Malam ni aku mula membelekbelek semula belogbelog yang dah lama tak aku kunjung. Mencaricari postpost yang mampu menaikkan hammasah aku. Playlist malam ni pun lagulagunya lebih kepada muhasabah. Mencaricari hati yang hilang. Cuba merasai kembali perasaan apa yang sedang aku rasai kini. Orang bilang orang mati je takde perasaan. Kalau bukan orang mati pun orang yang mati hati. Moga di jauhkan.
************
Jam menunjukkan tepat pukul sepuluh lima puluh lima pagi. Bahang mentari memancar ke muka. Summer. Panasnya luar biasa. Aku mula mencapai cermin mata Rayban berbingkai hitam kuning itu.
"Nak balik pukul berapa?"
"Taknak balik boleh?"
"Hurm. Mana boleh."
"Lepas zohor kut."
"Jom la kita pergi jalan universiti dulu."
"Hurm. Okey. Boleh je."
************
Teksi berhenti tepat depan kedai Ayam Rangup. Jalan hari ni agak sesak. Biasa la. Hujung minggu. Memang begini la keadaannya.
"Orang nak beli battery phone."
"Okey."
"haa. Tu ade kedai phone." Sambil menunjukkan kedai di seberang jalan.
************
Dari kedai Ayam Rangup tadi kami berjalan sampai ke Housing bank. Pastu patah balik. Memang sungguh hari ni aku nak luangkan masa bersama dia. Jarang ada peluang keluar samasama macam ni. Kadangkadang bila aku percuma , dia sibuk. Bila dia percuma , aku pulak sibuk. Orang mungkin nampak kitorang selalu spend masa samasama. Kat mana ada aku kat situ ade dia. Kat mana ade die sure akan muncul jugak muka aku. Tapi kadangkdang aku sendiri taktahu nak jawab apa bila orang tanya apa yang selalu kitorang sembangkan. Sembang pasal tarbawi tak la selalu sangat. Sembang pasal dakwi pun macam tak jugak. Bercurhat pun jarangjarang.
"Macam mana mutabaah?"
"Ntah." Aku pandang muka dia sambil berkerut kening. Mungkin soalan kali ni agak ganjil
"Tanda tak mutabaah?"
"Tak pun."
"Dah baca quran hari ni?"
"Belum."
Sungguh perbualan dan soalan hari ni agak ganjil. Tak macam selalu. Sebab selalunya takbercakap hape. kahkahkah. Takde la takbercakap. Tapi cakap tak banyak. Soalan yang di tanya dan di jawab pun yang biasabiasa. hoho
*************
Aku nampak kesungguhan dia untuk bantu aku dalam dakwah dan tarbiyah ni. Aku tahu dia sangatsangat nak tolong. Tapi aku pun taktahu kenapa dengan diri aku. Aku pun taktahu kenapa apa yang aku nak kongsikan kadangkadang tertelan semula bila dah sampai kat kerongkong. Makin lama makin kurang aku ceritakan pada sesiapa. Tentang dakwi. Tarbawi. Study. Masalah. Kekalutan hidup. Bukan aku tak mahu berkongsi. Tapi aku tak mampu untuk berkongsi.
Sungguh. Perasaanperasaan yang takbest nie sangat mengganggu perjalanan tarbiyah aku. Tapi aku takmampu untuk meminta bantuan pada sesiapa. Sangat terkesan di hati aku bila kekalutan dakwah dan tarbiyah berlaku. Masalahmasalah yang timbul. Rasanya aku lah punca. Lihat la aku yang masih penuh karat jahiliyyah. Dosa yang makin berbakulbakul. Dan mungkin juga hati yang belum ikhlas dalam mentarbiyah dan ditarbiyah.
Moga Allah ampunkan dosadosa kita. Post ni bukan la seratus peratus dari bualan asal. Post ni ada di tokok tambah banyak jugak la.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan comment anda di sini!