Tuesday 6 May 2014

Tuhan


Tuhan, katakan pada diri ini apa yang aku sangka pada diri sendiri ini tidak benar.

Tuhan, hati aku tidak terlalu hitam kan?
Tuhan, hati aku tidak terlalu berdaki kan?
Tuhan, hati aku belum keras lagi kan?
Tuhan, hati aku belum rosak kan?
Tuhan, hati aku belum mati kan?

Tuhan, katakan tidak untuk soalansoalan ini aku mohon. Aku mohon.

Bila tugasan dakwah makin berat tergalas dipundak kanan dan kiri.
Saat itu jahiliyyah mula menjinakjinak diruang yang belum diisi.

Tuhan, Aku penat.
Penat dengan diri sendiri.
Penat dengan jahiliyyah yang makin menjadijadi
Penat dengan mujahadah yang sama tanpa peningkatan dari hari ke hari

Tuhan, andai hati ini telah rosak.
Andai hati ini sudah rabak.
Andai hati ini sudah berbau hapak.
Aku mohon gantikan hati ini dengan yang baru.
Hati yang lebih ikhlas mencintaiMu.
Hati yang mencintai akhirat melebihi dunia yang menipu.
Hati yang lebih sejahtera dari dulu

Tuhan, andai akal ini sudah rosak.
Andai akal ini makin fikir yang tidaktidak.
Aku mohon gantikan akal ini dengan yang baru.
Akal yang bisa berfikir untuk islam.
Akal yang tak suram dan kelam.


Tuhan, untuk kesekian kalinya aku mohon thabatkan diri ini hingga ke syurga.
Tuhan, Aku mohon buat kesekian kalinya kuatkan aku dalam mujahadah untuk tinggalkan jahiliyyah.
Tuhan, Jangan biarkan aku jemu untuk terus meminta padaMu.

Mu'tah , Jordan
06052014
11:41 PM


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan comment anda di sini!