Thursday 17 May 2012

cerita 1:berharap.

dengan nama Allah yang Maha merancang,

Lagi 5 hari aku nak SPM.Malam ni kat sekolah ada solat hajat.Semua pelajar di wajibkan pergi dengan keluarga atau pun parents.

Aku teringat SMS yang aku hantar pada Mama 2 hari lalu..

Salam mama.Sekolah adik ada buat solat hajat hari khamis ni mama boleh datang?

Beberapa minit kemudian.! SMS masuk ke henfon aku..Tentera nama 'mama'. 

Tak kut.Mama sibuk

Hm..Tak payah hantar SMS pun tak pe.Aku dah agak dah mesti tak boleh datang punya. Hm. semua family kawan-kawan datang.Sapa nak jadi wakil aku? Haa.. Pergi jumpa umi la..umi tu naqibah aku..mungkin umi boleh jadi wakil mama dengan ayah.

Bunyi je loceng habes kelas aku terus turun pergi bilik guru. Fuh..Umi ada.. Sambil buat muka comel aku pegi jumpa umi.

Aku : Assalamualikum umi. Malam ni umi free tak.? Ana ingat nak mintak umi datang solat hajat malam ni.Gantikan parents ana.Boleh?

Umi : Umi akan cuba.Tapi umi tak janji taw.Tapi rasanya InshaAllah boleh.

Jam dinding asrama hampir pukul 7 petang. Aku bersiap untuk ke masjid sekolah.Pogram solat hajat mula time solat magrib.Turun dari asrama aku tercari-cari kereta umi. Tapi takde pun.. tak pe la.Mungkin umi datang lewat sekit kut.

Selepas solat magrib pun umi tak sampai lagi. Aku SMS umi.

Salam umi tak jadi datang ke?Ana tunggu umi.

Umi : Tak payah tunggu. Umi tak datang kut.Abah tak balik lagi.Kereta umi rosak.

Terkilan. Sedih. Cemburu tengok kawan-kawan dengan family masing2. Tapi aku. Tak sanggup nak biarkan air mata mengalir depan kawan-kawan

Aku terus keluar dari masjid.Duduk sendirian di tepi koridor.Memeluk lutut sambil menagis.Kenapa semua orang susah sangat nak penuhi permintaan aku.. Aku tak mintak duit banyak2.. Aku tak mintak belikan aku apa2 pun..Aku cuma mintak hadir ke sini untuk doakan kejayaan aku..Itu je..Tu pun takde sape sudi penuhi. 

Teresak-esak dalam sendu dan tangisan. Ni bukan kali pertama aku dalam situasi macam ni. Aku sentiasa cemburu dengan sahabat-sahabat. Bila time KBM dulu pun macam ni. Aku sedih bila kawan-kawan aku ada orang yang mendoakan di tepi cuping telinga mereka.Tapi aku.

Aku selalu di pujuk. Jangan menangis. Jangan bersedih. Mama dengan Papa sibuk sebab cari duit nak besarkan anak-anak.Nak bagi anak-anak mereka selesa. Tapi otak aku tak boleh terima semua tu.. Aku berharap ada yang mendoakan di tepi cuping telinga aku. Memberi harapan dan sokongan.

Tuhan dulu pernah
Aku menagih simpati
kepada manusia yang alpha jua lupa
lalu terhereklah 
aku dilorong gelisah
luka hati yang berdarah
kini jadi kian parah
semalam sudah sampai
kepenghujungnya
kisah seribu duka
kuharap sudah berlalu
tak ingin lagi ku ulangi kembali
berat dosa yang menghiris hati

Contengan : Ini sekadar cerita tiada kaitan dengan sesiapa. Jangan terlalu berharap pada manusia sebab manusia tu fitrahnya tak sempurna.Jadi setiap pergantungan dan pengharapan sebaik 
dan selayaknya hanya pada Allah.^^'

No comments: