Wednesday, 13 February 2013

Panahan Ke Langit

dengan nama Allah Yang Maha Mengetahui segala isi hati,


Langit.
Bagi aku ia ciptaan teragung.
Cuba kau perhatikan.
Merenung dalamdalam setiap ciptaan
Bagaimana bisa teguh sang awan di langit tanpa tiang?
Pernahkah kau terfikir Wahai sebaikbaik penciptaan?

Mendongak dan memerhatikan langit bisa membuat aku tenang.
Sangat kerdil lagi hina.
Tapi mengapa Allah telah menjadikan aku sebaikbaik penciptaan?
Memberi amanah yang besar pada aku yang takpunya apa
Mahu berjual beli denganku
Sedangkan sungguh banyak nikmat yang telah aku dustakan
Sedangkan sungguh banyak rejeki yang aku rungutkan
Sedangkan sungguh banyak aku berkeluh kesah

Manusia.
Manusia itu aneh
Manusia itu pelik
Perhatikan saja mereka
sudahlah kufur nikmat
Tidak langung berterima kasih pada yang memberi (Allah)
Bila di uji mendongak ke langit dan memercikkan api kemarahan pada sang langit
Kau menjerit semahumu
Kau fikir kau siapa??
Kau mendongak ke langit
Kau lontarkan kemarahanmu
Kau marahkan siapa??
Kau marahkan Sang Pencipta yang menguji apa yang kau tak mampu?
Sungguhkah kau tak mampu?
Atau kau yang memilih untuk tidak mahu mampu?
Kau marahkan siapa??
Marahkan Dia yang ingin kau membuktikan chenta yang sering kau ungkapkan itu?
Kalau sungguh chenta mana buktinya?
Kata chenta.
Semua orang boleh bengucapkan chenta.
Lalu apa menifestasi chenta kita untuk Dia?

Dongak ke langit
Perhatikan
Allah ciptakan semuanya untuk orangorang yang berfikir
Lihat sang awan itu
Sangat patuh dan taat pada Rabbnya
Bergerak dengan aturan
Awan tahu di mana tujuannya
dia tahu bumi mana ketandusan yang perlu di siram
semakin kuat ditolak angin makin melaju sang awan ketempat tujuan
Kerana dia tahu itu tujuan penciptaannya.
Jangan kau marah jika awan tak bergerak laju
Kerana sang awan tahu dimana dia diperlukan

Kau tahu apa tujuan kau di ciptakan?
Kau tahu di mana kau diperlukan?
Kau tahu apa bezanya awan dan engkau?

-boss-








Monday, 11 February 2013

Untitle

dengan nama Allah sebaikbaik perancang,


Insaan yang hadir dalam hidup kita silih berganti.
Yang sentiasa di sisi pasti akan berlalu pergi.
Yang sentiasa menemani pasti akan meninggalkan kita sendiri.
koffkoff

Tapi itulah fitrah manusia.
Memang di ciptakan untuk hadir dan pergi.
Walaupun jauh dan tak kelihatan
Tapi sayang itu takpernah hilang walau jarak yang menghalang pertemuan.

Sayang bukan bererti harus sentiasa di sisi dan menemani
Cinta itu di semai dengan baja tarbiyah
Akan subur selagi kita samasama saling menyemai dengan baik
Satu hari nanti kita akan dapat merasai lazatnya buah iman itu bersama
Itu lebih indah bukan?

Biar jauh
Biar tak kelihatan
Tapi sentiasa hadir dalam setiap doa dan kotak fikiran

Sayang itu kadangkadang perlu melepasakan.Bagaimana sayangnya Abu Bakar pada sang Nabi. Dia rela melepaskan baginda untuk menyebarkan indahnya islam pada orang lain. Bukan sayang yang 'dia milik aku'. Jika Abu Bakar sayang pada sang Nabi dan tidak rela sang Nabi berdakwah pada yang lain pasti islam itu tidak akan sampai pada kita sekarang. tsktsk

-bos-





Sunday, 10 February 2013

ti-ay-ar-be-ai-wai-ay-hasy

dengan nama Allah yang Maha Pengampun,



Hidup nie kadangkadang macam roda. Mungkin bukan macam roda sangat pun. Macam tayar lori mungkin. Sentiasa berputarputar dan akan kejap ada kat bawah kejap kat atas. Kalau lori tu berhenti mungkin akan lama la sikit kat bawah dan terpenyek.Hewhew

Bila anda dah memakai kaca mata yang bergaya atau kanta lengkap yang sumpah osem iaitu kaca mata dan kanta lengkap tarbiyah semua sudut pun akan nampak tarbiyah. Sebab tarbiyah tu bukan hanya dalam bulatan gembira atau bujuran gembira atau petakan gembira atau tigasegian gembira sahaja. Bila anda dah pasang kanta lengkap tarbiyah walau sesakit mana peristiwa yang berlaku anda akan tetap nampak
"Wahhh! Baiknya Allah. Dia sayang saya. Dia nak tarbiyah saya dengan tarbiyah yang sangat kool."

Walaupun kadangkala hati sangat perit di himpit dengan segalan bagai peristiwa yang menyebabkan hati menjadi erk tapi kita akan faham yang belaian Allah tu sangat lembut. Dakapan Allah tu sangat mendamaikan. Tarbiyah dariNya adalah hanya untuk menaikkan tahap keimanana. Tsktsk.

Kadangkadang kita rasa sangat berat dan tak mampu pun nak hadapi semua benda yang sangat menyakitkan. Tapi Allah tak kejam. Allah tahu apa yang kita mampu dan tak mampu. Kita yang memilih untuk yakin kita mampu atau tidak.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya..."

(2:286)

-boss-


Friday, 1 February 2013

Ohoi. Ini sorga dunia kita

dengan nama Allah sebaikbaik pemberi,


Apa yang paling indah di dunia ini selain bersama akhawat? Apa yang paling membahagiakan di dunia ini selain duduk sebentar beriman sejenak bersama akhawat? Apa lagi yang sangat membuat aku teruja selain tidur berhimpithimpit di musim syitaa ni bersama akhawat? Apa lagi yang menyejukkan perut ibu mengandung selain di ingatkan oleh ukhtiukhti terchenta untuk melunaskan mutabaah amal? Eh.

Sungguh aku langsung tak nafikan kata Umar Al khattab "Nikmat yang paling indah selepas iman dan islam adalah ukhuwwah." 

Sangat mengharukan bila ada yang bersungguhsungguh untuk menunjukkan jalan yang di susuri oleh sang Nabi. Sangat mengujakan bila Allah hadiahkan insaninsan yang sangat chanteq dan bergaya sebagai wasilah untuk kita mengenaliNya. Sangat sweetkan bila dengan melihat wajah ukhti tu kita ingat Allah. Bila kita tengok amalnya kita rasa berkobarkobar untuk beramal. Bila dengar dia cakap rasa basah malah banjir hati ni dengan iman. Walaweh! Ini sumpah osem tahap gaban.

Dari latar belakang yang berbeza. Pelbagai jenis usia. Pelbagai ragam. Pelbagai bidang. Pelbagai perbezaan. Dan jika kita cari titik persamaan antara satu sama lain langusng tiada titik persamaan tu. Langsung tiada. Tapi hanya kerana kita menyusuri jalan yang sama Allah mengumpulkan kita pada satu titik pertemuan yang persamaan kita hanya satu iaitu dakwah dan tarbiyah. Ini sangat manis (baca : so sweet)

Sungguh kebersamaan kami di dalam istana sorga dunia membuatkan aku rasa. Alangkah indahnya andainya kita bisa berkumpul lagi begitu.Tapi saat itu adanya Sang Nabi di sisi. Adanya para sahabat baginda. Saat itu kita bertepuk tampar bersama ukhtiukhti. Rancak berbicara tentang apa yang telah kita lalui semasa didunia dulu.Allahu indahkan? 

Tapi. Pasti menyedihkan jika di saat itu ada seseorang yang pernah berkumpul bersamasama di dalam istana sorga dunia kita hanya mampu melihat kemesraan di sorga yang sebenar itu dari kejauhan. Dan lebih menyedihkan andai insaan itu adalah aku.Sobsob

"Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya dihantar ke surga secara berombongan. Sehingga apabila mereka sampai kepadanya (surga) dan pintu-pintunya telah di bukkan , penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, 'kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu , berbahagialah kamu! Maka masuklah , kamu kekal di dalamnya' "
(Az-Zummar :73)

Contengan : Saya nak masuk sorga dengan anda. Nak sangat. Sudi anda masuk sorga dengan saya?

-boss-





Saturday, 19 January 2013

bukan hanya di sana

dengan nama Allah sebaikbaik perancang,


Untungnya mereka bisa memijakkan kaki ke Gazzah. Tanah yang diberkati itu. Saya sangat cemburu dengan mereka. Sumpah mereka adalah manusia bertuah. Mereka dipilih menjadi mujahid Allah. Subhanallah. Pemergian yang tidak tahu akan pulang atau tidak. Wuwu.

Bestkan dapat pergi Gazzah? Sila la anggukkan kepala anda lajulaju.

Mungkin ada yang akan cakap 'Best ke? Nanti bila mati nanti kita akan di soal kut kita pegi sana buat apa.'

Erk. Anda. (Tepuk dahi anda pakai tapak tangan saya.)

Sebenarnyakan. Kalau anda tak pergi Gazzah pun anda akan di soal bila anda mati nanti 'Apa yang anda buat kat dunia ni.' 

Setiap apa yang kita buat akan di soal la anda. Tak kisah la anda pergi Gazzah ke  tak. Anda tetap akan di soal anda buat apa kat dunia ni. Adakah hanya makan. Hanya tidur. Hanya study. Atau Hanya berada di atas talian di pengicau mahupun mukabuku. Erk.

Semua benda yang kita buat akan ditanya. Sila ingat ini boss. uhu


Tuesday, 1 January 2013

#01 quote


When they slept, He was awake. When they broke, He held you up. When every means failed, He saved you. When all the creation left you, He remained. He always remains. Never forget when the storms pushed you to your knees and there was no one else who could help you, He carried you. When you were broken and you swore this time it couldn’t be fixed—never forget who fixed it. Never forget what He saved you from. Never forget how He put you back together. That moment when you felt helpless and alone, never forget who never left. To forget this is the greatest heedlessness. No matter who or what may be beside you now, never forget those moments when it was only Him. Only Him. That is loyalty.

- yasmin mogahed