Thursday 26 July 2012

cermin

dengan nama Allah yang memberi setiap ruang dan peluang,

Kehidupan.
Sesuatu yang sukar di tafsirakan melalui perkataan.
Pelbagai cabaran.
Pelbagai kekalutan.
dan
Pelbagai perasaan.
Yang harus aku lalui.
Kadangkala ada senyuman
Kadangkala ada tangisan.
Tapi segalanya di simpan.
Simpan di sudut yang paling dalam.

Dalam kehidupan.
Aku di paksa untuk membuat pilihan.
Walau hati tidak mahu membuat keputusan.
Tapi itulah kehidupan.

Dalam hidup ni. Banyak perkara yang perlu di uruskan. Banyak perkara yang harus di langsaikan. Banyak masalah yang harus di selesaikan. Sampai terkadang kita terlepas pandang perkaraperkara yang penting yang kita anggap remeh. Perkara yang remeh kita pentingkan.Ada yang terabai. 

Itulah manusia.

 Aku cuma insan biasa. Langsung tak sempurna. Kadangkala aku lupa. Kadangkala aku alpa. Aku tahu ada hati yang terluka. Tapi aku harus buat apa? 

"Teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia . dan jadikanlah dia teman dalam urusanku"

(Tha ha : 31-32)

Contengan : Manusia tak sempurna. Kerana itu aku adalah cermin bagi dirimu dan kau adalah cermin bagi diri aku. Cermin tidak pernah menipu .

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan comment anda di sini!