Dengan nama Allah yang nyawaku berada ditanganNya,
Aku menuju ke lif dengan langkah laju sambil memerhati sekeliling. Bukan pada kedai atau jualanjualan murah atau potonganpotongan harga yang di tampal di kedaikedai. Tapi aku memerhati pada tingkah manusia sekitarnya. Keadaan waktu ini sangat lengang.Tak ramai manusia yang berkeliaran lagi. Sesampai di depan lif aku menekan butang menunjukkan anak panah naik ke atas. Keberapa minit kemudia pintu lif terbuka. Isinya kosong. Aku masuk dan tekan ketingkat dua. Aku lihat jam di tangan. Angka menunjukkan angka menghampiri sepuluh tigapuluh pagi. Masih terlalu awal untuk tempat ini sesak.
Aku keluar dari lif. Mata aku tertumpu pada kedai tempat bandar buah jambu kelihatan sebesar alam. Kelihatan pekerjanya sedang tekun menyapu sampah dan lap meja dan kursi. Aku matikan niat untuk kesitu mengenangkan ongkos yang dalam poket nie memang sedang melimpah ruah. Ayat majaz. haha. Aku cari posisi yang paling hujung dan jauh dari penglihatan orang ramai di ruang makan pusat beli takbuleh blah nie. Tempat yang aku pilih berhampiran dengan dua pasang manusia yang sedang riang ria.
Aku memang selalu begini. Sendiri ke sana ke mari. Aku lebih selesa dalam keadaan sendiri ini. Aku tak perlu mengikut sesiapa dan tak di ikuti sesiapa. Cuma aku.
Mata aku asyik melihat keluar jendela itu. Merenung ke langit tinggi. Sungguh aku hanya insaan kerdil di bumi. Memerhati ke bawah. Jalan begitu sesak. Manusia sibuk mencari apa yang di cintai di dunia. Duit. Harta. Pangkat. Kekasih jiwa. Kerja. Belajar semata. Ahhh. Jalan yang sesak seolaholah mentafsirkan perasaan aku pada saat itu. Jiwa aku sesak. Hati aku rabak. Perasaan aku koyak.
Mula merenung diri aku dalamdalam. Adakah sama aku dengan mereka semua? Lihatlah! santapan pagi mereka mekdogol dan subuaya. Minuman harian mereka kokagolalala. Tak sedarkah saudara di sana tersiksaa dengan 'sedekah' kita kepada yahudi. Lihatlah! Jalan yang sesak. Semua keluar mencari apa yang bakal mereka tinggalkan bila mereka mati kelak. Yang kaya semakin ghairah dengan kekayaannya. Dan yang takberduit semakin takberduit. Aku seolaholah melihat robotrobot yang sedang bergerak. Bukan manusia.
Serabut. Kenapa semua orang masih bergembira? Ahhhh. Kenapa mereka tidak memikirkan apa yang aku fikirkan. Aku fikir apa? Krikkrikkrik.
Argh! Ini semua poyo
Lihatlah aku! Yang kononnya daie yang masih ghairah dengan kejahilan aku.
Lihatlah aku! Yang kononnya belajar agama tapi entah bagaimana aku menterjemahkan setiap ilmu yang aku miliki dalam kehidupan aku.
Lihatlah aku! Yang kononnya insaan di tarbiyah tapi masih sama dengan manusia yang biasa.
Lihatlah aku! Yang menyaksikan ummat ini tenat tapi masih boleh goyang kaki dan makan bertih jagung. Seperti melihat tayangan pawagam.
Salahnya siapa? Salahnya siapa? Salahnya siapa?
Bangun dan pergi tengok cermin. Orang dalam cermin tu yang bersalah.
Aku tahu umat sakit. Aku nampak manusia tenat. Aku di tarbiyah. Aku tahu. Aku tahu belaka. Tapi apa yang aku lakukan untuk mengembalikan islam? Bukan hanya islam pada nama. Tapi islam yang meresapi jiwa. Mereka sedang lena dan aku kononnya manusia yang sudah terjaga. Baru terjaga dan masih mamai lagi mungkin. Tapi takkan hanya akan biarkan mereka lena tanpa mengejutkan mereka.
-boss-
"Tegakkan islam dalam dirimu , Maka akan tertegaklah islam di muka bumi." - Imam Hassan Al Banna
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan comment anda di sini!