu. Dah bukan 'budak belasan tahun dah'

Tapi dengan usia yang di berikan ini banyak mana dah sumbangan kita untuk islam? Apa usaha kita untuk mengembalikan kegemilangan islam? Adakah sekadar baik sendirian? Adakah sekadar statusstatus di mukabuku dan sekadar kicauan di pengicau? Cukup ke bendabenda tu je? #muhasabah

Ketika umur belasan tahun Sultan Muhammad Al-Fateh telah menjadi khalifah. Pada belasan tahun Imam syafie mula mengeluarkan fatwa.

Tapi aku. Masih kisahkan tentang hati yang terluka dengan kerenah manusia. Masih melayan perasaan yang entah apaapa. Masih belum kikis karatkarat jahiliyyah dalam jiwa.

Takperlu sembang kencang nak sampai ustaziyatul alam kalau mutabaah amal sendiri pun tunggang langgang. Takpayah nak ubah orang lain kalau karatkarat jahiliyyah dalam diri pun taknak di buang jauh dalam tong sampah. 

Diri saya ! Anda rasa anda masih banyak masa ke kat dunia ni? Bila nak berubah? Bila nak say sayonara pada jahiliyyah? Bila umur dah 20 nanti ke?

"Anda berazam nak berubah umur 20 tapi yakin ke anda akan sempat menikmati usia 20 tahun tu? Seandainya anda berazam nak berubah umur 20 tapi anda mati pada usia 19 bagaimana?"

So, Berubah sekarang untuk masa depan yang lebih terancang.

uhukuhuk. Islam tetap akan tertegak tanpa anda.
Tapi yakinkah anda akan ke sorga tanpa islam?

Contengan : Growing up is never easy. Mohon diri saya belajar dan menjadi dewasa. Jazakillah untuk ukhtyukhty yang buat kejutankejutan tu. sangat terharu . Anda di malaysia saya rindu waktu itu. 
Moga Allah redha :)

Saturday 3 November 2012

jarak

dengan nama Allah yang mengetahui keadaan kami,


Jarak yang berbatu
menduga kesetiaan
menduga ketabahan

Jarak ini mengajar aku menghargai
di sebabkan jarak ini
membuatkan setiap pertemuan itu bererti

Jarak yang berbatu
moga Engkau luruskan langkahku

Contengan : Di dalam jarak dan waktu terselit rindu. Lol! Moga rindu itu ialah rindu yang di pandu iman :)

Thursday 18 October 2012

Ruang ini.

dengan nama Allah yang memberi ruang ini,

Bagi aku untuk menulis aku perlukan rasa. Jika rasa itu tiada mungkin apa yang akan di tulis hanya perasaan yang terbuku di jiwa. Menulis tanpa rasa bagi aku sebuah karya yang tak bermakna. Jika rasa itu tiada jari aku tidak mampu merangka walau sebaris kata. 

Memang betul. Kebanyakan entryentry di dalam blog aku ni hanya emosi belaka. Aku menulis dalam keadaan aku beremosi dan isiisi di dalam setiap entry itu tiada isi apaapa. Hanya tempat aku meluah rasa.Memang tak patut aku mencurahkan segala di ruang bisu ini. Kerana matlamat wujudnya blog ini bukan tempat aku meluah rasa sahaja.

Tapi ruang ini aku cipta untuk aku mengisi jiwa aku dan jiwa manusia. Setiap entrynya akan membuatkan aku dan mereka berfikir. Bermuhasabah. Aku cipta ruang ini supaya setiap entry yang aku lampirkan akan meningkatkan iman.Bukan hanya tempat meluahkan perasaan.

Aku di beri ruang walau hanya ruang maya ini. 
Aku di beri peluang walau hanya penulis blog picisan ini.
Moga aku memberi manfaat dan bukan mudarat.

Hey andaanda semua ! Selamat menikmati sisasisa hidup :)

Contengan : Jika kau pernah bersalah tapi masih diberi peluang, kau benar-benar untung kerana masih punyai ruang. Mereka yang terkecuali terus terbuang. -Zulfikar


Sunday 7 October 2012

Contengan kehidupan.

dengaan nama Allah yang menggaris waktu,

Masjid mazar. Maqam Jaafar bin Abi Talib dan Zaid bin Haritha.

Padang pasir . Jamiah . Coauster. Hon . Bangunan petak . Orang arab . Jalan kaki bersendiri . Sejuk . Bulatan gembira . Akhawat tercinta . Kena baling batu . Baca buku arab takde baris . 
Dengar doctor cakap arab . Tak faham bahasa arab . Menziarah . Di ziarah . Memberi . Menerima. Pedih . Sedih . Terluka . 

Waktu yang berlalu pergi meniggalkan aku. Allhamdulillah genap sebulan aku di bumi urdun ni. Macammacam perasaan bermain di hati dan pelbagai persoalan bermain di fikiran. 

Aku. Bukan mula bosan. Tapi aku masih mencari sesuatu dalam diri. Pencarian yang entah bila akan habes. Entah bila aku akan temui apa yang aku cari.

Banyak perkara yang aku mula belajar dan faham.
Banyak perkara yang aku sedang belajar dan faham. 
Dan 
Masih banyak perkara yang aku harus belajar dan aku perlu faham. 

Contengan : Mencari diri yang hilang itu sukar. Bagai mencari bayangbayang di dalam kelam.

Bumi ini mengajar erti susah. Erti sabar. Erti redha. Erti menerima. Erti sakit. Erti perit. Erti hidup. Erti belajar. Erti menjadi dewasa. Erti tahan air mata. 

Air mata yang belum mengalir ini bukan tanda aku kuat. Tapi tanda betapa lemahnya aku. Sakit rasanya apabila air mata membeku bagaikan batu.

Monday 1 October 2012

Belajar dibumi bangunan pedak dan hon tanpa henti.

dengan nama Allah yang menentukan segalanya,

bumi bangunan petak.

Dalam kelas.
Tekun doc menerangkan itu dan ini. Dengan bersemangat doc menerangkan satu persatu supaya sekelas memahami apa yang cuba di sampaikan.

Berkerutkerut dahi aku cuba menangkap apa yang cuba di sampaikan. Ligat otak menterjemahkan apa yang doc ajarkan. Tapi. Eh. Kenapa perkataan nie takde dalam otak aku? Search sekali lagi. Tak jumpa jugak. Huh!

Kedai Ayam.
Pergh ! 'Aku xpandai nak cakap.Ang cakap sat kat ammu nie' aku cakap kat kawan aku.
Dengan muka tak boleh blah kawan aku mintak ayam sekor. Aku dengar kawan aku cakap pun dah pelik. Kalau aku cakap nanti lagi pelik. Gugu. Ammu tu pun gelakgelak dengar kawan aku cakap. Kalau ammu tu dengar aku cakap kemungkinan nanti ammu tu pengsan terus. Bahaha.

Time nak bayar tu memang aku rasa tobat kami kena tipu nie. Tadi ammu tu cakap JD 1.55 aku bayar 2 dinar die tak bagi baki. 0.45 kurch tu ingat sekit ke? Boleh buat tambang pegi balik jamiah tahu. Eh. Teremo plak. Gugu.


Duduk kat malaysia mainmain. Taknak belajar betulbetul. Orang pergi oversea aku pun nak pegi jugak. Haa. Hambek aku. Gugu.

Dah tercampak kat bumi orang nie. Nak balik malaysia pun mungkin lagi 2 3 tahun. Takde pilihan lain dah yang aku ada melainkan duduk sini dan belajar ! Belajar dari bumi bangunan petak ini. Belajar dari bumi padang pasir ini. Belajar dari sekeliling.Belajar dari sejarah. Belajar dan belajar.

Terik mentari
Berjalan kaki
Seorang diri
Mentarbiyyah diri
Menjadi hamba abdi ilahi

Contengan : Everthing gonna be okey. Bumi urdun bumi tarbiyyah. :)


Monday 24 September 2012

Kembara

dengan nama Allah aku menghelakan setiap nafas,

Aku manusia yang mencaricari sebuah erti dalam hidup ini. Jauh aku menjejak setiap sudut bumi hanya untuk mencari redha Ilahi. Jatuh dan bangun kembali hanya untuk menggapai cinta yang hakiki. 

Kembara aku di padang sahara ini.
Kembara aku di bumi bangunang petak ini.
Kembara aku di tempat yang bingit dengan hon siang dan malam ini.
Kembara aku di bumi yang punya bejuta sejarah ini.
Hanya untuk mencari diri.
Hanya untuk meraih redha Ilahi.
Hanya berharap aku akan temui apa yang aku cari.
Hanya untuk mengambil ibrah dari sejarah
Hanya untuk mengenali agama yang aku sanjung tinggi ini.

Moga arah makin terpandu.
Moga akan bangkit tatkala rebah.
Moga thabat di jalan yang aku pilih ini.
Moga aku bukanlah manusia yang melambatkan gerabak dakwah ini.

Contengan : Mengembara untuk melihat kebesaran Tuhan dan berfikir. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang telah kau dustakan?

Sunday 23 September 2012

Air mata.

dengan nama Allah yang maha mengasihani,

Air mata ini masih belum mengalir di bumi ini. Tapi air mata di hati ini semakin membanjiri dan mungkin jugak tak lama lagi thunami akan melanda hati aku ni.

Aku tahan luka di jiwa
Aku sekat air mata
Supaya tak siapa melihatnya
Biar hanya aku yang rasa derita 
sakit yang menikam dada

Air mata yang tak kelihatan itu aku simpan
Aku tidak minta belas kasihan
Aku hanya mohon pengertian.

Senyuman yang terukir ini menutup tangisan di dalam hati.

Contengan : Tiada perjuangan yang mudah jika kau seorang pejuang.

Aku ingin pulang.

dengan nama Allah yang Maha menyantuni hambahambaNya,



Memang tak patut kalau aku katakan aku ingin pulang. Tak sampai sebulan pun lagi aku kat sini. Bohong kalau aku katakan tak terdetik sekelumit perasaan pun nak balik ke malaysia . 

Aku ingin pulang !
Aku sudah lelah melangkah.
Aku sudah letih mengharap.
Aku sudah penat di khianat.
Aku sudah bosan di caci.
Aku ingin pergi.

Pergh ! Entah kenapa tibatiba terwujud entry yang beremosi macam nie. Gugugu. Rungsing !

Contengan : Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Moga terus tabah melangkah . Bangkit kembali tatkala rebah. 

Wednesday 19 September 2012

Hatihati .

dengan nama Allah yang Maha penyayang,

takde kaitan pun. Gugugu


Awas!
Ada mata yang sentiasa memerhatikan anda.

Pergh ! Sejak aku sampai ke bumi urdun nie. Aku mengingatkan diri aku supaya berhatihati. Berhatihati dengan apa yang bakal terjadi. 

Wahai diri aku !
Jagajaga.
Pelbagai perkara yang bakal terjadi.
Jangan lemah.
Jangan mengalah.
Moga terus tabah.

Contengan : Berwaspada pada sesuatu yang bukan mustahil.

Friday 14 September 2012

Sudahkah aku bersedia?

dengan nama Allah yang meminjamkan nyawa ini,

Malam ini aku di tariktarik untuk menulis tentang kesediaan aku untuk menghadapNya. Ntah kenapa hati ini begitu teringin nak menulis tentang itu.Huhu. Mungkin dah tak lama lagi aku akan di jemput pergi olehNya. 

Setiap detik dan saat cuba untuk bersedia untuk menghadapi detik kematian itu. Mungkin amal aku pun tak banyak mana. Dosa pun menggunung tinggi. Tapi ajal itu bilabila. Ajal aku akan sampai bila tiba masanya. Aku bersedia atau tidak ajal akan tetap bertandang pada detiknya.

Moga sebelum aku mati nanti aku sempat memohon taubat padaNya atas segala dosadosa yang menggungung tinggi ini. 

Malam ni aku rasa aku nak sedekahkan Al-Fatihah pada diri aku sendiri. Mohon kalian juga tolong sedekahkan Al-Fatihah pada aku.

Contengan : Aku manusia yang sering salah dalam berukhuwah. Aku manusia yang sering khilaf dalam menilai. Aku manusia yang alpha sentiasa. Salah dan silap aku itu sentiasa aku lakukan. Aku mohon bila aku mati nanti maafkanlah segala salah ini. Aku juga manusia. Silapnya sentiasa. 

Mungkin dalam berukhuwah dan berkeluarga aku banyak melukakan. Sangat menjengkelkan. Tapi  di sudut hati aku yang paling dalam aku hanya ingin menyatakan sayang.

Wassalam.

inche bos

Thursday 13 September 2012

Manusia itu memang tidak tahu bersyukur!

dengan nama Allah sebaikbaik perancang,

Dulu aku pernah berharap aku dapat pergi jauh sejauhnya . Jauh dari segalanya. Tapi kini aku sudah berada di kejauhan . Tapi kini aku mengharap untuk pergi jauh dari semua manusia yang aku kenal . Ke tempat asing yang hanya aku. Tiada sesiapa yang ku kenali. 

Aku . Pernah benci dengan masa lalu dan aku berharap aku takkan pernah jumpa lagi insaninsan di masa lalu. Biarlah kisah lalu aku hanyalah sejarah antara aku dan mereka. Biarlah kisah lalu yang dulu tak menconteng lembaran baru hidup ku. 

Cukuplah lembaran lalu melukakan hati aku. Cukuplah.

Pergi jangan kembali ke sini !


Sunday 9 September 2012

Aku di bumi urdun.

dengan nama Allah yang memberi segala nikmat,

Saat entry ini di tulis Alhamdulillah aku sudah 4 hari memijakkan kaki ke bumi barakah ini. Ntah apa perasaan yang ingin aku gambarkan. Tapi yang pasti perasaan teruja dan tak percaya tu ada.

1 message yang aku terima.

"Ingatlah wahai pengembara, Setiap langkahmu jatuh ke bumi unggul, dimana berpijak juga para anbiya' , tabiin dan ulama' yang sungguh tinggi darjat mereka di sisi Allah. Iniadalah nikmat yang cukup besar. Siapa sangka budak yang nakal dulu akan menuntut ilmu di bumi urdun."

Memang xcukup bukti yang menunjukkan aku ada di bumi ini. satu gambar aku pun xde. Tapi. Cukup la rasanya aku lampirkan kepada anda suasana di bumi syam ini. yang pasti memang menarik!


hampir tiba. 

 international airport queen Alia .

Bus yang di naiki untuk ke Mu'tah. 

 Amman, Jordan.

RnR di bumi urdun. 

 Matawang Jordan. Jordanian dinar = JD

Pemandangan malam di Mu'tah. 

Makanan arab yang ke 2 aku cuba. namanya falafil.

Matahari.
Bulan.
Bintang.
Langit.
Padang pasir.
Debu.
Orang Arab.
Sejuk.
Panas.
Kering.

Suasana baru.
kenal orangorang baru.
Ragam manusia pun macammacam.

Contengan : Mengapa aku datang ke bumi ini?

Tajdid niat selalu ea. peace yoo !




Tuesday 4 September 2012

Errr.

dengan nama Allah yang merancang sebuah perjalanan,


kurang lebih dari 24 jam lagi aku akan berangkat. Berangkat ke bumi asing. Bumi anbiya' inshaAllah. Moga redha Allah mengiringi setiap langkahku. 

Ntah apa yang aku rasakan kini tak dapat di tafsirkan dengan katakata. 

Dulu. Aku pernah berharap untuk pergi jauh. Jauh sejauhjauhnya. Jauh dari semua.
Ke tempat yang asing. Tapi kini ntah apa yang patut dirasai.

" Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui ."

(At-Taubah : 41)

Contengan : Entry yang terakhir di malaysia pada tahun ini. huahua.

Moga Allah permudahkan segala urusan.
Moga Allah redha.

Aku ingin pergi mencari kasih yang abadi.
Aku ingin pergi mencari cinta yang hakiki.
Aku ingin pergi dan inshaAllah akan kembali.

Tuesday 28 August 2012

Nilai

In the name of Allah,


Ukhuwwah itu manis.
Tiada perkataan yang boleh menggambarkan betapa manisnya ukhuwwah itu.

 Ukhuwwah itu indah.
Tiada lukisan yang dapat melakar keindahaan ukhuwwah itu.

Tapi sayang.
Aku manusia yang gagal.
Gagal dalam berukhuwwah.
Gagal menghargai nilai ukhuwwah.
Gagal memperjuangkan sebuah ukhuwwah.

Aku canangkan.
Ukhuwwah itu indah.
Ukhuwwah itu manis.
Tapi akhirnya aku sendiri yang gagal.
Aku sendiri lemas dalam berukhuwwah.
Aku sendiri terpenjara didalam sangkar yang aku sendiri bina.
Aku sendiri terjerat.
Aku sendiri tersadai di pertengahannya.

Apa lagi yang ingin aku perjuangkan di dalam berukhuwwah?

Hati aku sakit bagai di tusuk belati.
Jiwa aku parah berdarah.
Aku di tinggalkan.
Aku di asingkan.
Aku tertinggal jauh di belakang.

Ada apa lagi yang aku harapkan dari sebuah ukhuwwah?

Kepercayaan?
Kepercayaan itu telah di bawa pergi angin lalu.

Kesetiaan?
Setia pada apa?

Kejujuran?

Huh .

Aku manusia yang pernah orang kata tiada guna.
Aku manusia yang orang pandang hina.
Aku manusia yang orang tak pandang walau dengan sebelah mata.

Apa yang boleh di harapkan pada aku?
Tiada apaapa.

'Harapkan pagar, Pagar makan padi' itu la aku.

Aku,
Seorang pengkhianat.
Aku membunuh secara perlahanlahan.
Aku menusuk dan menikammu tanpa kau sedari.
Yang pasti kau akan mati.

Aku kejam.
Aku keji.

Kau boleh hina aku.
Aku tak peduli

Kau hanya tahu omong kosong.
Kau hanya tahu berkata itu dan ini.
Kau hanya bercerita tentang aku dengan mereka.

Pernah kau menghampiri aku? Bertanya mengapa aku jadi bergini?
Kau manusia yang tahu.
Kau manusia yang memahami.
Tapi kau hanya butakan mata tulikan telinga.

Kau tak pernah bertanya aku mengapa.
Kau tak pernah cuba menghampiri.
Kau tak pernah menyantuni 
Kau panggil diri engkau da'ie?

Bila di akhirat nanti kau fikir aku akan membiarkan kau masuk syorga begitu saja?
Kau tak pernah cuba menghampiri aku. Tak pernah cuba bertanya pada aku. 
Jika aku tercampak ke neraka, Kaulah punca !

Contengan : Jika orang lain bergelumang dengan jahiliyyah tegurlah dengan berhikmah. Hampiri mereka. Santuni mereka. Jangan tinggalkan. Jangan asingkan. Bila di hadapan Allah nanti nak jawab apa kalau kita abaikan mereka? Kalau kita dah tegur mereka palingpaling nanti kalau di soal kita ada jawapan.

Konsep ukhuwwah tak semua orang faham macam kita faham. Cuba fahamkan mereka.

Muhasabah untuk saya dan anda semua.






Monday 13 August 2012

Jangan pergi !

dengan nama Allah yang merancang,


Detik berlalu. Hari berganti. Rasanya baru ramadhan tu mengetuk pintu rumah. Tapi hakikatnya sebulan itu sudah hampir ke penghujungnya. Ramadhan itu pun sudah mahu berlalu pergi. Waktu berlalu terlalu pantas rasanya.

 Inche Ramadhan ! Masihkah ada peluang untuk kita bersua kembali tahun depan dan tahuntahun akan datang? Masih sudikah engkau mengunjunggi aku? Inche Ramadah itu bukanlah seorang jejaka yang segak berbaju melayu. Bukan juga si suara merdu yang lunak suaranya mengalunkan nyanyian merdu. Eh . Inche Ramadhan itu ialah bulan yang di dalamnya ada rahmat , magfirah dan di jauhkan dari api neraka.
Bisakah kita bertemu lagi?

Contengan : Adakah ini ramadhan terakhir bagiku?

Madrasah ramadhan. Adakah aku memanfaatkan dengan sebaiknya? Adakah aku lewatinya sekadar biasabiasa saja? Bulan mentarbiyah diri menjadi hamba abdi pada Yang Abadi. Moga aku tak siasiakannya. Andai ini Ramadhan yang terakhir...........

Ya Allah. Temukanlah aku dengan Ramadhan yang akan datang.

Dengan harihari yang masih berbaki ini. Masih tidak lambat rasanya untuk tingkatkan ibadah. Kita takkan pernah lewat selagi kita masih hidup dan dunia belum kiamat.







Monday 30 July 2012

berakhir.

dengan nama Allah yang telah mempertemukan kami,


akhawat LKD generasi 3. Tak semua ada.

Allah mengaturkan pertemuan ini.
Tanpa aku duga.
Aku akan bersama mereka.
Insan yang aku tidak pernah kenal siapa.
Sekelip mata kami sudah bersama.

Setiap detik yang berlalu.
Menghitung hari untuk berkumpul kembali.
Sangat rindu bila lama tidak bersua.
Sayu teramat di jiwa.
Tatkala 280712 itu daurah yang terakhir.

Entah bila akan berkumpul bergini lagi.
Allah.

Contengan : Aku. Sayangkan kalian keranaNya.Moga Allah mempertemukan kita lagi :)

" Dan orangorang yang bertakwa kepada Tuhannya di hantar kesyurga secara berombongan . Sehingga apabila mereka sampai kepadanya (syurga) dan pintupintu telah dibukakan ,penjagapenjaganya berkata kepada mereka , 'Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu , berbahagialah kamu ! Maka masuklah , kamu kekak di dalamnya"

(Az Zumar : 73)

Moga kita semua di dalam rombongan yang sama menuju ke syorgaNya. 

Hana said : Kita makan samasama. Dengar pengisian samasama . Qiam samasama. Solat samasama. Baca mathurat sama. Moga kita tetap terus samasama di jalan ini. Jangan ada yang tertinggal. *Lebih kurang macam tu la *

Jangan ada yang tertinggal.
Jangan ada yang terkeluar dari jalan ini.
Jika ada yang tercicir di pertengahan pasti hati ini akan terluka.

Jika akulah insan yang tercicir itu.
Tahulah !
Hati aku akan lebih terluka saat itu.
Moga jika aku tercicir tangantangan kalianlah yang akan menangkap ku sebelum aku hanyut lebih jauh.

Moga Allah redha.

Adakah anda baikbaik saja?

dengan nama Allah yang memberi peluang kepada hambahambaNya,

Alhamdulillah sudah hari ke 10 ramadhan. Jadi, Bagaimanakah ramadhan anda? Adakah semuanya baikbaik saja? Adakah ramadhan anda tidak punya apaapa erti? Adakah hanya lapar dan dahaga? Adakah hanya 'wah ! hensemnya orang lelaki bulan ramadhan ! setiap hari pakai baju melayu pergi terawikh. eh . haha' ?

Secara jujurnya aku rasa ramadhan tahun ni sangat cepat berlalu. Rasa macam sekelip mata dah 10 ramadha. Wallaweh ! Sudah habes 1/3 ramadhan yang kita dah lalui dan sekarang sudah mula bergerak ke pertengahan ramadhan. Macam mana 1/3 ramadhan yang telah di lewati tu? Dah berapa juzuk quran dah di habes kan? Dah berapa kali membantu puan mama memasak di dapur? Dah berapa kali berqiamullail? Adakah masih tiada apaapa perubahan? Adakah hanya menahan lapar dan dahaga.

Kalau hanya mendapat lapar dan dahaga ramadhan yang anda lalui sangat la siasia.

Masih belum terlambat untuk anda merasai kemanisan ramadhan ! Jom menikmati ramadhan yang masih berbaki ini dengan sebaikbaiknya.

Contengan : Muhasabah ramadhan untuk saya dan anda semua :)

Ramadhan tahun lalu aku sedang bergelut dengan trial SPM. Ramadhan tahun ini berkejar ke sana ke sini untuk mencari redhaNya inshaAllah.