Ingatkah engkau pada janjijanji kita dahulu?
Anda tahu. Kita selalu dihadiahkan oleh Allah perkara yang kita tak mintak pun.Tapi Allah bagi benda yang kita perlukan. Aku tak pernah pun mintak dia hadir dalam hidup aku. Menemai saat duka dan bahagia. Tapi Allah hadiahkan dia pada aku. Dia yang sangat menenangkan hati mendamaikan jiwa. Dia yang aku panggil
'sahabat hingga ke syorga'.
Kerana Allah tahu aku perlukan 'dia' sebagai pendamping aku untuk menjadi hamba yang lebih dicintaiNya. InshaAllah.
'sahabat hingga ke syorga'.
Kerana Allah tahu aku perlukan 'dia' sebagai pendamping aku untuk menjadi hamba yang lebih dicintaiNya. InshaAllah.
Aku tahu. Aku khilaf dalam menilai. Aku naif dalam mentafsir. Aku siakan waktu yang telah kami lewati bersama. Kini dia sudah tiada di sampingku. Baru aku sedar aku perlukan 'dia' untuk teruskan langkahku sebagai hamba kepada Dia yang memberi rasa chenta ini.
Kini. Aku cuba untuk penuhi segala permintaannya. Berikan apa yang termampu aku berikan. Kerana. Sebelum aku pergi lebih jauh. Sebelum segala hasratnya tidak lagi dapat aku tunaikan. Kerana mungkin kita takkan bersua lagi. Tapi itu bukan harapan aku.
Sungguh aku rindu saat indah itu. Saat kita samasama mendongak ke langit melihat bintang. Saat kita samasama mencari konklusi untuk masalahmaslah. Saat kita samasama menangis kerana rindukan rasulallah. Saat kita samasama membaca ayatayat chenta dari Allah. Saat insan lain sedang di buai lena kita sedang bertahajjud chenta bersamasama.Saat kita bermuhasabah chenta bersamasama. Saat bermain hujan bersamasama.
Ya Allah sesungguhnya aku rindukan dia.
Dia yang mengenalkan aku erti chenta pada Pencipta. Dia yang mengenalkan aku apa erti memberi. Dia yang mengenalkan aku erti menghargai. Dia yang mengenalkan pada aku erti berkorban. Dia yang sentiasa ada saat aku memerlukan. Dia yang sentiasa mengingatkan saat aku lupa. Dia yang sentiasa menghulurkan tanggan saat aku jatuh rebah dan tak mampu bangun lagi.
Contengan : Maaf kerna ku tak pernah berkata. Kaulah teman yang paling sempurna yang ku ada.
Anda mungkin tak pernah kenal 'dia'. Kerana aku simpan dia dalam hatiku.Aku janji pada 'dia' tiada lagi rose yang di sembur minyak wangi.haha
No comments:
Post a Comment