Sunday, 23 June 2013

Lari



Tekenan demi tekanan
Menekan hati
Menekan perasaan

Pedih sakitnya aku simpan
Biar tak kelihatan 

Mereka bicara tentang marah dan bosan
Adakah aku manusia tak berperasaan?

Mereka nak aku jadi bergini.
Mereka nak aku jadi bergitu.

Wahai diri. "dan kerana Tuhanmu Maka bersabarlah."

Saturday, 22 June 2013

Sungguh


Sungguh aku kegelapan di dalam cahaya
Sungguh aku alpa di kala bahagia.
Sungguh aku tersesat di tengah ramai manusia
Sungguh aku buta dikala mata terbuka


Sungguh yang hitam tu jelas
Sungguh yang putih itu jelas
Sungguh aku masih kelabu.

cheboss
22062013
Mu'tah,Jordan

Tuesday, 18 June 2013

tak tahu



"Kau kenapa?"

"Kenapa apa?" Soal Fikar kembali.

"Aku rasa aku dah tak kenal engaku siapa. Kenapa aku rasa setiap kali kau ketawa dan buat lawak semua tu macam berpura-pura?" Luah Mirul.

"Hurmm."

"Kau menyesal ke datang sini?" Soal Mirul lagi.

"Ntah. Nak kata menyesal. Tak jugak. Nak kata aku happy pun tak jugak. Aku pun tak tahu aku rasa apa."

"Fikar. Dulu kau yang bersungguh nak kesini kan? Sekarang Allah izinkan kau pijak kaki kesini. Tapi kenapa kau tak rasa happy?" Soal Mirul lagi dan lagi.

"Pehal kau banyak tanya seh? Soalan kau memang aku kena jawab ke?" Fikar mula medongak ke langit.

"Aku tanya sebab aku nak tolong kau. Kalau kau tak bagi tahu aku macam mana aku nak tolong kau." Mirul merenung tepat ke muka Fikar.

Fikar menoleh sekilat ke wajah Mirul. "Mirul. Aku kecewa."

Mirul sengeh senget. "Kau kecewa apa? Setahu aku kau tak pernah bercinta."

"Ape seh kau? Aku sentiasa bercinta kut. Bukan dengan manusia tapi dengan Dia. Aku kecewa dengan diri aku Rul. Takpe la kau takkan faham."

"Fikar. Aku memang takfaham apa pun. Sembunyikanlah perasaan kau selagi boleh. Pura-pura la selagi kau mampu. Kau ingatkan Abang Anas penah cakap ape.Fake it until you make it." Mirul membuang pandang ke depan.

"Mirul. Kau tahukan aku takpernah bergantung pada mana-mana manusia dan aku tak pernah minta apa-apa pun dari kau. Aku nak minta sesuatu pada kau buat pertama kalinya Mirul." Fikar merenung tepat ke wajah Mirul.

Dahi Mirul berkerut. "Kau nak minta apa?"

"Mirul. Kalau aku jatuh kau tolong sambut aku boleh? Kalau aku lemas tolong jadi tempat aku berpaut Mirul." Raut wajah Fikar penuh berharap

"Fikar. Aku manusia. Macam kau jugak. Aku pun ada masa jatuhnya. Semoga kita mampu saling menguatkan. Aku pun perlukan kau untuk tolong aku." Mirul senyum

"Mirul. Aku taknak jadi musuh kau kat akhirat nanti."

"Kenapa kau cakap macam tu? Aku pun taknak bermusuh dengan kau la. kat dunia dan akhirat aku taknak."

Fikar sengih. " Az-Zukhruf ayat 67 Mirul. Allah berfirman teman-teman karib akan bermusuhan time kat akhirat nanti kecuali mereka yang bertaqwa Mirul."

Mirul sengeh panjang.




Sunday, 9 June 2013

Rasa yang pergi

Dengan Nama Allah yang menghadiahkan rasa ini,


Sungguh, bagi penulis blog picisan seperti aku untuk menulis satu entry sekali pun aku perlukan rasa dan masa. Kadangkala aku punya rasa tapi aku tak punya masa. Kadangkala aku punya masa tapi aku tak punya rasa untuk menulis.

Pastilah susah untuk aku seorang pelajar untuk sentiasa menghapdate blog dan menyapu sawangsawang yang ada di dalam blog ini. Okey mungkin itu hanya alasan semata. Tapi yang pasti seringkali rasa yang hilang berbanding masa yang kesuntukan.

Rasa itu telah lama pergi. Entah bila beransur hilang rasa itu dari hati. Aku sendiri takpasti. Walaupun berkali telah aku cuba untuk mengkaji.

Aku manusia yang sedang berusaha mencari kembali rasa yang semakin hilang hari demi hari.Salahnya apa dan di mana aku sendiri takpasti. Mungkin dek kerana  hati yang kian ternodai oleh jahiliyyah yang masih belum aku cuba untuk mencuci dari diri.

Sepatutnya semakin lama bersama gerabak dakwah dan tarbiyah hati makin berasa dan masa makin tiada. Bukan hati makin takberasa dan masa sentiasa ada tanpa buat apaapa. Kerana makin lama bersama dakwah dan tarbiyah semakin faham apa yang ini di gapai dan apa yang ingin di kejar.

Ya Allah. Aku mohon diberikan hati yang baru. Hati yang punya rasa dan lebih qudus. T.T

Tuesday, 9 April 2013

Aku atau mereka yang sakit sebenarnya?

Dengan nama Allah yang nyawaku berada ditanganNya,


Aku menuju ke lif dengan langkah laju sambil memerhati sekeliling. Bukan pada kedai atau jualanjualan murah atau potonganpotongan harga yang di tampal di kedaikedai. Tapi aku memerhati pada tingkah manusia sekitarnya. Keadaan waktu ini sangat lengang.Tak ramai manusia yang berkeliaran lagi. Sesampai di depan lif aku menekan butang menunjukkan anak panah naik ke atas. Keberapa minit kemudia pintu lif terbuka. Isinya kosong. Aku masuk dan tekan ketingkat dua. Aku lihat jam di tangan. Angka menunjukkan angka menghampiri sepuluh tigapuluh pagi. Masih terlalu awal untuk tempat ini sesak. 

Aku keluar dari lif. Mata aku tertumpu pada kedai tempat bandar buah jambu kelihatan sebesar alam. Kelihatan pekerjanya sedang tekun menyapu sampah dan lap meja dan kursi. Aku matikan niat untuk kesitu mengenangkan ongkos yang dalam poket nie memang sedang melimpah ruah. Ayat majaz. haha.  Aku cari posisi yang paling hujung dan jauh dari penglihatan orang ramai di ruang makan pusat beli takbuleh blah nie. Tempat yang aku pilih berhampiran dengan dua pasang manusia yang sedang riang ria.

Aku memang selalu begini. Sendiri ke sana ke mari. Aku lebih selesa dalam keadaan sendiri ini. Aku tak perlu mengikut sesiapa dan tak di ikuti sesiapa. Cuma aku. 

Mata aku asyik melihat keluar jendela itu. Merenung ke langit tinggi. Sungguh aku hanya insaan kerdil di bumi. Memerhati ke bawah. Jalan begitu sesak. Manusia sibuk mencari apa yang di cintai di dunia. Duit. Harta. Pangkat. Kekasih jiwa. Kerja. Belajar semata. Ahhh. Jalan yang sesak seolaholah mentafsirkan perasaan aku pada saat itu. Jiwa aku sesak. Hati aku rabak. Perasaan aku koyak. 

Mula merenung diri aku dalamdalam. Adakah sama aku dengan mereka semua? Lihatlah! santapan pagi mereka mekdogol dan subuaya. Minuman harian mereka kokagolalala. Tak sedarkah saudara di sana tersiksaa dengan 'sedekah' kita kepada yahudi. Lihatlah! Jalan yang sesak. Semua keluar mencari apa yang bakal mereka tinggalkan bila mereka mati kelak. Yang kaya semakin ghairah dengan kekayaannya. Dan yang takberduit semakin takberduit. Aku seolaholah melihat robotrobot yang sedang bergerak. Bukan manusia.

Serabut. Kenapa semua orang masih bergembira? Ahhhh. Kenapa mereka tidak memikirkan apa yang aku fikirkan. Aku fikir apa? Krikkrikkrik. 

Argh! Ini semua poyo

Lihatlah aku! Yang kononnya daie yang masih ghairah dengan kejahilan aku.

Lihatlah aku! Yang kononnya belajar agama tapi entah bagaimana aku menterjemahkan setiap ilmu yang aku miliki dalam kehidupan aku.

Lihatlah aku! Yang kononnya insaan di tarbiyah tapi masih sama dengan manusia yang biasa.

Lihatlah aku! Yang menyaksikan ummat ini tenat tapi masih boleh goyang kaki dan makan bertih jagung. Seperti melihat tayangan pawagam.

Salahnya siapa? Salahnya siapa? Salahnya siapa? 

Bangun dan pergi tengok cermin. Orang dalam cermin tu yang bersalah. 

Aku tahu umat sakit. Aku nampak manusia tenat. Aku di tarbiyah. Aku tahu. Aku tahu belaka. Tapi apa yang aku lakukan untuk mengembalikan islam? Bukan hanya islam pada nama. Tapi islam yang meresapi jiwa. Mereka sedang lena dan aku kononnya manusia yang sudah terjaga. Baru terjaga dan masih mamai lagi mungkin. Tapi takkan hanya akan biarkan mereka lena tanpa mengejutkan mereka. 

-boss-

"Tegakkan islam dalam dirimu , Maka akan tertegaklah islam di muka bumi." - Imam Hassan Al Banna



Wednesday, 20 March 2013

Aku buta , bisu dan tuli.

dengan nama Allah yang Maha menchentai hambahambanya,




Ukhti sayang,
Sebelum aku meneruskan entry ini aku ingin kau mengerti. Aku tahu aku bukan yang sempurna dan layak untuk mencoretkan ini semua. Apa yang aku tuliskan ini hanya untuk aku dan muhasabah kita bersama. Mana mungkin kau fahami hati aku jika aku tidak meluahkan isinya. 

Ukhti sayang,
Kita dalam gerabak yang sama tapi kadangkala kita saling bersengketa. Kadangkala kita bermasam muka. Kadangkala kita ingin menjadi manusia yang lebih dari yang lainnya. Kadangkala tutur kita tak dijaga. Kerana sangka mereka akhawat jadi tidak mengapa. Mereka insan yang sudah di tarbiyah. Tidak mengapa jika hak mereka tak dipenuhi , tentu mereka juga memahami. Perlu mencapai dan melasso orang yang tak ditarbiyah. Perlu memberi hak tarbiyah pada yang belum menerima.

Ukhti sayang,
Mana perginya kisah sang Nabi dan sahabat baginda yang sering di ceritakan? Adakah semuanya hanya cerita dan akan habis bila cerita tamat? Aku sangka cerita itu bakal kita cuba jadikan kenyataan.
Mana perginya rasa chenta dan sayang kerana Allah yang sering di ucapkan? Adakah ianya hanya rutin tanpa sebarang erti dari hati?
Mana pergi segala janji yang kita saling menguatkan tatkala ada yang kian melemah dan rapuh? Adakah itu hanya ucapan yang manis dibibir untuk melegakan hati yang kegusaran?

Ukhti sayang,
Aku tahu jalan ini tak mudah.
Aku tahu jalan ini tak indah.
Aku tahu jalan ini menuntut air mata dan darah.
Aku tahu jalan ini membutuhkan pengorbanan yang besar harganya.

Mereka bilang jika tidak mahu dirimu terluka kau harus berlapang dada,
Aku cuba berlapang dada dengan semua yang terjadi
Tapi tak bererti kita takperlu memperbaiki diri

Ukhti sayang,
Aku ingin kita saling berlaku jujur
Kerana pembohongan itu akan lebih menyakitkan
Jujurlah andai aku yang khilaf.
Jujurlah andai aku yang salah
Jika kau tidak menunjukkan silap aku bagaimana bisa aku memperbaikinya

Aku buta ukhti sayang.
Aku buta dalam meneliti
Aku buta dalam memerhati
Aku buta dalam mencari
Jadilah mata untuk aku terus melihat dunia
Jadilah mata untuk aku melihat apa yang sedang berlaku
Tegakah kau untuk membiarkan aku terus buta 
tanpa dapat melihat keindahan dunia
tanpa melihat dirimu siapa
tanpa mengetahui diriku bagaimana

Aku bisu ukhti sayang
Aku bisu dalam berbicara tentang kesyumulan islam
Aku bisu dalam mengucapkan syahadatul haq
Jadilah mulut untuk aku berbicara
Jadilah mulut untuk aku bercerita tentang islam
Jadilah mulut untuk aku menebarkan syahadatul haq di bumi ini
Tegakah kau untuk membiarkan aku terus bisu
tanpa berkongsi apa yang aku tahu dengan sesiapa
tanpa memberi pada yang berhak menerimanya

Aku tuli ukhti sayang
Aku tuli untuk mendengar segala cacian dan hinaan
Aku tuli untuk mendengar segala tohmahan
Aku tuli untuk mendengar segala kata cercaan
Jadilah telinga untuk aku mendengar
Agar bisa aku terang apa yang mereka kelirukan
Agar bisa aku ceritakan apa yang mereka khilafkan
Agar bisa aku rungkaikan segala kekusutan.

Ukhti sayang.
Jadilah mata bagi hatiku.
Jadilah mulut bagi lidahku yang kaku.
Jadilah telinga bagi jiwaku yang bisa medengar bisikan hati manusia

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan (begitu saja), padahal Allah belum mengetahui orang orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil teman yang sejati selain Allah , Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan."

(9:16)

-Boss-

Entry ni aku takde cakap pun aku tujukan khas untuk siapa. Jadi sesiapa pun boleh perasan yang entry nie untuk dia 

Senyum