Thursday 19 December 2013

Aku mahu berhenti berusrah!


Saya tahu tajuk entry kali ni agak kontroversi bagi orang-orang yang ikut bulatan gembira.Bawak bertenang. Duduk dulu. Tarik nafas panjang-panjang.Baca entry ni sampai habis dulu sebelum anda mahu marah atau belasah saya. Baca sampai habis lepas tu baru anda buat keputusan anda nak belasa saya atau tak. hehe. Angkat tangan tanda aman.

Aku sarung sweater jenama gap yang berwarna kelabu.Ini di antara sweater kesukaan aku. Tadi Mia call aku dia cakap dia nak jumpa aku petang ni. Ada hal penting katanya. Kerana kau ukhti aku redah juga kesejukan petang ini.

Aku melirihkan mata pada jam di tangan kiri sudah hampir jam 4 petang. Tapi kelibat Mia masih belum aku lihat. Almond coffee yang aku pesan pun sudah separuh cawan aku habiskan. Sejuk-sejuk bergini aroma coffee sangat menyegarkan aku.

**********

"Yul. Aku rasa aku nak berhenti usrah. Kau rasa macam mana?" Mia mengacau-ngacau coffee di dalam cawannya tanpa memandang wajah aku.

"Kenapa kau rasa kau nak berhenti usrah? Aku nampak selama ni kau semangat je dengan usrah kau.Kau sangat semangat dengan tarbiyah. Jarang kau ponteng usrah atau skip daurah." Aku renung tepat ke muka Mia.

Mia menundukkan wajahnya seupaya aku tak terus memerhatikannya. "Sebenarnya aku rasa usrah ni dah tak kena dengan jiwa aku.Tarbiyah ni dah tak meresap dalam hati aku. Jadi aku rasa dah takde keperluan untuk aku ikut usrah dan bersama tarbiyah."

Aku tergamam dengan jawaban Mia. Setahu aku dia yang beria mahu berusrah semasa kami di tahun satu dahulu. Dia pernah bilang dia seolah-olah menjumpai apa yang dia inginkan. Tapi aku takpernah terfikir akhir tahun kedua di sini dia mengusulkan sudah tidak mahu berusrah lagi.

Mia mendongak memandang wajah aku. "Kenapa kau senyap yul?"

"Aku takpernah terfikir aku akan dengar benda ni dari mulut kau." Raut wajah aku menahan hiba di jiwa.

"Yul, Kau takkan faham keadaan aku. Kau takkan faham. Aku yang rasa sakitnya bersama tarbiyah ni. Aku dah tak sanggup nak tahan perasaan. Aku bohong je sebenarnya. Aku masih nak berusrah. Aku tak sanggup nak tinggalkan tarbiyah. Tapi aku terpaksa Yul. Aku terpaksa." Kelopak mata Mia mula basah.

"Mia, Bertenang. Istighfar. Kau cerita kat aku apa yang berlaku sebenarnya. Aku ada untuk dengar semuanya Mia." Mata aku merenung raut wajah Mia yang mula basah dengan air mata.

"Aku tak sanggup lagi Yul. Aku tak sanggup ditentang. Kau pun tahu aku macam manakan Yul? Aku bukan jenis orang yang pandai bergaul dengan orang. Tapi kerana tarbiyah dan dakwah ni aku cuba untuk baiki keadaan aku. Tapi akhirnya kerana aku DnT mendapat fitnah. Meraka bilang orang yang tertarbiyah tidak mahu bergaul dengan orang. Mereka salahkan orang-orang tarbiyah. Sedangkan aku tahu yang melakukannya cuma kau. Adik-adik yang baru bersama usrah pun mula menjauh keran aku Yul. Kau tahukan aku memang suka travel sorang-sorang. Dan aku lebih gemar keluar dari di rumah. Dan ada yang mula membuat onar yang kalau serumah dengan orang yang di tarbiyah akan sentiada di tinggalkan. Sedangka yang lakukannya cuma kau." Mata Mia makin basah.

"Sebab ni je kau nak keluar tarbiyah?" Aku pandang Mia dengan pandangan yang tajam.

"Banyak lagi sebab Yul. Banyak. " Mia mengesat air mata yang sudah menghinggap pipi.

"Mia, Aku mintak maaf kalau apa yang aku cakap ni akan buat kau terluka. Tapi kau cuma mencari alasan untuk takbersama tarbiyah ni..."

"Aku dah agak kau takkan faham Yul." Mia memotong ayat aku yang belum habis.

"Mia , dua tahun Mia , dua tahun. Kau sangka dua tahun tu tempoh yang sekejap. Banyak tenaga , masa , duit kau yang kau dah habiskan untuk memperjuangkan apa yang kau yakin dan apa yang kau percaya. Dan hanya kerana orang bercakap-cakap dan menghalang kau, kau dah nak berhenti berusrah? Kau pun tahu hakikiat perjuangna kita kan?" Aku mula memujuk Mia.

"Keadaan sekarang dah tak sama Yul. Aku betul-betul nekad untuk berhenti berusrah. Aku boleh dapat islam pada ceramah-ceramah di tubeanda dan mukabuku. Kat pengicau pun banyak je tweet islamik.Aku boleh kenal islam dari situ." Mia cuba pertahankan keputusannya.

"Hahahaha. Mia. Mia. Aku sangka kau faham beza usrah dan ceramah. Kau tahukan. Kalau kau dengar ceramah orang yang sampaikan ceramah tu bukan boleh follow up engkau pun. Dia pun tak tahu concern kau untuk bagi hak tarbiyah terbaik untuk kau. Aku ingat kau nampak yang usrah ni nak membina tangga ke Ustaziyatul alam. Aku sangka kau nampak usrah ni sesuatu yang besar.Tapi aku salah. Aku sangka kau mengimani dengan usrah ni. Semua orang beramal dengan kadar kefahaman. Tak salah pun kau nak dengar ceramah. Dengar la. Banyak ilmu yang kau mampu dapat dari ceramah tu.Aku tak larang. Aku takhalang. Tapi usrah ni nuclaer tabiyah kita." Aku masih memujuk Mia untuk fikir kembali dengan keputusannya.

Aku lihat mata Mia sudah mula bergenang lagi. Kali ini lebih laju air mata itu mengalir.

"Mia, Aku tak halang kau kalau kau dah buat keputusan. Tapi aku harap kau boleh fikir semula. Kau dah ada dalam bulatan islam Mia. Allah pilih kau. Tapi kalau kau memang dah ada dalam islam dan kau nak keluar dari lingkaran islam kau fikir la kau akan tercampak ke lingkaran mana?" Aku sengaja beri ayat yang sentap buat Mia supaya dia fikirkan semula keputusan yang dah dia buat.

"Yul , Kenapa kau tak boleh sokong keputusan aku? kenapa? Aku harap kau sokong keputusan aku ni Yul..Aku jumpa kau untuk minta cara aku nak bagi tahu Naqibah aku." Tersedu-sedu Mia menuturkan kata. 

" Maaf Mia , Aku tak sokong kau keluar dari usrah. Sikit pun aku tak setuju. Sebab kau pun tahu kalau kau keluar dari lingkaran islam kau akan masuk dalam lingkaran jahiliyyah Mia , Aku tak pernah jumpa orang yang keluar dari usrah jadi lebih baik lepas tu. Aku tahu kau terasa hati. Tapi kau fikir la balik keputusan yang kau nak buat tu. " Aku cuba bertegas dengan Mia.

" Kau tak faham Yul." Mia cuba menahan air mata yang mahu mengalir lagi.

" Mia , Aku memang takkan penah faham sesiapa. Dan sesiapa pun takkan pernah faham kau. Tapi cuba memahami tu pun dah cukup memahami bagi aku. Mia. Aku dah taktahu nak berhujah macam mana dengan kau nanti balik kau bukak la surah kedua ayat seratus empat puluh. Ayat tu kita penah tadabbur sama-sama. Waktu usrah pun naqibah kau penah kongsikan. Hanya itu je yang aku mampu ingatkan kau lagi. Selebihnya kau fikir la Mia." Aku dah taktahu bagai mana lagi ingin aku pujuk Mia.

********************

Mia menghempak badannya ke atas katil. Takpernah terfikir pulang dari pertemuan dengan Yul tadi akan membuatkan dia menangis teruk hari ni. Aku tak sangka Yul sekeras ini dengan hujahnya. Mia bermonolog sendiri. Mia teringat ayat yang Yul suruh dia tababbur petang ini. Mia pun terus bangun dari katil dan menggapai Al-Quran di atas meja belajar. Surah dua ayat seratus empat. 

Air mata Mia mengalir lagi. Ini bukan teguran dan nasihat dari Yul lagi. Tapi ini nasihat dari Allah Mia. Ayat ni pernah menjadi ayat yang sangat menyentuh hati Mia satu ketika dahulu.


"Jika kamu (pada perang uhud) mendapat luka, maka mereka pun (pada perang badar) mendpat luka yang serupa.Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran), dan agar Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan agar sebagian kamu DijadikanNya (gugur sebagai syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang zalim."

( 2 : 140 )

Contengan : Aku cuba ringkaskan supaya post ni tak jadi terlalu panjang dan membosankan. Dan hanya ini yang aku mampu.Moga ini adalah peringatan untuk aku saat aku jatuh nanti. Aku memang takpandai menulis. Aku taktahu apa-apa tentang penulisan.Aku taktahu apa-apa tentang dialog. Semuanya aku hentam sahaja. Moga Allah thabatkan kitaa. 




2 comments:

  1. Aku dapat rasa apa yang mia rasa.
    What more bila masuk zon tarbiyyah, cuba nak duduk sama rendah diri sama tinggi dengan mereka yg dari kecil dengan tarbiyyah, tapi tak dialu-alukan pun. terasing. sangat terasing. T.T kalau bukan kerana nak mengenal Tuhan, lama sudah aku say goodbye! T.T

    ReplyDelete
  2. Kau kena faham. Ukhti kau juga manusia. Anggaplah ukhti kau sedang bermujahadah.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan comment anda di sini!