Sang pendosa itu. Kelihatannya wajah ceria dengan senyuman. Ketawanya gembira tanpa hujungnya. Masih selalu mengupdate kicauan. Masih enak bergelumang dengan noda semalam. Masih ketagih dengan jahiliyyah kelmarin.
Tapi aneh. Kicauannya berbaur kesedihan. Seolah jiwa yang kekosongan. Umpama manusia kehilangan. Aku mula keliru. Apa yang sedang sang pendosa itu cari. Apa yang dia mahu dari sebuah kehidupan ini.
Aku mula sangsi. sang pendosa itu masih mahu bersama dakwah dan tarbiyah. Tidakkah dia malu pada mereka yang bersamanya. Tidakkah dia sedar yang jalan yang dilalui ini sukar dan panjang.Mungkin lambatnya perjalanan gerabak ini kerana beratnya memikul dosa sang pendosa itu.
"Mengapa kau masih mahu bersama dakwah dan tarbiyah?" Tanya aku padanya.
"Kerana dakwah dan tarbiyah menyedarkan yang aku seorang pendosa. Kerana dakwah dan tarbiyah beri aku peluang dan harapan. Yang Allah akan ampunkan aku. Jalan dakwah dan tarbiyah sedarkan aku perlu bermujahadah." Tutur sang pendosa itu.
"Kerana dakwah dan tarbiyah ini menyedarkan kotornya lumpur jahiliyyah. Jika bersama Dakwah dan tarbiyah pun aku masih terpalit sedikit jahiliyyah bagaimana pula nasibku kelak andai aku takbersamanya.Tanpanya pasti aku sedang menikmati dan berenang-renang didalam najis jahiliyyah." -Ujar sang pendosa yang lainnya
Kita takpernah lupa yang Tuhan itu Pengasih dan Penyayang.
Aku harap kita juga taklupa yang azab Tuhan itu paling berat siksaanNya.
No comments:
Post a Comment