Dengan Nama Allah yang Maha pengampun,
Ya Allah,
Andai ujianMu ini akan membuatkan aku lebih mengenaliMu..
Aku ikhlas..
Ya Tuhan,
Andai ujianMu ini akan membuatkan aku lebih mengingatiMu..
Aku ikhlas..
Ya Tuhan,
Andai ujianMu ini akan membuatkan aku lebih menyukuri nikmatMu..
Aku ikhlas..
Ya Allah,
Andai ujianMu ini mampu membuat aku lebih mencintaiMu..
Aku ikhlas..
Ya Tuhan,
Andai ujianMu ini mampu membuatkan aku lebih dekat denganMu..
Aku ikhlas..
Ikhlas menerima segala takdir yang telah Engkau tetapkan kepadaku..
Ya Allah,
Ampunilah aku lantaran kelalaian dan kealphaan ku..
Berkati dan rahmatilah setiap langkahku..
Berikanlah aku kekuatan..
Untuk terus menegakkan AsmaMu di bumi ini Ya Allah..
Sememangnya untuk menempuh Onak duri ini bukan mudah
Tapi aku yakin padaMu..
Kau akan melindungi setiap langkah ini..
Meskipun langkahku ini tidak sempurna..
Ya Allah,
Hambamu ini sering menzalimi diri sendiri..
Andai kau tak ampuni aku..
Alangkah ruginya diri ini..
Ya Allah,
janganlah kau palinka hati kami
setelah kau berikan pertunjuk...
Ya Allah ampunilah aku..
Aku tidak mampu lakukan apa-apa tanpaMu ya Allah..
Contengan: Muhasabah chinta bersama insan terchinta kerana pemilik chinta..
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan comment anda di sini!