Aku tak suka bila aku tanya tentang dakwah dan tarbiyah dekat orang yang lebih arif orang tu usha pelik dekat aku. Buat pandangan yang anoyying dan senyuman sinis.
Kenapa kena buat macam tu? Aku kan budak baru belajar. Aku tak tahu. Aku tanya. Aku taknak bodoh sombong.Dah tak Tahu nak sembang kencang macam aku tahu.
Aku bukan la orang yang haybatt macam akhawatakhawat yang lain. Aku ni baru belajar bertatih.
Kenapa nak pandang aku tak pakai mata?
Orangorang macam aku ni memag la macam budak hingusan je.
Tapi kami cuba jugak untuk jebakkan diri kami dalam gerabak dakwah dan tarbiyyah ni.Walau kami semua tahu jalan ini memang bukan jalan yang di taburi bunga. Jalan ini sangat panjang yang penuh duri. Jerih perih dan manisnya hanya yang lalui jalan ini yang memahami.
Aku tahu. Kadangkadang aku bergerak lambat. Hm. Aku diberi tugas yang aku sukar nak buat. Aku paksa diri untuk terima dan buat.Bukan perkara yang mudah. Positif. Allah letakkan posisi aku di situ pasti ada sebabnya.Aku kena buat perkara yang formal? Itu mungkin mustahil bagi aku. Tapi aku terima. Sebab dah takde orang.Pasti ada sebabkan kenapa Allah bagi aku tugas tu.
Aku cuba apa yang aku mampu. Aku tak haybatt macam orang lain. Aku tak sekentang orang lain. Tapi aku sentiasa cuba untuk terus baiki apa yang kurang. Tampung apa yang cacat.
Aku tak pernah berniat nak lambatkan pergerakan gerabak dakwah dan tarbiyah ini. Sanggupkah aku melambatkan apa yang diperjuangkan Rasulallah?Tidak!
Contengan: Jangan pandang aku sesinis itu. Jangan pandang aku tidak menggunakan mata. Aku manusia. Tidak langsung sempurna. Aku yakin ada tempat aku di dalam gerabak dakwah dan tarbiyyah ini yang telah Allah tetapkan.Jangan pandang aku bergitu lagi. Kerana pandangan itu akan membuatkan aku rasa tidak layak berada di dalam gerabak ini. Engaku rasa aku memang tidak layak membantu agama Allah ini?
Ya Allah,Pemilik bagi hati ini. Teguhkanlah hatiku didalam gerabak dakwah dan tarbiyyah ini. Janganlah kau biarkan aku berputus asa dalam jalan ini.
4 comments:
andai kau tahu.. kau lah yang terhebat..
Annurizz> anda lebih haybat dari saya.^^'
andai kau tahu siapa diriku... 'haybat' xlayak untukku..
Hm.. berusaha untuk menjadi 'haybat'.
Post a Comment