Dulu.
Aku mungkin pendosa yang tegar
Apa kau kata.
Aku peduli apa?
Asal kan aku bahagia.
Dulu.
Aku mungkin manusia yang hina
Buat kerja membabi buta
Engkau tak suka?
Ada aku kisah?
Dulu
Aku bencikan dia
benci sebencibencinya
nak hadap muka pun aku tak hinggin
Kini.
Aku cuba muhasabah kembali.
Aku hanya hamba di bumi
Mengapa mahu angkuh pada kau dan engkau
Kita hanya manusia
Akan mati bila tiba masa
Aku tunduk.
muhasabah
dan insaf
Dia yang dulu ku benci
menjadi pendamping yang paling setia
Dia yang dulu ku benci
menjadikan aku manusia yang berfikiran terbuka
Dia yang dulu ku benci
menjadi sahabat ku yang paling osem dan bergaya.
Kita manusia.
Bukan semua benda kita tahu
Kau tahu apa akan jadi pada hidup mu esok lusa?
Contengan : Pendosa? Kita siapa untuk menghukum mereka?
Mungkin dulu dia hina
Siapa tahu hari ini dia lebih mulia dari kita
Jangan hanya asyik melemparkan nista
Allah tahu segalanya
No comments:
Post a Comment