Canang
Kau canang
kisah aku yang malang
Aku yang mula hilang
di tengah siang.
Sangka
Aku sangka hati aku punya rasa
Rasa yang mencampur baur
Tapi itu hanya apa yang aku sangka
dan sebenarnya aku menipu diri sendiri
kerana aku takut
orang bilang bila hati kau tak berasa
itu satu petanda.
petanda yang hati kau sudah tiada
Tapi hakikatnya hati aku takberasa
Dosa
Semua orang bilang nak ke syurga
semua orang takut nak ke neraka
Tapi tak malu berbuat dosa sesuka
Lupa yang Allah pandang sentiasa
Final
Minggu depan aku ada paper
Ujian dunia yang menilai aku sebagai manusia
Aku tak sepandai mana
Kononnya aku dah berusaha bagai nak gila
Tapi sebenarnya malam exam baru buku nak di baca
Doakan semoga aku berjaya
dan tak lagi menjadi buah mulut mereka
Tulis
Rasa untuk menulis makin hilang
Mungkin rasa ini hilang akibat iman yang kecundang
No comments:
Post a Comment