Tuesday 19 February 2013

Adess. Sakitnya.

dengan nama Allah sebaikbaik perancang,


Dalam hidup ni semua orang pernah merasai gagal. betul tak? ke tak betul? Gagal yang aku maksudkan bukanlah gagal dalam hekzem sematamata atau setelingatelinga. Eh. Tapi mungkin gagal dalam bersahabat. Mungkin gagal mengajak kawan yang akrab dengan anda menjoin bulatan gembira. Mungkin gagal memandikan kucing jiran sebelah rumah. Atau mungkin juga gagal membuka mukabuku atau pengicau akibat kesiputan internet yang melanda. Banyak jenis kegagalan yang ada dalam dunia nie. 

Tapi sungguh la bila kegagalan tu datang bertandang rasa dunia ni seolaholah akan berakhir dan sudah tiada harapan untuk hari esok. Segalanya kelihatan samarsamar. Mungkin mentari akan kelihatan esok pagi. Mungkin juga tidak. Itulah kebanyakkan apa yang di rasai oleh manusiamanusia yang gagal. Kegagalan itu sesuatu yang menyakitkan.

Dan aku yakin. Selama anda dan aku bersekolah pasti pernah gagal juga. Okaylah gagal tu macam teruk sangat bunyinya. Tak berapa nak berjaya la. Mungkin waktu tadika dulu anda pernah tak berapa cemerlang. kawankawan di dalam kelas dapat markah seratus duapuluh lapan peratus anda cuma dapat seratus peratus. (okay tak lawak). Mungkin jugak semasa di sekolah rendan dan menengah. Hingga ayah anda mengajar anda kewujud angka negative pada nombor semasa usia anda tujuh tahun supaya anda begitu teruja dengan diri sendiri dan anda berbisik dalam hati yang pandai jugak aku ni rupanya. wakakaka
Mungkin juga anda pernah gagal ujian kemasukan universiti tempatan hingga anda terpaksa pergi ke seberang laut (baca : oversea).

Panjang pulak mukhadimahnya.

Aku juga manusia yang pernah mengalami zaman gelap kehidupan ni. Aku juga pernah gagal. Bukan sekali. Tapi berkalikali. Bukan hanya study. Tapi macammacam. Sampai satu tahap aku menjelajah dunia untuk cari gaung paling dalam untuk aku terjun dan Alhamdulilah aku takjumpa gaung tu. Kalau tak siapa la agaknya yang tulis entry nie. Hohoho.

Bila kegagalan demi kegagalan aku alami. Esspesiali bila aku gagal dalam study aku mula untuk faham dan hadam walaupun itu antara perkara yang menyedihkan. Tapi aku belajar dari tu. Mesti la sedih tengok orang lain langkah setapak kedepan tapi aku masih di tapak yang sama. Itu sangat menyakitkan. Tapi bila aku bersembang dengan seorang ukhti. Aku belajar sesuatu dari dia. Dia juga mengalami perkara yang sama. Mungkin apa yang dia perlu hadapi lebih dasyat kalau nak di bandingkan dengan aku.

Aku mulakan balik segalanya dari mula. Aku pujuk hati untuk terus kuat. Mungkin selama nie aku belum betulbetul belajar sebab Allah. Mungkin aku memang belajar sekadar untuk lulus hekzem dan bila aku balik ke malaysia aku boleh bergelar pelajar lepasan luar negara.Mungkin Allah nak mengsucikan balik niat aku supaya aku belajar betulbetul keranaNya.
Setelah jatuh tersungkur hanya kita yang tahu betapa sakitnya. Orang sekeliling kita tak rasa pun sakit tu macam mana. Jadi kita sediri yang kena rawat lukaluka tu. Sebab diri kita yang tahu sakitnya tahap mana. Dan saat tu kita dah takperlu kesah pun apa yang orang sekeliling nak kata.Sebab mereka hanya mampu kata. Tapi mereka tak rasa. Pedulikan pandangan mereka yang betulbetul kita nak dalam hidup nie meraih pandangan Dia. Bersangka baik pada Dia.

Semat baikbaik dalam kepala hotak dan rangka otak sekali yang Dakwah yang pertama tapi study bukan yang kedua. 

-boss-

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan comment anda di sini!