Wednesday, 18 December 2013

Titisan



Titisan.

Aku tak pasti sama ada kau mengerti titisan apa yang aku maksudkan.
Titisan itu,
Titisan yang mereka sangka kelemahan insaan yg menitiskannya.
Titisan yang entah apa nilainya bagi mereka semua.

Kecewa.

Kau tahu.
Berkali aku ulang,
Aku kecewa dengan diri aku sendiri,
Terlalu kecewa.
Entah bagai mana ingin aku ungkapkan,
Aku sendiri tak menjumpai ayat yang terbaik untuk ku ungkai menjadi satu ayat yang sempurna.
Yang pasti aku teramat kecewa.
Hati aku pecah berkeping-keping kerana diri aku sendiri.
Kalau aku sendiri kecewa dengan diri aku,
Maka layakkah yg lain merasa bangga dengan aku?

Parah

Kau pernah lihat manusia yang kemalangan?
Akulah manusia yang kemalangan itu.
Semuanya patah.
Entah masih ada peluag untuk di sembuhkan atau tidak.
Peluang untuk terus hidup juga mungkin hanya lima puluh peratus.
Aku kemalangan dengan jahiliyyah.
dan aku hampir mati di jalan tarbiyah kerannya.

Kesedihan

"Kenapa post kau banyk sedih-sedih?"
Untuk apa aku pura-pura gembira?
Aku sudah bilang,
Aku manusia yg bertopeng ,
Tapi aku tak berpura-pura.
Di hati aku ini, Sedih kau tahu.
Sedih dan kecewa dengan diri sendiri.
Dan perkara yang paling menyedihkan aku adalah
Aku tak mampu menangis kerana takutkan Allah.
Dan aku tak mampu menangis walaupun aku sedar yang aku sudah tak mampu menangis kerana takutkan Allah.

Kau tahu apa ertinya ini semua?
Aku takut untuk dibilang hati aku sudah mati.
Aku tak mampu terima hakikat yang satu ini.
Tapi....
Adakah sangkaan aku ini benar?


Ya Allah, Di saat ini aku mohon. Tukarkan hati ini dengan yang baru. Hati yang penuh kehambaan. Hati yang penuh kecintaan kepadaMu. Izinkan.


Wednesday, 11 December 2013

Malam yang dingin.

dengan nama Allah yang menciptakan hati dan perasaan di dalamnya,


tangan makin kaku
otak semakin beku

Mencaricari silapnya dimana
Mengkaji salahnya dimana

Menyelongkar cara terbaik untuk mencintai tanpa meyakiti
Cintai mereka seperti mana mereka ingin dicintai
Bukan cintai mereka seperti mana kita ingin dicintai
Mungkin cara kita ingin di cintai bisa menyakiti 

Mencintai ukhti sepenuh hati hanya kerana Ilahi
Tak sesusah membajak padi
Tapi ia tak semudah makan roti.

"Cintaikah insaan itu sekadarnya, 
takut-takut nanti cintai itu menjadi benci,
Bencilah insaan itu sekadarnya,
Takut-takut nanti terjatuh hati."

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana.
Aku ingin mencintaimu keranaNya.
Aku ingin kita berpimpin tangan ke sorga
dan moga di jauhkan kita dari bermusuhan di Sana.





Monday, 9 December 2013

Mencintai



Manusia. Sungguh, terlalu mudah menuturkan cinta. Sentiasa bilang cinta. Cinta. dan cinta. Seolahnya cinta itu tak punya makna. Cinta menjadi permainan semata. Cinta yang hanya di ucapkan di bibir tapi hati tak punya rasa. Kosong. Cinta. Bila bicara tentang cinta ramai yang suka. Senyum sampai ke telinga. Tapi apa nilai cinta di mata kita?

Aku sering bilang aku cinta Dia. Iya. Dia. Dia Sang Pemilik Cinta. Dia Sang Pencipta Rasa. Tapi aku mula sedar. Cinta bukan cuma ucapan di bibir semata. Cinta bukan kata nama. Tapi cinta itu kata kerja. Cinta perlukan pembuktian yang nyata. Aku bilang aku cinta Dia. Tapi di mana pembuktiaan cinta aku pada Dia.

Aku sering mengaku cinta. Tapi aku tipu. Aku bohong. Sebenarnya di mana Dia di hati aku? Adakah cuma di sisa-sisa ruang yang ada? Aku bilang cinta. Tapi aku curang. Kadangkala aku mencintai ciptaannya lebih dari Sang Penciptanya. Curang. Bilang cinta tapi berfoya-foya. Mencinta dunia dan seisinya lebih dari Pemilik dunia ini. Curang. Sedangkan tahu dia sentiasa memerhatikan kecurangan hambanya.

Aku bilang cinta lagi. Tapi aku tidak mengenali sepenuhnya Dia yang aku cinta. Sembilan puluh sembilan namaNya yang sering terdendang sewaktu Asmaul Husna. Kadangkala sebutan namaNya juga tidak betul. Makna-makna nama itu jauh sekali aku fahami. Jadi di mana cinta? Cinta itu mengenali yang di cintai itu. Cuba bersungguh-sungguh untuk mengenali Dia yang di cintai.

Aku cinta. Ucapkan cinta lagi. tapi panggilanNya jarang terus di sahut. Berlengah-lengah menyahut panggilanNya yang sudah berkali-kali. Surat cinta dariNya hanya menjadi hiasan di atas meja belajar. Setiap hari aku menatapnya. Tapi bukan membaca isinya. Sekadar melihat sampul sahaja. Maka, mana cinta yang dicanangkan?

Kau kata cinta, Lalu apa buktinya?
Ya Allah, Izinkan hatiku mencintaiMu.

Siraaj
09122013
Mu'tah Jordan





Friday, 6 December 2013

Jangan Hilang


Barubaru ni aku ade bukak satu blog. (takde la baru sangat) Blog tu sangat mengesani hati aku. Dan lepas baca post dalam blog tu aku mula bicara dengan diri. Wahai aku, Jangan hilang. Wahai ukhti, jangan hilang. Dan lepas aku baca belog tu Allah hadiahkan aku satu ayat yang sangat menyentap jantung aku. Rasa macam nak nanges.

Bulatan gumbira

Pada bulatan gumbira hari ni seorang ukhti tak menghadirkan diri. Tanpa pesan. Tanpa kesan. Hilang. Dan selepas bulatan gumbira semua ahli sibuk menghubungi melalui panggilan , pesanan ringkat , dalam kotak muka buku , di pengicau , hingga ada yang mencari hingga ke rumah islam ukhti tersebut. Tapi seorang pun tidak menjumpai ukhti tersebut. Ke mana hilangnya ukhti?

Konferens Riang ria

Hujung minggu ini ade konferens riang ria tapi Ukhti A yang sangat kuat (Baca : Qawiey) dalam usrah gabungan kali ini tak menghadirkan diri. Puas aku cari. Tapi tak jumpa. Aku tanya pada ahli usrahnya, mereka juga takpasti ukhti A hilang ke mana. Puas menghubungi , Tapi taliponnya dimatikan. Aku tanya pada murobbinya juga murobbinya menggauru kepala. Ukhti kemana kau hilang?

Rehlah.

Wah bestnya air terjun panas ni. Ukhti B, Jom kita mandi dulu sebentara akhawat yang lain beBBQ tu. Aku menepuk bahu dua orang Ukhti yang sedang membelek-belek Al-quran untuk menyertai kami selepas mereka habis mentadabbur Al-Quran. Dan kami berempat mandi di air terjun panas itu dan yang lain sibuk berBBQ. Ketawa . Gembira. Bahagia. Asyik bermain air dan tiba-tiba seorang ukhti hilang. Kami mencari didarat takdijumpai. Ukhti itu hilang. Hilang.

**********

 Beterkatalah salah seorang di antara mereka, "sesungguhnya aku dahulu (di dunia) pernah mempunyai seorang teman." Yang berkata "Apakah sesungguhnya kamu termasuk orangorang yang membenarkan (hari kebangkitan)? Apabila kita telah mati dan telah menjadi tanah dan tulang-belulang, apakah kita benar-benar (akan dibangkitkan) untuk diberi pembalasan?" Dia manakah "Maukah kamu mininjau (temanku iu)?" Maka di meninjaunya , lalu dia melihat (teman)nya itu di tengan-tengah neraka yang menyala-nyala.

(37 : 51-55)

Ukhti. Andai hilang di dunia masih bisa di cari.
Andai hilang di sorga di mana nak di cari?
Aku ingin kita berpimpin tangan ke sorgaNya.
Ya Allah. Izinkan kami.



Wednesday, 4 December 2013

Usrah?



Usrah? 

Usrah.
Halaqah.
Liqo'.
Nama cerianya Bulatan Gumbira.
Nama manisnya Bulatan Cinta.
Nama basahnya Bulatan Airmata. LOL
Nama Ruhinya Bulatan Iman.
(Kau Boleh letakkan apa saja nama yang kau suka)

Sekarang sangat bersepahsepah usrah,halaqah dan sewaktu dengannya.
Dalam TB pun ada rancangan halaqah kan? (Ada lagi ke? dah lama tak balik malaysia)
Zaman sekarang dari budak sekolah rendah , pelajar IPT sampai makcik jual ayam golek mungkin join usrah.
Bila dah masuk IPT lagi la berlambak usrah. Usrah itu la. Usrah ini la. Banyak.
Aku rasa macam dah boleh bukak Superusrah Ala-ala Supermarket la. (Okey tak kelakar)

Tapi.
Aku mula keliru.
Ada apa dengan usrah?
Hingga semua manusia berbondong-bondong masuk usrah?
Dan berbondong-bodong juga manusia yang keluar usrah.
Dan berbondong-bondong juga yang tak masuk usrah.
Dan ramai juga manusia yang ada lima enam usrah.
Oh dunia. Permainan apakah ini?

Usrah.
Bahasa melayunya Keluarga.
Manusia manakah yang memulakan usrah ni?
Kenapa mesti keluarga yang menjadi pilihan hati?

Aku dan Usrah

Usrah sebenarnya nak menggantikan sistem kekeluargaan yang dah hilang dalam kalangan umat islam.
Sebab tu dalam usrah kau akan rasa ahli usrah macam keluarga kau. Tapi tak bermaksud ahli keluarga kau yang sebenar kau campak kebelakang. Tapi usrah la ajar aku macam mana yang sepatutnya aku perlu jadi dalam keluarga aku yang sebenar. Serius sebelum aku usarah aku rasa aku macam manusia yang takde life. Sungguh aku cakap. Rumah aku sekadar tempat aku rehat. Tidur. Makan. Dan aku takpernah kisah dengan orang sekeliling aku. 'Hidup aku adalah hidup aku. Hidup kau, Ade aku kesah.' Ni la slogan hidup aku dulu.

Tapi bila aku masuk usrah (Usrah yang sebenar bukan usrah budak sekolah.) Bila aku bersama dakwah dan tarbiyah. Alhamdulillah Allah memperlihatkan apa yang sepatutnya aku harus tahu. Aku dari tadika aku tadika yang Islam la konon. Sekolah rendah dan sampai sekolah menengah semuanya sekolah agama. Aku langsung takpernah tahu macam mana perasaan Sekolah Kebangsaan langsung tak pernah. Tapi aku masih kelabu tentang islam. Bila aku bersama usrah baru aku tahu islam yang sebenar tu apa dan bagaimana. Apa yang pernah aku tahu cuma sebahagian dari islam tapi bukan islam yang syumul tu.

Ada yang kata aku hipokrit. Bajet bagus. Sebab kenakalan aku kat sekolah dulu dan sekarang tetiba bajet macam baik. Bila aku bersama dakwah dan tarbiyah aku seolah-olah jumpa yang aku cari selama ni. Hati aku mencari islam. Hati aku mencari cara untuk mencintaiNya. Di bumi ini Allah temukan aku dengan sesuatu yang berharga. Sesuatu yang jika aku lepaskan aku akan menyesalinya sepanjang hayat. Sistem Usrah. Tarbiyah. Akhawat. Inilah nikmat dunia yang takmampu aku ungkapkan dengan kata-kata kesyukuran aku terhadapnya. Jika aku menjauh dari mereka maka hati akulah yang paling terluka.

Tarbiyah proses peningkatan dari nakal kepada baik. Dan dari baik kepada lebih baik. Dan dengan tarbiyah akan membuatkan diri kita meningkat. Kalau belum meningkat kau kena check balik diri kau. Check balik usrah kau. Usrah tu adelah nucleus tarbiyah ni.

Usrah budak sekolah

Dan yang pasti aku dan usrah bukanlah sekadar usrah budak sekolah. Kau tahu apa makna usrah budak sekolah? Usrah budak sekolah tu usrah yang ada dalam jadual sekolah kau setiap hari rabu ada satu jam untuk berusrah dan naqibah baca sebuah buku yang kau taktahu buku apa dan kau pun takfaham naqibah kau cakap apa. Usrah yang kau pun taktahu apa tujuan usrah tu diadakan. Kau pergi sebab cikgu suruh pergi.

Usrah budak sekolah. Usrah yang takmemberi kesan pun pada hati kau. Usrah yang adaya usrah sekadar cukup syarat. dan entah apa intipatinya kau sendiri taktahu. Usrah yang takmengubah persepsi kau pun terhadap islam. Usrah yang hadafnya pun kelabu.

Penting ke usrah?

Kalau ditanya soalan ni pada aku. Jawapan aku penting. Sejauh mana pentingnya usrah pada aku adalah sama penting dengan ustaziatul alam yang di impi. Hatta ustaziatul alam dah ada pun kita masih perlu berusrah.

Ya Allah thabatkan kami hingga kesorga.

Siraaj
05122013
Kerajaan Bani Hashim.






Saturday, 5 October 2013

Anak singa kelaparan


Seekor anak singa yang hidupnya di kelilingi kambing.
Taring sang anak singa itu tak berguna
Kuku tajamnya tak bermakna
Kerana si anak singa tidak mengetahui yang dia singa
Kerana dia ingat dia dan kambing seolah sama
Sedangkan kambing dan singa itu jauh berbeza.

Begitu juga kita
Di lahirkan bagai singa
tapi kerana di kelilingi kambing dunia
kita sendiri tidak sedar yang kita ini anak singa
yang punya taring dan kuku yang tajam
larian si anak singa yang luar biasa

Anak singa yang kini tersedang dari lena panjang
baru terasa wujudnya taring tajam
dan kuku yang bisa mencengkam
baru tahu yang diri bisa berlari kencang
teruslah bagun dan jangan berangan panjang
kerana sudah banyak waktu yang terbuang.

Wahai aku. 
Wahai kamu.
Wahai dia.
Mari mula berlari laju.
Mari mula terbang kencang.
Mari mula berusaha memburu sorga yang tertinggi.
Hanya itu pengakhirat yang kita impikan
bercanda mesra di sorga sana


Siraaj
05 0ct 2013
Mu'tah , Jordan