dengan nama Allah yang mengikat hatihati kami,
Grrr. Sereisli sekarang nih aku dalam mood kerinduan. Rindukan temanteman sekelas. Rindukan akhawatakhawat seantero dunia.Rindukan 'dia' yang selalu mendampingi aku. Rindu sahabatsahabat di STAM.Rindu semuanya.
Aku di ajar menjadi manusia di situ. Aku belajar erti pengorbanan di situ. Aku belajar dan belajar di situ. Mungkin aku tak sebaik mana. Tapi aku sentiasa berusaha menjadi baik tahu?
Dolu aku rasa orang baik ni selalunya bukan baik sangat pun. Tipu je semua tu. Nak perhatian. Nak pangkat. Sapa baik dia hipokrit sebenarnya.
Aku sangat la nakal. Sangat merisaukan semua sebab kenakalan aku tu.huhu
Aku pernah cakap kat sorang manusia ni.
"Ni la ana.Tunjukkan diri sendiri. Kenapa nak kena hipokrit?Ana tunjukkan diri ana yang sebenar."
jawapan yang buat aku diam dan terkesima.
"Apa salahnya kalau kita berlakon jadi baik. InshaAllah satu hari nanti kita akan jadi macam tu. Sebab sifat baik tu akan sebati dengan kita.Jadi kita dah tak hipokrit lagi dah."
Kau tahu! Aku rasa hidup di islah itu indah di saat aku semakin hampir hendak tinggalkan tempat itu. Aku ingat lagi. Ayat yang selalu sahabatsahabat aku sebut.
"Kalau la kita boleh serapat ni sejak tingkatan 1.'' *kalau la kan
contengan : Aku rindu mereka! sumpah.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan comment anda di sini!