Thursday 28 February 2013

Separuhseparuh boleh?

dengan nama Allah yang sangat bahik,


Aku sekarang dalam fatrah nak memperbanyakkan penulisan pasal DnT. Mungkin ilmu aku memang takde la  banyak pun. Pengalaman pun masih kurang. Tapi takpe la.Semua orangkan hanya memberi apa yang mereka ada right? Maaflah kalau post aku yang sekarang dan yang akan datang akan jadi panjang, bosan dan bakal membuatkan anda muntah berbaldibaldi. Gugugugu

Kenapa orang bukan islam taktertarik langsung dengan islam?

Bukan ke dulu islam pernah memerindah dua pertiga dunia?

Tapi kena islam sekarang orang nampak sangan mundur dan tak maju langsung?

Pernah tak benda nie bermainmain dalam rangka otak anda? Pernah tak terfikir kenapa , kenapa dan kenapa?Ke anda memang tak percaya langsung yang islam pernah memerintah satu pertiga dunia?

Mungkin tak ramai yang sedar yang maruah kita sedang di pijakpijak. Hati kita sedang di siatsiat. Saudarasaudara kita sedang di lukai.Masalahnya sekarang adalah kita memang tak sedar pun kita sedang di pijakpijak. Kita tak sedar pun yang sistem khalifah tu dah takde kat bumi ni. Kita taksedar pun. 

Perkataan islam tu bukan kata nama tapi islam itu kata kerja. Bukan islam tu cukup bila kita dah tunaikan semua rukun islam tu. dan lagi la bukan kalau islam kita hanya islam dalam kad berwarna biru tu je. Islam tu lebih luas dan besar.

Ramai yang ambil islam ikut suka je sebab rasa ada je benda dalam islam yang langsung dah tak releven nak guna zaman sekarang. Konon sekarang dah moden sepatutnya bukan begitu tapi begini. Kita yang sesuka hati mak nenek kita je cuba sesuaikan islam dengan keadaan tapi sepatutnya keadaan yang perlu sesuai dengan islam. 

Islam kata begitu tapi kita buat begini. Kononnya islam yang taksesuai. Tapi sebenarnya segala batas tu kita yang letakkan sendiri. Aku bagi contoh bagi menjelaskan kekaburan anda. 

Contoh 1) 

Kita selalu didedahkan yang kalau nak solat perempuan mesti pakai telekung dan kalau tibatiba orang solat tak pakai telekung macam taksah pulak solat tu. Tapi syarat sah solat adalah menutup aurat wahai makcikmakcik dan pakcikpakcik sekalian. Pakai telekung bukan syarat sah solat pun. So kalau tak pakai telekung pun masih boleh solat asalkan kita tutup aurat. Senangkan?

Contoh 2)

Persepsi kita kat malaysia kalau nak dakwah orang kalau nak ajar orang pasal islam mesti memang orang yang berjubah , bertudung labuh sampai lutut dan kononnya orang yang layak cakap pasal islam adalah stok ostad dan ostajah. Kalau kau duktur kau boleh la bedah orang je. Kalau kau jurutera kau boleh la hidup dengan mesinmesin dan transfomer kau tu. Eh. Kalau kau pakai jeans , Baju T (bagi lelaki) atau bertudung simpangsimpang , Berbaju T labuh dan berkain (bagi perempuan) pakaian perempuan byk sgt sampai aku taktahu nak tulis macam mana. haha. Tapi stokstok orang yang pakaian takthiqah sangat tak boleh dan langsung taklayak cakap pasal islam. Wahai. 

Contoh 3)

Kalau nampak orang pakai tudung simpangsimpang atau yang pakai tudung belitbelit ramai yang mula. Astaghfillah tak tutup aurat. Erk. Wahai kakak dan Abang sekalian Allah suruh tutup aurat dengan melabuhkan tudung hingga ke bawah dada je la. So kalau orang pakai tudung apa pun tapi kalau bawah dada dan tudung tu tak nampakkan bentuk apaapa dah di kira tutup aurat.

Nampak tak yang sebenarnya kita yang memperkecilkan skop islam tu. Kita yang meletakkan itu seharusnya begitu padahal islam meletakkan ini seharusnya begini. 

ISLAM bukan hanya pada solat , puasa , zakat , haji , aurat dan hukum hakam. Tapi islam tu kehidupan. Islam tu ad deen. Ad deen tu maksudnya cara hidup ye anakanak. Sila la catat dalam buku catatatn anda.

Semua orang boleh bercakap tentang islam kalau mereka benarbenar orang yang tahu. Islam ni bukan hanya ostad dan ostajah. Tapi islam tu untuk semua orang. Semua orang berhak menerima dan memahami islam tak kisahla mungkin negro di sebelah rumah anda atau kakak ipar belah nenek tiri anda. Semua ada hak. Sudahkah kita memberi hak pada mereka? Glup. Potong bawang lajulaju.

Jadi. Selamat mengislamkan emosi , perasaan , dan paling penting kehidupan dan jangan lupa untuk menyebarkan islam ke seluruh dunia macam mana Umar memberi tahu manusia sekeliling tentang keislamannya. Ada bran?


"Wahai orangorang beriman! Masuklah ke dalam islam secara keseluruhannya , dan janganlah kamu ikut langkahlangkah setan . Sungguh , ia musuh yang nyata bagimu."

(2:208)

Nak masuk islam seluruhnya. Takboleh separuhseparuh. Takboleh ambil yang kita nak je yang taknak kita campak kat laut mati je. 

Konon kawen 4 sunnah tapi solat yang wajib pun tak cukup ape cer? Bhahahaha





No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan comment anda di sini!