Tuesday 5 June 2012

masalah.

dengan nama Allah yang maha mengetahui,



Hidup sapa takde masalah? Semua orang ada masalah masingmasing. Aku pelik kalau ada orang hidup takde masalah. Sebab memang tak kan ada orang yang takde masalah. Laptop yang bukan manusia pun ada masalah.Haha. Apa tah lagi manusia.

So, apa yang anda akan baca adalah apa yg aku reply kat hadek tuh yang tengah ada masalah ukuwwah. Oke aku copy paste balik. and aku ada edit sekit. 

Hm. Aku pun bukan la orang yang arif untuk menyusun kata yang terbaik untuk masalah antunna. Bukan juga orang yang sangat qawiyy.Anda berdua lebih qawiyy dari ana rasanya. Jauh sekali orang yang arif tentang ukuwwah.Aku rasa kau lebih arif tentang ukuwwah berbanding aku. Aku sekadar ingin membantu antunna.Waktu untuk bersama dah xbanyak. Sebelum antunna masing2 bawak haluan masing2. Cuba pulihkan semua. Jangan bila dah jauh nanti baru masing2 menyesal.Cuba luangkan masa bersama untuk selesaikan. Adik2 sentiasa memerhati kakak2. Kita qudwah mereka. Aku pun. bukan insan yang sempurna. Muhasabah balik. Mungkin masing2 ada masalah hati. Cuba perbaiki. 5 bulan ja lagi masa yang ada. Semuanya akan oke. Allah bagi masalah untuk kita selesaikan. Cari ruang dan peluang yang terbaik untuk berbicara dari hati ke hati masing2. Fikir balik dan selidik. Apa rasalallah buat kalau hadapi masalah2 macam nih. Aku kenal dia. walaupun mungkin kau lebih kenal dia dari aku. Cuba sentuh hati dia.Banyak lagi benda yang dia xluahkan pada sesiapa. Hati dia akan terus sakit kalau macam nie. kau faham kan? Aku tak mintak kau jaga dia untuk aku. Aku tak mintak kau sentiasa bersama dia. Aku cuma nak minta kau jaga hati dia.Pelindung hati dia. Masing2 ada masalah masing2. Masing2 ada tanggungjawab masing2. Tapi sahabat juga tanggungjawab kita. Mungkin banyak benda yang kau terluka dgn dia. Tapi kau kena positif. Dia nak yang terbaik. Macam mana dia nak terbaik dalam study dia. Macam tu la jugak dia nak yang terbaik untk sahabat2 dia. Luangkan masa bersamasama. tak perlu lama2. cukup sakadar makan atau bersembang tentang hari2 yang dilalui.Dia sunyi.

Mungkin anda tak faham.haha. 

"Sesungguhnya orangorang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.

Al-Hujarat: 10

Contengan : Pertemuan kita dengan sesiapa pun tiada istilah kebetulan. Kita memang dah di takdirkan bertemu dan bersahabat. Semoga matlamat persahabatan kita untuk mencari redha Allah. Dan setiap pertemuan takdirnya ialah perpisahan. Jika terpisah di dunia. Moga kita tetap bersama di syorga.



No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan comment anda di sini!