dengan nama Allah sebaikbaik pemberi,
Apa yang paling indah di dunia ini selain bersama akhawat? Apa yang paling membahagiakan di dunia ini selain duduk sebentar beriman sejenak bersama akhawat? Apa lagi yang sangat membuat aku teruja selain tidur berhimpithimpit di musim syitaa ni bersama akhawat? Apa lagi yang menyejukkan perut ibu mengandung selain di ingatkan oleh ukhtiukhti terchenta untuk melunaskan mutabaah amal? Eh.
Sungguh aku langsung tak nafikan kata Umar Al khattab "Nikmat yang paling indah selepas iman dan islam adalah ukhuwwah."
Sangat mengharukan bila ada yang bersungguhsungguh untuk menunjukkan jalan yang di susuri oleh sang Nabi. Sangat mengujakan bila Allah hadiahkan insaninsan yang sangat chanteq dan bergaya sebagai wasilah untuk kita mengenaliNya. Sangat sweetkan bila dengan melihat wajah ukhti tu kita ingat Allah. Bila kita tengok amalnya kita rasa berkobarkobar untuk beramal. Bila dengar dia cakap rasa basah malah banjir hati ni dengan iman. Walaweh! Ini sumpah osem tahap gaban.
Dari latar belakang yang berbeza. Pelbagai jenis usia. Pelbagai ragam. Pelbagai bidang. Pelbagai perbezaan. Dan jika kita cari titik persamaan antara satu sama lain langusng tiada titik persamaan tu. Langsung tiada. Tapi hanya kerana kita menyusuri jalan yang sama Allah mengumpulkan kita pada satu titik pertemuan yang persamaan kita hanya satu iaitu dakwah dan tarbiyah. Ini sangat manis (baca : so sweet)
Sungguh kebersamaan kami di dalam istana sorga dunia membuatkan aku rasa. Alangkah indahnya andainya kita bisa berkumpul lagi begitu.Tapi saat itu adanya Sang Nabi di sisi. Adanya para sahabat baginda. Saat itu kita bertepuk tampar bersama ukhtiukhti. Rancak berbicara tentang apa yang telah kita lalui semasa didunia dulu.Allahu indahkan?
Tapi. Pasti menyedihkan jika di saat itu ada seseorang yang pernah berkumpul bersamasama di dalam istana sorga dunia kita hanya mampu melihat kemesraan di sorga yang sebenar itu dari kejauhan. Dan lebih menyedihkan andai insaan itu adalah aku.Sobsob
"Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya dihantar ke surga secara berombongan. Sehingga apabila mereka sampai kepadanya (surga) dan pintu-pintunya telah di bukkan , penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, 'kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu , berbahagialah kamu! Maka masuklah , kamu kekal di dalamnya' "
(Az-Zummar :73)
Contengan : Saya nak masuk sorga dengan anda. Nak sangat. Sudi anda masuk sorga dengan saya?
-boss-
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan comment anda di sini!