Bulan
Malam ini bulan mengambang
Malam ini bulan terang
Hati aku di balut tenang
dari kejauhan bulan aku pandang
Lambantlah siang
Aku mahu bulan temani aku seorang
Menikmati indahnya pemandangan
Rindu
Aku sering bilang pada mereka
Malam sangat berkait dengan rindu
Saat malam begini pasti hati di rundung rindu
Jujur hati ini rindukan 'sesuatu'
Lagu
Berginilah aku dari dulu
Earphone takpernah lekang dari telingan aku
Panggilan orang jarang di sahut.
Kerana aku takpernah dengar ada yang memanggil
Aku hanyut dalam alunan irama lagu
Mereka bilang cukupcukuplah dengan wayar di telinga itu
Aku bilang inilah cara aku
Aku tak suka menanggalkan wayar ini
ia seolah nyawa
Mungkin ada yang bakal bilang ini gila
Wayar yang tiada guna ini nyawa?
Wayar ini punya berjuta makna
Wayar ini pelihara aku dari mendengar caci maki manusia
Wayar ini menyelamatkan aku dari marah dan merungut di dalam hati
Kerana wayar ini ia pelihara telinga , hati dan mulut aku dari menyumpah manusia
Jujurnya, wayar ini tak aku tanggal hanya untuk menjaga hati , telinga dan mulut aku.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan comment anda di sini!