Thursday, 31 May 2012

tak tahu.

dengan nama Allah yang maha mengetahi,

Zzzzzz. buka mata. Alhamdulillah. Masih boleh bernafas dengan nikmat Allah.Tapi terlalu sedikit aku bersyukur dengan nikmat Allah yang banyak ini. Seluruh kehidupan adalah milik Allah. Tapi aku sering lupa itu semua milik Allah yang hanya di pinjamkan sementara kepada aku. Ya Allah, ampunilah hamba ini

Anda pernah merasa kontang? Jiwa kosong tak terisi. Tercari-cari sesuatu tapi tidak tahu apa yang dicari. Ingin meluahkan sesuatu,Tapi tak tahu apa yang nak diluahkan. Hilang diri. Hilang kekuatan. Segalanya seolaholah hilang bersama detik yang berlalu pergi.

Tunduk dan bermuhasabah.

Kenapa aku seolaholah jauh dari kasih sayangNya? Kenapa aku seakanakan jauh dari semua yang disisi. Aku kesunyian dalan kekecohan manusia. Aku kesepian dalam lautan manusia.

Ada orang potong bawang kah disini?

Semalam kita ketawa riang ria. Macam kita takkan mati. Semalam kita bersendewara. Seolaholah akan hidup selamanya. Semalam kita mengadu domba menfitnah dan berdusta. Seakanakan tiada yang akan mencabut nyawa.

Bodoh!
Memang Bodoh!
Buta!
Memang buta!
Tuli!
Memang Tuli!

Apa yang kau mahu?
Apa yang kau tahu?
Apa lagi yang nak di ragu?

Semua ada di depan mata.
Lihat sekelilingmu.
Lihat kedalam dirimu.
Itu semua nikmat!
Tangan aku yang menulis ini. Nikmat!
Mata kau yang membaca itu. Nikmat!

Mengapa kau masih mahu derhaka?
Mengapa masih mahu berkata dusta?
Tidak takut di seksa?
"Sesungguhnya azam Allah itu pedih."

"Kalau futur nak salahkan siapa?" Salahkan diri sendiri!

Contengan : Aku tulis untuk aku! Jadi! tak perlu anda faham.



 






Sunday, 27 May 2012

cinta.

dengan nama Allah pemilik rasa cinta,


 
Cinta adalah kekuatan,

yang mampu mengubah duri jadi mawar,

mengubah cuka jadi anggur,

mengubah sedih jadi riang,

mengubah amarah jadi ramah,

mengubah musibah jadi muhibbah,

itulah cinta..

—–

Sekalipun cinta telah ku uraikan,

dan ku jelaskan panjang lebar,

namun jika cinta kudatangi,

aku jadi malu pada keteranganku sendiri

meskipun lidahku telah mampu menguraikan,

namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..

sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..

kata-kata pecah berkeping-keping,

begitu sampai kepada cinta..

dalam menguraikan cinta,

akal terbaring tak berdaya,

bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..

cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

`~Sheikh Jalaluddin al-Rumi

Tuesday, 22 May 2012

kedewasaan.

dengan nama Allah yang menentukan segalanya,

Khas untuk anda yang menempuh jalan DnT

Ramai temanteman dah mula mengemas barang. Ada juga yang sibuk list barangbarang untuk dibawa. Ada juga yang sudah pergi mendaftar diri. Ada juga yang sedang gugup dan gementar. Ada yang tidak sabarsabar untuk melangkah ke 'alam kedewasaan'. 

Tapi aku masih santai di rumah. wahaha. Eh? Mungkin ada yang tertanyatanya. " Anda tidak mahu masuk U kah?". "Anda masuk form 6 eh?". 
Oh! Saya tahu! Anda mahu pergi oversea kan? Haha. Tunggu nanti. Bila saya dah pergi ke manamana baru saya akan bagi tahu pada anda semua. Hehe.. Saya tak mahu cakap benda yang belum pasti. Eh?

Anda tahu? Andaanda yang dah nak masuk IPT itu sudah mula melangkah ke alam kedewasaan. Bukan tentang umur yang semakin meningkat yang aku maksudkan. Tapi ini soal cara anda 'berfikir'. (Okeh! mungkin ini agak bajet anda rasa sebab saya sendiri belum masuk IPT tapi dah nak membebel kepada anda yang bakal dewasa terlebih dahulu dari saya) Saya ni umpama kanakkanak yang masih kunyah lolipop yang ingin meneggur kakakkakak yang sudah pakai iphone tahu. kenapa iphone?haha

Anda akan melangkah jauh dari dunia dahulu. Dan mungkin di dunia baru anda nanti anda akan rasa anda macam Alient yang datang dari planet pluto ke bumi.! Saya maksudkan dunia bi'ah solehah masa di sekolah dulu. Kawankawan sefikrah. Satu sekolah pakai tudung labuh dan berkopiyah. Ada yang akan selalu tegur anda kalau ketawa kuatkuat macam pontianak. "Banat suara slow sikit.Aurat tahu?"Haha.

Murabbi aku selalu cakap.
Nanti bila dah keluar dari sekolah. Dah masuk IPT. Jaga hati. Jaga Iman. Cari sahabat yang baik. Sebab nanti kat IPT tu dah takde sapasapa nak tegur kita kalau kita couple. Takde sapa nak tegur kalau kita tak solat. Takde sapa nak larang kita buat apaapa pun. Takde sapa nak marah kalau kita buat benda 'pelikpelik'. Semua batasan yang kita pernah letakkan dulu. Kita yang kena jaga sendiri. Kalau kita tak dapat nak jaga mungkin kita akan hanyut.

Grr. Dada berdeguk kencang!

Jadi. Apa yang patut kita buat? Nak mentarbiyah manusia bukan mudah. Takkan nak siakan segala tarbiyah yang pernah kita terima dulu. Kita bawa image islam tahu. Apa yang kita buat orang kat luar sana sentiasa perhatikan. Aku rasa untuk teruskan tarbiyah kita perlu joint kut bulatan gumbira.  Bukan perlu tapi WAJIB. 

Air mata yang gugur ini, hati yang membengkak dan berdarah,aku pasti suatu permulaan menuju KEDEWASAAN.

Contengan : Selamat menjadi dewasa! Jaga hati. Jaga Iman. Allah sentiasa bersamamu. Kita! Adalah dutaduta islam tahu?

Dah tiba saatnya kita berfikir di luar kotak. Melihat bukan dari hanya 1 posisi. Berfikir dari segenap ruang dan peluang. 










untuk dia.

dengan nama Allah yang memberi sebaikbaik pemberian,

Ingatkah engkau pada janjijanji kita dahulu?

 Anda tahu. Kita selalu dihadiahkan oleh Allah perkara yang kita tak mintak pun.Tapi Allah bagi benda yang kita perlukan. Aku tak pernah pun mintak dia hadir dalam hidup aku. Menemai saat duka dan bahagia. Tapi Allah hadiahkan dia pada aku. Dia yang sangat menenangkan hati mendamaikan jiwa. Dia yang aku panggil
'sahabat hingga ke syorga'.
 Kerana Allah tahu aku perlukan 'dia' sebagai pendamping aku untuk menjadi hamba yang lebih dicintaiNya. InshaAllah.

Aku tahu. Aku khilaf dalam menilai. Aku naif dalam mentafsir. Aku siakan waktu yang telah kami lewati bersama. Kini dia sudah tiada di sampingku. Baru aku sedar aku perlukan 'dia' untuk teruskan langkahku sebagai hamba kepada Dia yang memberi rasa chenta ini.

Kini. Aku cuba untuk penuhi segala permintaannya. Berikan apa yang termampu aku berikan. Kerana. Sebelum aku pergi lebih jauh. Sebelum segala hasratnya tidak lagi dapat aku tunaikan. Kerana mungkin kita takkan bersua lagi. Tapi itu bukan harapan aku.

Sungguh aku rindu saat indah itu. Saat kita samasama mendongak ke langit melihat bintang. Saat kita samasama mencari konklusi untuk masalahmaslah. Saat kita samasama menangis kerana rindukan rasulallah. Saat kita samasama membaca ayatayat chenta dari Allah. Saat insan lain sedang di buai lena kita sedang bertahajjud chenta bersamasama.Saat kita bermuhasabah chenta bersamasama. Saat bermain hujan bersamasama.

Ya Allah sesungguhnya aku rindukan dia. 

Dia yang mengenalkan aku erti chenta pada Pencipta. Dia yang mengenalkan aku apa erti memberi. Dia yang mengenalkan aku erti menghargai. Dia yang mengenalkan pada aku erti berkorban. Dia yang sentiasa ada saat aku memerlukan. Dia yang sentiasa mengingatkan saat aku lupa. Dia yang sentiasa menghulurkan tanggan saat aku jatuh rebah dan tak mampu bangun lagi. 

Contengan : Maaf kerna ku tak pernah berkata. Kaulah teman yang paling sempurna yang ku ada.

Anda mungkin tak pernah kenal 'dia'. Kerana aku simpan dia dalam hatiku.Aku janji pada 'dia' tiada lagi rose yang di sembur minyak wangi.haha



Monday, 21 May 2012

bulatan gumbira yang penuh dengan chenta.

dengan nama Allah yang mengurniakan rasa cinta,


Bulatan gumbira adalah bulatan yang bila anda joint anda akan rasa riang dan gembira.Haha.. Okehokeh. Aku series. Kalau anda tak penah joint bulatan gumbira anda takkan dapat merasai nikmatnya.ahaks. Dan tak guna pun aku tulis berjela. Sebab hanya orang yang joint jek dapat rasai perasaan tu..Hakhak

Mungkin ramai yang bila ajak pergi bulatan gumbira akan rasa macam...grrrr. Bulatan gumbira? usrah? bosan kut. Tak sanggup aku nak dengar kena bebel dengan naqibah. baik aku zzzzzz... pergh! kalau anda cakap macam nih memang aku rasa nak campak anda dalam lombong belakang kelas aku.*kelas time stam dolu.ahaks

Okehh! Aku doludolu pun macam tu. Bosan kut pergi bulatan gumbira. Selalu je nak lari keliling bumi sematamata tak nak pergi bulatan gumbira. Sebab aku tak tahu pun kenapa aku nak kena joint bulatan gumbira tu. Bukan ada apa pun. Setakat nak dengar naqibah membebel. Baik aku pegi makan kat kantin. Baik aku study lagi bagus. Baik aku online facebook. Tapi di sebabkan sekolah paksa untuk aku joint.Aku pun joint la dengan tak ikhlasnya.

3 Tahun aku joint bulatan gumbira tanpa arah tujuan. Orang pergi aku pergi. Otak dah sampai scotland.Haha. Kenapa scotland?ahaks. Yang best pergi bulatan gumbira pun sebab ada makanmakan.haha. Dasar kuat makan.ahaks. Tapi start aku form 4. Aku sedar apa motifnya bulatan gumbira riang ria tu wujud.ahaks. Anda tahu zaman Rasulallah dolu pun dah ada bulatan gumbira? 

Sekarang kalau tak pergi bulatan gumbira series aku rasa jiwa aku kontang kalah gurun sahara tahu. Bulatan gumbira adalah time yang paling di nantinantikan. Sebab time tu la kita nak cas iman. Bincang segala masalah yang di hadapi dengan murabbi dan sahabat2. 

Analogi untuk bulatan gumbira yang osem.
Kita kat dunia nih kan macam musafir.So, bulatan gumbira nih macam petrol pam. Kita isi minyak untuk teruskan perjalanan.Isi minyak tu maksudnya macam tambah bekalan iman dihati untuk hadapi dunia kat luar yang penuh ujian..ahaha.. Ada soalan? Kalau ada sila angkat tangan.haha

Anda tahu. Saya sangat chentakan anda keranaNya! Sumpah! Harapnya sampai saya mati matlamat saya chentakan anda hanya kerana Dia.

Contengan : Mungkin kalau anda baca postpost atau penulisan aku anda tak dapat nak jangka yang aku nih joint bulatan gumbira riang ria. Saya akhawat tahu?ahaks.

Nak mentarbiyyah bukan kerja yang mudah macam buat cucur ikan bilis tahu? Eh?





Saturday, 19 May 2012

pesamaan yang membezakan.

dengan nama Allah yang maha mencintai,


[google image]


Perasan tak? Kebanyakan orang dalam dunia ni akan rapat dengan somebody yang banyak persamaan dengan dia. Sebab selalunya kita akan kongsikan apa persamaan kita. And kita akan sama-sama teruja sebab bukan kita je minat something tu. Tapi perasan tak? Dalam persamaan tu tetap ada perbezaan.

Kadang-kadang mungkin berbeza pendapat or pandangan. Tapi perbezaan tu kadang-kadang membuatkan sesebuah 'perhubungan tu makin 'kukuh'. Ahaks..*pelik jek bunyi..kahkahkah

Kau dan aku ada persamaan
Tapi banyak perbezaan
persamaan itu membuatkan kita serasi
perbezaan itu membuatkan kita saling melengkapi
toingtoing..

Contengan : Kalau nak bersahabat tak semestinya yang sependapat dengan kita je boleh di jadikan sahabat kita. Aku rasa best jugak kalau ada kawan yang tak sependapat dengan kita.. Sebab
bila ada orang tak sependapat akan membuatkan kita lebih berfikir..^^'