Dengan nama Allah yang mengetahui,
Dulu aku bencikan dia.
Dia juga begitu.
Jarang berselisih.
Sebab dia sentiasa cuba menjauh.
Waktu berlalu.
Allah merancang.
Siapa kita untuk menghalang?
Allah takdirkan kami bersama di dalam satu dorm.
Sedangkan rasa benci yang menebal.
Kini kian pudar.
Aku tak pernah terfikir.
Di bahu itu aku akan bersandar.
Aku tak pernah menyangka.
Di bahu itu aku akan menangis.
Aku tak penah merancang.
Benci itu bertukar menjadi sayang.
Pernah dulu aku tersungkur di persimpangan. Di dalam kelam dan suram. Tiada teman untuk bersembang. Aku ditinggalkan terkontang. Aku menarik sesuatu untuk ku paut. Kerana aku takut aku akan hanyut. Tapi sayang pautan itu terlepas. dan aku hampir tersasar jauh entah ke mana.Ku pejamkan mata untuk menahan luka di jiwa. Baru ku sedar aku bukan sesiapa bagi mereka. Aku hanya boneka yang di perbodohkan manusia. Hakikat yang seolaholah racun membunuh ku secara perlahanlahan harus ku telan.
Saat itu hidup ini tak bererti hanya itu yang mampu aku terjemahkan melalui pengalaman.
Pengalaman dan pandangan manusia yang hampir lemas tenggelam ke dasar laut yang paling dalam dan tak mungkin dapat di selamatkan.
Perlahanlahan aku rasai ada sinar yang menghampiri. Mata yang tadi terpejam aku bukakan pelahanlahan. Penuh hatihati dan berjagajaga. Takut ianya hanya perangkap yang ingin memerangkap mangsa. Ada suara yang memanggilmanggil aku. Suara itu. Budak yang berbaju hijau yang sering aku perhatikan di dalam musolla. Untuk apa dia memanggilmanggil aku. Untuk apa dia menghampiri aku. Adakah dia cuba melunaskan dendam lama.
Adakah ini pengakhiran kehidupan aku. Akhirnya aku tewas dengan yang dulunya musuh utama. Aku kalah! Biarlah aku kalah. Aku sudah lelah. Lunaskanlah dendammu itu.Aku sudah tidak kisah. Aku sudah menyerah. *Monolog aku sendiri*
Cahaya tadi makin menghampiri dan raut wajah itu menghulurkan tangan. Aku binggung! Dia bukan ke sini untuk melunaskan dendam dulu? Teragakagak aku untuk menyambut. "Mengapa? Masih takut untuk berpaut?"
Aku angguk dah masih diam. "Jika kau tidak berpaut sekarang mungkin kau akan mati kelemasan." Muka yang penuh cinta itu cuba menarik aku ke dasar. "Sudah! Biarkan aku mati!" Dia pandang aku menyinga. "Kau sanggup mati di lembah hina? Kau tak takut neraka?Aku kesini untuk menyelamatkan kau sahabat."
"Aku tak sanggup berpaut pada sesiapa. Aku tahu mungkin kali ini kau selamatkan aku.Tapi nanti kau juga akan pergi menjauh seperti mereka." Dia tersenyum dan berkata. "Mengapa perlu berpaut pada manusia sedangkan Allah itu ada dan aku cuba untuk jadi sahabat yang setia." Huluran tangannya aku sambut walau teragakagak. Kemas genggamannya. Terasa kehangatan cinta di hatinya membara buat sahabat sesyorga.InshaAllah.
Genggam tangan ini.
Jangan kau lepaskan
Jangan kau tinggalkan
Kalau aku rebah tolong bangkitkan aku kembali.
Andai aku lemas.Tolong selamatkan.
Andai aku hanyut. Jadilah tempat aku berpaut.
"Kalau aku jatuh kau boleh hulurkan tangan untuk aku bangkit kembali? Kalau aku tergelincir ke neraka kau akan selamatkan aku?" Soal aku.
"Kalau aku yang jatuh bagai mana? Kalau aku tergelincir ke lembah neraka bagai mana? Kau sudi selamatkan aku?Kau sudi bangkitkan aku?" Soalnya.
Aku hanya tersenyum. "Selagi iman menjadi paksi cinta aku kepadamu selagi itu aku sentiasa menggenggam tanganmu untuk mengharunggi hidup ini.Ingat. Walau nanti aku sudah tiada di sisi.Walau nanti aku sudah mati. Tapi aku sentiasa hidup di hatimu.Aku sentiasa menemai dan mengiringi langkahmu."
Aku jatuh dengan emosi. Lalu kau peluk aku penuh cinta dari hati.
Aku menangis sendiri. Perit memendam rasa. Sakit dihiris rindu. Lalu kau sekat air mataku. Kau letakkan tanganmu di dadaku, "jangan nangis, kau tak pernah sendirian. Aku ada, Allah ada."
Aku menangis sendiri. Perit memendam rasa. Sakit dihiris rindu. Lalu kau sekat air mataku. Kau letakkan tanganmu di dadaku, "jangan nangis, kau tak pernah sendirian. Aku ada, Allah ada."
Contengan : Contengan perasaan. Mungkin membuatkan kamu bosan. Tapi ini la kehidupan. Tak selamanya kita di atas.Allah lebih tahu.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan comment anda di sini!