Sunday 10 June 2012

Rindu.

Dengan nama Allah yang menghadiahkan rasa rindu ini,

Aku cemburu melihat yang lain
Mampu bercinta dengan sebenar-benar cinta
Tetap mereka kata, 'aku sayang dia,
tapi aku juga bahagia bila dia bersama yang lain,
kerana itu Allah suka.'

Aku suka menuturkan begitu juga
Kerana itu tanda aku benar-benar cinta
Bukan mudah untuk hati setuju
Tapi bukankah aku sememangnya cintakanmu?

Pernah aku baca
Bezanya cinta antara agama dan fana
Jika seseorang itu cintakan manusia
Dia akan benci manusia lain yang juga mencintainya
Tapi jika seseorang itu cintakan Allah
Dia akan turut mencintai manusia yang mencintaiNya

Lawa saja kata-kata itu
Kan bagus jikalau kita mampu begitu?

Jangan nafikan
Jangan lagi persoalkan
Aku sangat-sangatlah menyayangimu
Mungkin tidak cukup bukti yang aku tunjukkan
Tapi dalam doa dan fikiranku
Hanya Allah yang benar Mengetahui
Bahawa aku sentiasa merinduimu

Aku akui aku juga sentiasa berbuat begitu
Kadang aku fikir kau tak lagi perlukan aku
Tapi itu hanya syaitan yang sukakan kita berjauh
Kerana apabila kita dekat
Allah juga dekat di hati
Bukankah begitu?

Maka aku minta pada Yang Majid
Agar beri kita kekuatan
Untuk terus mencintai satu-satunya Tuhan
Kerana dengan cinta agung itu
Wujudnya cinta antara kita

Aku ingin melangkah ke syurga
Berpegangan tangan denganmu
Aku ingin rasakan nikmat kasih sayangNya
Bersamamu disampingku

Jangan lagi kita mengalirkan air mata
Kerana kata-kata tajam yang keluarnya dari mulut kita sendiri
Kerana tanggapan salah yang kita cipta sendiri
Ingat pada cinta Ilahi
Agar kita mampu terus bahagia dan membahagiakan

Kau mungkin fikir aku tak layak mencoret semua ini
Aku sedar dan aku juga malu
Kerana aku tahu sudah berapa kali
Aku cemburu buta dan melukaimu
Maafkan aku
Tapi aku cintakanmu

Kau kenal aku
Kau faham aku
Ya aku memang rindu
Aku mahu selalu bersamamu

Aku inginkan keredhaanNya
Dan aku mahu kau ikut aku
Sepanjang perjalananku
Melalui gunung-ganang kehidupan
Bersama cahaya Quran dan Sunnah

Mahukah kau dampingiku?
Kerana aku perlu akan bimbinganmu.

By ZunNur.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan comment anda di sini!