Thursday 21 June 2012

Teruk sangat ke aku ni?

dengan nama Allah yang menilai manusia,



Whotwhot. Penah tak anda rasa dan bertanya dalam hati anda. "Teruk sangat ke aku ni?" Sambil menggarugaru kepala.

Kadangkadang orang sekeliling kita yang membuat kita rasa macam tu. Kadangkadang orang tu tak kenal sangat pun dengan kita. Tapi dia mampu membuat kita bermonolog sendiri. "Teruk sangat ke aku ni?". Aku pun penah dalam situasi macam tu. Aku rasa yang aku ni macam teruk sangat. Tak layak langsung berada dalam gerabak DnT ni.

Aku tak tahu nak buat apa masa tu.Serabut sangat. Manusia yang doif lagi naif nie pun lupa yang Allah tu ada.   dan jalan yang aku ambil adalah cari manusia. Otak!Otak. *macam zombie* Akhirnya. manusia yang aku cari ini hulurkan selembar surat cinta dari Allah.

"Wahai orangorang yang beriman! Jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagai mana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikut setia, 'Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?' Pengikut-pengikutnya yang setia itu berkata, 'Kamilah penolongpenolong (agama) Allah,' lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan (yang lain) kafir, lalu Kami Berikan Kekuatan Kepada orangorang yang beriman terhadap musuhmusuh mereka,sehingga mereka menjadi orangorang yang menang." 


(Ash-Shaff:14)


Aku baca ayat ni. Berkerutkerut kening aku. aku rasa macam takde kaitan pun. Aku rasa aku nih teruk.Tak layak berada dalam gerabak ni. Yang bagi aku ayat nie kenapa. *garugaru kepala*

Perasan tak. Pengikut setia Nabi Isa cakap 'Kami la penolongpenolong agama Allah'. Tanpa berfikir sama ada mereka layak atau tak. Kenapa aku tak cakap macam tu jugak. "Aku la menolong agama Allah."  Bila kita nak jadi penolong agama Allah kita akan berusaha untuk layakkan diri kita.

Kau bilang aku teruk.
Kau mengaibkan aku di hadapan semua.
Kau rasa aku tak layak berada di dalam gerabak ini.
Aku hanya tersenyum.
Aku ingin menjadi seperti pengikut setia nabi Isa
"Aku adalah penolong agama Allah" *tangan di dada
Aku akan perbaiki.

Kau fikir hanya kau yang layak
Kau fikir kau harus mengubah dunia
Kau fikir kau perlu lakukan segalanya
Kau fikir kau la insan yang paling busy di dunia
Aku hanya senyum.
Kau tahu.
Kau sangat gopoh dalam membina.
Kau belum menanam benih tapi kau sudah mahu lihat hasilnya.
Kau bilang semua manusia tak berguna
Kau bilang kau bukan di dalam bi'ah solehah
Kau hanya berkatakata
Tapi kau tak berusaha membina.
Kau hina mereka yang nak bekerja untuk agama.
Kononnya mereka tidak betul
Jika mereka salah
betulkan.
Bukan mengaibkan.

Kejayaan hanya lahir dengan kesabaran, tabah, serius dan amalan yang berterusan. Barang siapa di kalangan kamu hendak mempercepatkan buah sebelum ia masak atau bunga sebelum ia mekar, maka aku tidak bersamanya dalam keadaan ini biar apapun keadaaannya. Adalah lebih baik baginya berundur diri dari dakwah ini dan menyertai dakwah-dakwah yang lain. Barangsiapa yang bersabar bersamaku sehingga bercambahnya benih, tumbuhnya pokok, masaknya buah dan sampai ketikanya untuk dipetik maka pahalanya adalah urusan Allah. Kami dan ia tidak akan terlepas ganjaran orang-orang yang baik sama ada kemenangan dan ketuanan atau syahid dan kebahagiaan


(imam hasan Al-banna)


Contengan : Tiada kaitan dengan sesiapa.Hanya muhasabah buat saya

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan comment anda di sini!