dengan nama Allah yang memegang hati manusia,
Wahai. Hati saya telah di curi. bahaha. Intro yang sangat ISP (ini sungguh poyo)
Kunci saya hati hilang macammana nak membuka hati seluasnya?
Betol ke kunci hati anda hilang? Atau anda sengaja sorokkan bawah katil kunci tu. takpun anda sengaja letakkan belakang rak buku anda dan anda boleh la buat konon konon hilang. Hey! cuba la husnuzon sikit dengan saya. wakaka
Kata kuncinya hanya satu. Kata kuncinya 'redha'
Apa maksud redha?
Redha tu maksudnya kita buka hati kita untuk terima segala takdir yang Allah tetapkan dengan hati yang terbuka.
Redha tapi tak buka hati untuk menerima itu kelakar sebenarnya. Sebab sebenarnya anda belum redha bila anda tak buka hati untuk menerima.
Suasana pada waktu tu riuh rendah. Mestilah riuh. Kami mendapat tetamu dari bumi Al-Banna nun diseberang sana. Perasaaan pada saat tu mestilah terharu dan gumbira. Apa lagi yang membahagiakan dalam hidup ini selain dari bertemu akhawat techenta.
"Akak. Apa yang ada kat mesir tu yang best sangat eh? Takde la , ramai je akhawat kata best sampai taknak balik." -tanya kawan aku kat sorang akhawat mesir
dan akhawat tu jawab "Akak datang sini pun rasa taknak balik mesir jugak."
Wahhh. Ini sungguh sweet. Akhawat memang sweet. *pengsan
Akak tu cakap lagi "Awakk. Ni bukan soal best ke tak tempat tu. Tapi soal sejauh mana awak membuka hati saat awak menjejak kaki ke situ."
Jadi, Sebenar kunci hati anda tak hilang pun. Sebab takde sapa pun teringin nak ambil kunci hati anda tu. Wakakaka. Tapi anda sendiri yang sorokkan kunci hati anda supaya anda atau sesiapa tak berjaya membuka hati anda. Kuangkuangkuang. Sila la ambil balik kunci yang anda sorokkan tu dan buka hati anda. Atau pun bagi la kunci tu pada seseorang yang nak membuka hati anda. Erk. Mengadangadanya nak orang yang tolong bukakan hati dia.
Anda akan selesa dengan tempat tu bila anda bukak hati untuk terima segala kelebihan dan kekurangan tempat tu.
Macam tu juga pada manusia yang baru hadir dalam hidup kita. Kadangkadang kita tak selesa dengan dia. Tahu kenapa? Sebab kita tak buka hati pun untuk terima dan tak cuba membenarkan dia memasuki hidup kita. Anda hanya perlu membuka hati untuk menerima kelebihan dan kekurangan dia. Buka hati.
Knock knock.
Boleh saya masuk kedalam hati anda? Lol
-Boss-
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan comment anda di sini!